Showing posts with label Tension. Show all posts
Showing posts with label Tension. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Splash splash!!

Posted by NuiN at 6:24 PM 1 comments

THANK YOU to all who have confirmed their attendance for tomorrow’s big event… we have 265 confirmed guests for the night!

Please take note of a few important points for the MYDC CommEvent 2009:

· Punctuality – please be punctual (event starts at 7pm), leave earlier to avoid Friday rush-hour traffic
· Venue – the event location is at the poolside of XXXXX·
Map – refer to the map & directions below
· Parking – ample parking space is available at the basement and outdoor carparks
· Dress code – come dressed casual, colorful and fun (refer to guidelines below)
§ Ladies: baby tees, bikinis, tank tops, colored shorts, mini skirts, sandals, flip flops
§ Guys: tank tops, singlet, colored tees, beach shorts, sandals, flip flops
§ Accessories: feathers, glitter/feathered masks, beads, sequins, leathers, bling-blings, colorful hats (e.g. jester hats, piper hats)

Esok ada company's Community Event. And selalu nya company aku keje ni punya CE mmg ke arah bersosialisasi aje manjanggggg...
MASALAHNYA.. Apa aku nak pakai esok ni?? Bikini kaler ijau striking dan pakai scarf kat kepala ala marilyn monroe??? Huhuuu...menyesal accept!

Frust!! Tiada jodoh antara kita....

Posted by NuiN at 12:32 AM 1 comments
Di saat angin mengongs aku datang dan begitu nekad untuk shopping something yang aku dok tenunggggg dah 2 minggu without failed... tetiba...

FAQ

Foreign credit card

Question:

Can a credit card issued by a foreign bank be used for website orders?

Answer:

No, at this time colehaan.com does not accept international credit cards. In order to place an order on colehaan.com, your billing/shipping address must be within the United States.


AGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! DAH LA TENGAH SALE SEKARANG!!! DAMN! DAMN!

TIADA JODOH ANTARA KITA

*If love was a bird

Then we wouldn't have wings

If love was a sky

We'd be blue

If love was a choir

You and I could never sing

Cause love isn't for me and you...*


P/S: Aku awal tadi ada plan nak tulis blog yang aku timbul azam skit2 nak rentikan tebiat gila handbag tuh, tapi bila nak blog bab tu je terus mental block.. idea tak keluar..so camno??

Monday, April 27, 2009

Fuhh!!!

Posted by NuiN at 11:00 AM 0 comments
I think i screwed up big time coz I was nervous to death!! Tapi lantak la... dah lepas!!

On the other notes, lebammm sebab pagi tadi bangun awal sgt.. kul 4.30 pagi aku dah lompat bangun, risau nak interview punya pasal.. Buat penat badan je bangun awal, end up screwed up gak.. menyampah!!

Anyway, let by gone be by gone, aku dah ckp aku tak nak, aku dah cakap experience dan knowledge aku tak sampai ke requirement diorg tu, korang (ni ditujukan kepada management) suruh jugak aku pegi.. so kita belasah la sampai lebam kan..

Tension2 ni terus hormon shopping spree aku meningkat.. tapi kali ni aku meninjau pembelian mega.. hehehe.. 2, 3 hari ni aku asyik belek iklan rumah.. keh keh keh.. berangan la nak beli landed house pulak, kalau ada landed house bole la aku jual apartment aku tu... Ada duit ke tak nak beli umah?? Alaa.. setakat tengok iklan bukan kena bayar, tengok2 dulu, kalau ada yang berkenan baru fikir pasal duit, kalau takde duit.. teruskan je tengok sampai letih dan tersedar yang aku perlu bersyukur dengan apa yang dah ada.. heheheh..insafff..

Ok lah, nak sambung tgk iklan umah!

Tuesday, April 21, 2009

KFC in da house!!

Posted by NuiN at 6:13 PM 1 comments

~ Mood ke laut.

~ Going back to Penang tonite.. Biah, kalau ko nak guna parking aku guna lah, i'll be working from home till Friday.

~ Sessi membunuh diri dengan MAS interview next week.. Shit lah, aku dah ckp tak nak, kena jugak!!

~ Lapar + mood yang hampeh.. maybe bole release dgn KFC snack plate yg diidamkan since semalam lagi.. hmm...

Wednesday, April 08, 2009

Tak leh connect to VPN so kemalasan aku berganda dua!!

Posted by NuiN at 3:43 PM 0 comments
Hari ni adalah hari yang paling malas (which is still reflecting the other days like before..hehehe) and lepas bangun tido tadi aku berangan jap and then decide to work from home. Standard la bila tengah malas, bangun pagi (erm..ok tipu, tak pagi la...) mula la rasa nak demam, rasa sakit tulang..sakit urat semua.. and bila dah tekadkan hati tak nak gi ofis.. terus sihat, fresh mcm baru lepas mandi!

Ok.. skrg VPN connection buat hal dan aku gelabah pink takut tiba2 ada keja yang memerlukan aku connect to system. Damn!!!


Aku google image for 'gelabah pink'.. and one of the image that came out is this.. adehh.. ni gelabah purple..

Takpe lah.. berdoa aja moga VPN connection akan ok lepas ni or berdoa supaya otak aku bole come out with creative excuse if tiba2 aku kena go into the system.. Sementara tu.. lepak je dulu..

Last Monday aku gi jmpa kawan aku kat KLCC. Memandangkan aku start keja on the afternoon and dia lak surirumah sepenuh masa, so kitorg jumpa kul 10 am.. melepak dan bergossip-gossipan sampai 1 tgh hari. She's one of my best friend, we've been friend since 1998.. hmm dah 10 tahun lebih. And dia ni selalu mcm ada sense je bila masanya aku susah or bila masanya aku senang. Same goes like this time, time aku really need to talk to someone yang memang betul2 kenal aku and bole influence my thinking, i got her sms, tanya kabar aku, and then ajak aku jumpa.

"Babe.. though ko tak baca blog aku but i want to thank you for everything. Thanks for always be there for me, and thanks for always be my shoulder to cry own. Really love you!"

Owhh.. masa kitaorang melepak tu jugak aku nampak sorang blogger yang agak tersohor gak la kat dunia pem'blog'ingan (okay.. that word is a crap!) ni, dia duduk sebelah meja aku. Aku jarang baca blog dia, awal2 dulu aku baca la.. but i can still recognize her face. Tapi sebab aku bukan jenis yang rajin nak beramas mesra dengan orang yang aku tak kenal so aku abaikan je la.

And on Saturday aku dapat satu sms yang sangat mengharukan dari unexpected one.. BIAH!! Biah, seriously aku touched gila dengan sms hang tu.. nasib aku kontrol macho je tak keluar air mata. Thanks for the thought babe. Hehe seriously aku tak expect aku akan dpt sms mcm tu dari hang... I love you too fren!

Minggu ni jugak minggu layan dvd.. 2 movie yang aku sangat ketinggalan zaman dan baru menonton adalah Twilight *hensem ke vampire tu.. putih semacam je..* dan P.S I Love You. OMG!! Both stories adalah best! Okay maybe aku sorg je la yang teruja sebab orang lain semua dah tengok berkurun lama dah... but who cares??


Ada yang cuba men'samataraf'kan apa yang dia buat adalah sama dengan citer P.S. I Love You.. Iyolahhh!!!

And mlm tadi budak dua orang tu tengok vcd Cinta lak.. apakehal nya ni? Minggu romantika d' amour ke apa.. Tapi aku busy buat keja masa tu so tak concentrate sgt.. kalau tak confirm air mata meleleh.. specially part Nanu dgn Que Haidar tu.. confirm aku akan teringat Jiji. Tsk...

Erm, tiba2 aku rasa malas nak sambung menulis lagi..

Chow!

Thursday, March 12, 2009

Entri takde motif.. hanya luahan perasaan

Posted by NuiN at 11:33 PM 0 comments
Sekarang adalah bizi kuasa 16 blogger-emoticon.blogspot.com dan sangat malas nak update blog. Last Tuesday aku sampai having panic attack, serious rasa nak menangis sebab banyak sgt benda nak settle kan, hal keja, hal personal.. mmg aku rasa tak cukup tangan masa tu. Menyesal lak rasanya bersenang-lenang 3 hari kat kampung masa cuti Maulidurrasul tu, kalau aku buat keja kat umah masa tu mesti aku tak pressure sgt bila balik KL blogger-emoticon.blogspot.com

Anyway, happy happy coz esok dah Jumaat.. at least i got Saturday and Sunday to get my mind off from work.. Walaupun aku ada sikit berazam untuk bekerja di weekend ini, kononnyaaaa...........

Bulan ni adalah bulan vandalisme dalam hidup aku. Sgt tensi! Cermin keta crack, lampu depan sebelah kanan blow out, lampu living hall sesuka ati dia kejap menyala kejap padam, and yang paling tahap dewa sekali bila pagi tadi aku bangun and tengok grill umah aku kena kopak!!! Aku pelik gak masa aku buka pintu pagi tadi, sebab belum ada sesapa pun keluar dari umah, i'm da first tapi grill dah terbukak, and pad lock elok je sangkut kat grill (kitorg mmg tak kunci pad lock tp kita letakkan kat tempat pad lock tu nampak seolah-olah di kunci la). And bila aku nak kunci grill dari luar baru aku realize yang grill tu kena kopak. Sebab lubang kunci tu dah bengkok ke dalam. Masa tu aku tak terfikir risau ke takut ke hapa, tapi aku sangat hangin.. blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com sebab kepala otak aku dok fikir banyak benda aku nak kena settle dgn duit bulan ni, tiba2 pintu umah pun buat perangai. blogger-emoticon.blogspot.com Dipendekkan citer aku berjaya membetulkan balik lubang kunci grill tu, sib baik.. kalau tak letih la aku nak keluar duit utk repair grill tu pulak. Tapi pelik kan, blogger-emoticon.blogspot.com kalau orang nak pecah masuk umah.. kenapa dia stop lepas dah berjaya bukak grill? Sebab main door tak berusik lansung. And kalau orang yang nak pecah masuk, mesti org yg ada access utk masuk apartment ni.. Hmm, ke salah umah??? Macam nak rak godek kunci and bila berjaya baru realize tersalah umah??

blogger-emoticon.blogspot.com KO REPAIR BALIK GRILL AKU SEKARANG!!!

Hmm.. hopefully takde apa2 lah.. maybe esok aku report kat guard tu.. just as precaution.. Apa je la yang ada dalam umah aku ni yang orang nak masuk.. melainkan ada 3 anak dara yang cute miut je la.. (3 termasuk seorang minah yang kononnya mencari ketenangan kat umah aku... tenang keee???)

Sekarang ni aku tengah fikir pasal lampu ni, try recall balik mcm mana caranya pakcik aku tukar lampu aku hari tu... huhuuu blogger-emoticon.blogspot.com

Kadang-kadang aku penat la.. aku rasa life aku ni penuh sangat dgn responsibility, balik Penang aku kena responsible dengan semua perkara kat sana, balik Selangor aku kena responsible dengan semua perkara kat sini, at one point aku rasa mcm *SERIOUSLY!! GIMME A BREAK!!* blogger-emoticon.blogspot.com

Time-time mcm ni mula la terasa nak gi bercuti escape from reality lagi kan.. Sangat indah!! blogger-emoticon.blogspot.com

Hmm.. seikhlasnya kadang2 aku terfikir gak, bila la aku boleh duduk yang tenang mcm orang lain.. blogger-emoticon.blogspot.com

Ok lah.. stop emosial moment.. layan emo tak leh lama-lama, nanti apa pun tak menjadi..

~RANDOM RUMBLING~

* Hari ni aku asyik makan jelly kelapa muda yang aku beli kat Bangi.. sangat la sedapsss!! Tapi cuma bole beli time work from home je, sebab lepas pukul 5 ptg jelly kelapa muda tu mesti dah sold out (based on experience). Teringat pertama kali aku makan jelly kelapa muda ni kat Kota Kinabalu, terus ter'influence sampai sekarang. Tapi so far aku baru jumpa kat Bangi je.. Buat sendiri?? Kirim salam!!

* Siang tadi aku gi post office (sebab aku WFH so bole curi2 time utk keluar settlekan masalah rumahtangga...), nombor giliran aku 1058, nombor masa tu 1046. Lepas aku duduk kat kerusi seorang pakcik hulurkan tiket nombor giliran dia kat aku, sebab dia dah nak keluar dan dia tak nak tunggu kot (aku assume la, sbb dia tak cakap apa pun, cuma cakap, "nah dik" sambil hulur tiket). Nombor tiket tu 1054.. save 4 number. Aku tak sempat tgk muka dia sbb lepas cakap terima kasih pakcik tu dah laju keluar dari pejabat pos. Tapi aku tau dia bukan jelmaan malaikat sebab aku nampak dia tolak pintu dan bukan meresap ilang. Cuma aku tak tau kenapa dia pilih nak bagi number tu kat aku dan bukan orang lain. Hmm.. maybe baju aku ketat sangat.. Damn!!

* Aku terjumpa movie Confession of A Shopaholics yang boleh ditonton secara online dalam bentuk flash. Aku memang sangat gilakan buku siri (ke siri buku??) Shopaholics so aku sangat tunggu filem ni. Walaupun excited nak tengok tapi aku belum tengok pun even dah dua hari movie tu ada dlm laptop aku. Sebab movie tu ambil masa 4, 5, 6, 7 jam untuk clear buffer, and bila dah sedia untuk di tonton secara comfortable, aku dah ngantuk. And esok nya aku ulang lagi proses yang sama...

* Esok Matta Fair start kan??

Sekian.

Sunday, January 18, 2009

Cakap tak serupa bikin

Posted by NuiN at 4:48 PM 2 comments
Azam 2009? Nak kurangkan shopping..muahahahah.. mungkinkah aku patut beli beg idaman aku tu sebagai penutup 2008??
Refer to posting aku http://strawberrylicious.blogspot.com/2008/12/good-bye-2008.html

Awal2 tahun 2009 azam tu dah hancur.. tak yah tunggu hujung tahun untuk evaluate. I hate Isetan!! (Tiba-tiba Isetan yang salah...)

Aku selalu cakap ayat yang aku rasa buat kawan2 aku nak lempang aku on the dot bila aku cakap, "Lepas ni aku tak nak shopping dah 3 bulan", setiap kali lepas aku beli something. At least aku ada keinginan to stop okaayyy...

Seriously, sapa ada petua mcm mana nak kurangkan tabiat shopping ni share la dgn aku.. dah mcm ketagihan dadah dah nih.. sigh!!

Thursday, January 15, 2009

Bilakah penderitaan ini akan berakhir??

Posted by NuiN at 12:24 PM 6 comments
Hanya mampu tengok gambar sampai lebam... Sigh!!!

Tuesday, December 02, 2008

Tension

Posted by NuiN at 3:50 AM 4 comments
Lagi 2 jam berterusan mcm ni, this insomnia and cough will definitely kills me!! :-X

Saturday, November 15, 2008

The story of a surrendered shopaholic!!

Posted by NuiN at 6:22 AM 0 comments
Akhirnya aku mengaku kalah!! blogger-emoticon.blogspot.com
Takut wooo!!!
blogger-emoticon.blogspot.com Tadi aku baca paper Harian Metro Online, ada tulis polis skrg tgh start operasi memburu pesalah2 jalan raya tegar.. yang tak pedulikan notis saman jauh sekali nak membayar.. Dan aku adalah salah sorang dari 96,000 orang pesalah jalan raya tegar tu.. Keh keh keh.. aku ada 4 saman skrg (tahun lepas aku dah bayar 1 saman..kalau tak, asalnya 5), 3 saman speeding, 1 saman parking. Dan 2 aku dah terima notis, lagi 2 tu belum. Hampeh tul la news ni.. musnah azam aku thn ni. Azam aku tahun 2008 ni adalah aku tak nak check sbrg saman! Tapi sbb news hari ni aku kena check gak.. tp mantap gak la tahun ni aku takde saman ek.. maybe sbb dah kurang aktiviti memandu di hiway di kala siang kot.. Tapi hari ni aku dah bayar SEMUA saman aku.. sebab aku takut bila baca diorg gi cari di umah dan office tu.. blogger-emoticon.blogspot.com huhuuu akak tak nak la glamer secara tiba2 kan. Tapi.. menangis dalam hati doww bayar 4 saman sekaligus. Jumlah saman aku tu aku bole shopping kat sini even tak meriah sangat tapi mantap gak la.. Sbg hint supaya korang faham kesengsaraan aku skrg, jumlah saman yang aku bayar adalah lebih dari 100 pound (sila convert ke RM dgn conversion rate terkini)... blogger-emoticon.blogspot.com Moral of the story, start bulan depan aku drive 40 km/j je.. AKUJANJI!! So sapa naik keta dgn aku lepas ni korang tak yah risau lagi dah..confirm tak tercampak keluar nyer... aku akan bawak seperlahan yang mungkin. Sebab aku dah miskin bayar saman, so aku kena bawak perlahan utk jimat minyak! Damn!!! blogger-emoticon.blogspot.com

Kawan aku, Shima (hmm aku rindu kat hang.. dah bertahun tak jumpa kan.. padahal sekankang kera aja kat penang tu) tinggal pesan kat fb suruh aku update blog, hang takdak keja ek Shima? Aku tak de apa nak update pun, sbb life kat sini gi keja, makan, window shopping, layan youtube dan tido. Itu je la life cycle aku kat sini, kalau aku seekor lalat time layan youtube atau tido pada hari ke 7 tu aku akan mati dah.. Eh skrg aku rasa aku makin gemuk la.. hari tu aku kurus sekejap aja.. seminggu aja.. sebab minggu pertama tu aku gi keja ikut kawan2 aku yg budak lelaki tu, so diorg jalan laju aku pun terpaksa jalan laju. Sampai ofis bila bukak winter coat je aku rasa blkg aku basah.. berpeluhhhh even aku jalan di hembus angin. Tapi minggu ni tidak lagi.. aku dah tau jalan so aku gi keja sendiri.. sebab aku keluar kul 845, aku tak tau diorg dah pegi or blm pegi.. so bila aku pegi sendiri takde la faktor2 yg memaksa aku jalan laju.. dan aku tak berpeluh lagi! Dan tak kurus jugeeeee...

Dan skrg aku gila makan benda ni.. Doritos...Sangat cheezyyyyy...dan sgt sedap! Ada lagi dua bungkus kat umah ni buat stok...
blogger-emoticon.blogspot.com bila tahunnya nak kurus mcm ni...

Dan.. aku suka makan ni juga (see... semua bab makannnn je).. Subway herb and cheese with tuna light mayo..

Oh yeahhh...tuna je la yang bole aku telan pun kat sini.. Badan pun dah bau sardin dah... Tapi citer subway ni.. mengong nye la aku ni.. since aku dtg sini mmg selalu makan Subway je sbb mudah, tp aku tak penah suruh dia letak cili jeruk tu. Sehari sebelum ni aku tergerak nak suruh dia letak cili jeruk tu.. and bila aku makan..sedapppp.. tau sbb apa sedap? Sebab ada rasa pedas.. setelah seminggu lebih akhirnya aku dpt rasa benda yang pedas.. rasa mcm alive! Muahahahhaha... Housemate aku mesti bole imagine sengsaranya idup aku tak dpt makan pedas. So including hari ni dah dua hari in a row aku makan subway for lunch and dinner dgn order extra chilli pickles pleaseeeee!!

*Semalam aku tgk drama apa ntah kat Youtube, Raja Azura dalam scene tu makan mi goreng.. huhuuu aku nak mi goreng!!!*

Lagi 2 minggu dah nak balik.. Yahoo!! Aku sangat tak sabar nak balik. Dah siap check tiket nak make sure date and time.. Hehe kronik ek.. Bahaya la aku kat sini.. aku asyik nak shopping je.. kadang2 ntah hapa2 je yang aku beli tapi mmg out of control la naluri mengabihkan duit yang takde tuh.. balik umah nnt mmg makan maggi je la..

Aku baru beli (shopping gak nih..) buku citer.. tapi blm baca lagi..

Aku actually nak cari buku Remember Me by Sophie Kinsella, tapi tak jumpa. Tanya satu kedai tu dia ckp 4 december baru ada.. errkkk apasal kat malaysia dah ada?? So, aku beli ni, The Secret of Slummy Mummy..tapi baru baca 2 line je pastu aku tido.. ye la nama pun life cycle aku kat sini yang utamanya makan dan tido...

Dan hari ni aku meneruskan aktiviti pershoppingan aku lagi lepas balik keja. Tengok apa aku beli.. aku sgt nak beli product range Soap & Glory ni even aku tak tau product ni bagus ke tak. Kenapa aku beli? Sebab packaging dia sgt menarik ati aku.. mengong tahap cipan kan aku ni.. so easyyyyy... So far yang aku tau product ni ada kat UK je.. tak tau la sbb so far aku tak penah jumpa kat Malaysia lagi.. Dan hand cream M&S tu.. kat sini murah.. 1 pound je each.. so dalam 5 hinggit lebih.. aku beli 2 sebab kat Malaysia M&S consider mahal gak.. harga 2 lotion tu kat sini baru sama dgn harga 1 lotion tu kat sana..


Dan ini jugeee... tapi ni tak leh tunjuk lebih2 la kan.. bagi sneak peak je kat korang.. lingerie dari M&S.. tak nak komen lebih2 la pasal ni..


See.. aku takde citer nak update.. citer shopping dan makan je.. badan gemuk poket kurus.. hmm sgt seimbang.

*Pengumuman: Reen.. contact or buzz or buat apa2 je supaya ko in touch dgn aku sbb DP ko tu out of stock kat outlet sini.. so sila cari yang lain!*

Oh yaaa... aku ada benda nak citer dgn korang. Malam semalam aku rasa sangatttttttttttt teruja.. blogger-emoticon.blogspot.com sebab masa aku tgh berjalan kaki balik ke apartment dgn lemah gemalai nya, tiba2 aku nampak sebiji kereta yang aku sangat familiar rupanya.. Perodua Kenari!! Aku tak tau lak ada jual kat UK (kalau korang mmg tau yg kenari ni ada jual kat uk, maafkan la aku ek..akak mmg outdated skit :P). Ada couple nenek saleh dan datuk saleh yang naik keta tu. Aku bangga sekejap okkk masa tu... ye la.. jumpa rakyat senegara.. even dia hanya seketul kereta yang tak kenal aku dan tak leh nak bertegur sapa dgn aku, tetap aku bangga lah... we're both from Malaysia.. muahahha...

And tadi aku gi kedai beg (ni nak survey je..nak tgk hand luggage, sbb rasa mcm tak cukup beg je nak balik nih..), tokey kedai tu (or maybe pekerja tapi dah tua) org arab... dia tanya aku.. "you from Malayzi (malaysia la tu)"..aku pun cakap ye.. dia mcm happy gila.. ke taktik nak jual beg ek?? Pastu tanya nama aku, bila aku bgtau nama aku, dia cakap.. oo your father give u that name because u're the light of his eyes (nama aku kan maksudnya cahaya mataku.. chewahhh..akak sgt bercahaya!!)..huhuuu terus aku teringat abah...
blogger-emoticon.blogspot.comRinduuuu.. kadang2 still rasa tak percaya abah dah takde.. sigh...

Hmm... aku nak tido lah.. esok nak gi jalan2.. nnt aku amik gambor lagi..

Chiow..

*Akubudakgemukyanggilamakancoklatdancoffeedansandwichesdancoklatdancokladancoklatkatsini!!Uwaaaa!!!!*

*Perhatian juga pada kawan ku yang tengah hangat dgn abang itam tu...update le akuuuu... wah dgr2 nya hangat betul skrg..i tak kira, i balik nnt u MESTIII jumpa i.. i nak live telecast!! :P"

Thursday, November 06, 2008

Corat Coret hari ke empat...

Posted by NuiN at 4:13 AM 3 comments
Elloooo... i'm back! Hehe.. still no pictures utk korang. Aku sibuk gi keja pagi2 balik petang mana nak sempat amik gambar. Tapi aku plan weekend ni aku akan amik gambar banyak2 utk korang tgk sampai muntah!! Insyaallah.. kalau aku rajin.. keh keh keh. Pejam celik pejam celik esok dah Khamis (time aku tulis ni kat UK still hari Rabu, pkl 830 mlm)..yeaa tak sabarnya nak weekend! Tak yah gi keje... Aku still blm ada apa2 plan utk weekend ni.. kalau tak gi mana2 maybe aku akan pusing pekan Reading ni je. Kat Reading ada satu big shopping complex, The Oracle.. dan ada banyakkkkkkkkkk kedai. Shop lots tu semua mcm terkepung dalam satu kawasan.. mana kita pegi ada je kedai.. Reen, akak Zai.. confirm korg buntang biji mata tgk kedai kalau dtg sini.. mcm never ending ok!

Apa kabar aku? Hehehe.. aku ok je.. Keja still belum memeningkan kepala aku.. tak tau la esok lusa kan, so far keja aku masih lagi relax.. tapi esok ada meeting dgn user, so maybe lepas tu tak relax lagi dah. Tapi ada satu je yang aku tak tahan.. AKU TAK LARAT JALAN KAKI TIAP HARI!! :'(.. Penat okkk!! Hari ni kaki aku lenguh gila! Tak campur lagi dgn blister kat tapak kaki since semalam sebab boot murah tu! Anyway semalam aku beli blister plaster, anti-blister gel, dan hari ni aku pakai triple layer of socks..hahaha hari ni kaki aku tak sakit lagi. Tapi lenguh tahap mega! Pagi tadi aku sampai rasa tak nak pegi keja sbb kenangkan nak kena jalan kaki. Hmm... aku ni tak la manja sangat kan *GRINN* tapi.. hmm.. tak la jauh sgt jalan kaki.. pegi keja dlm 20 minit jalan kaki dari apartment, tapi kena jalan laju2.. letih gila!! Kat sini kawan2 aku yang sama dtg dari Malaysia dan duduk kat apartment yang sama semua nya lelaki. So korang bayangkan lelaki bila jalan langkah besar mana? Akak ni lemah lembut.. letih ok nak make sure aku jalan sama par dgn diorg.

But they are nice guy, 2 chinese, Simon and Chu Seong, dan sorang Philipino, Philips. Kira kat sini diorg mcm body guard aku la.. keh keh keh.. Pagi2 gi keja sesama, nnt lunch hour diorg akan sms aku ajak gi lunch (sebab diorg semua budak BW, so duduk department lain), time balik lak diorg sms aku ajak balik. And kalau aku shopping selalu aku tak yah bawak barang2 aku coz diorg akan bawakkan.. hehehe best ok bila sorg2 je pompuan dikelilingi 3 lelaki :))

Oh ya, since semalam ada fireworks kat sini. Sampai la hari ni.. semalam aku cuak gak coz tiba2 je dgr bunyi meletup tapi aku tak nampak any fireworks pun. Then hari ni security kat ofis tu citer pasal fireworks tu baru la aku paham. Sebab aku malas nak tulis, aku cari citer di sebalik letupan2 fireworks tu dan paste kat sini.. korang baca sendiri ;)

"Remember Remember the Fifth of November

Nursery Rhyme & History

Guy Fawkes & the Gunpowder PlotWords of "Remember Remember" refer to Guy Fawkes with origins in 17th century English history. On the 5th November 1605 Guy Fawkes was caught in the cellars of the Houses of Parliament with several dozen barrels of gunpowder. Guy Fawkes was subsequently tried as a traitor with his co-conspirators for plotting against the government. He was tried by Judge Popham who came to London specifically for the trial from his country manor Littlecote House in Hungerford, Gloucestershire. Fawkes was sentenced to death and the form of the execution was one of the most horrendous ever practised (hung ,drawn and quartered) which reflected the serious nature of the crime of treason."

So sebab history ni la diorg akan ada fireworks every 5th November.. kata security tu kadang2 since seminggu sebelum 5th November sampai seminggu lepas pun dok bakar bunga api lagi. Bila kitorg tanya, bakar bunga api tu celebration sbb mamat tu tawan parlimen ke sebab mamat tu kena hukum bunuh.. dia kata both.. pastu dia ketawa.. serius aku tak paham!!

Ni gambar kertas yang tertampal kat cubicle aku.. err sebenarnya aku tak tau nak tunjuk apa kat korang. So aku amik la pic ni...

Ni gambar project site.. Ramainya mat saleh dan india je.. cinos aku rasa ada 2, 3 orang kot.. melayu ada 2 org je, aku dan sorang lagi minah buat HR. Minah ni sama company dgn aku tapi dia mmg based kat UK since dia join the company.

Ni entrance masuk ofis. Pic ni di ambil dari lobby lif. Lif dia sgtttt lembap.. jangka masa dia nak bukak pintu tu kalau dia gerak ke atas dah sampai lagi satu level dah! Dan kat ofis ni bila lunch hour akan ada sorg mamat tolak trolley jual coklat..penuh coklat dlm trolley dia... Akak kuatkan iman sebab takut gemuk! (Muahaha.. padahal aku ada sebungkus Maltesers besar atas meja aku masa tuh)

Hari ni raining kat Reading, and expected akan hujan sampai end of this week. Biasanya kitorg balik keja jalan ikut main road, tapi hari ni sebab ujan dan sangat sejuk (skrg blm winter kat sini, baru nak abih autumn, tapi angin sgt kuat.. malam semlm idung aku berdarah sbb kering sgt kot rasanya) so kitorg jalan ikut dalam station keretapi. Sebagai preview utk korg ni kaunter tiket kat stesen keretapi Reading. Kitorg selalu dtg lunch kat sini gak sebab sini ada Subway, so senang aku makan tuna sandwich je manjang!! Aku rasa bulan ni aku mmg kaya dgn protein! Chu Seong kena berulang dari Reading ke Swindon dalam 2 kali seminggu.. and harga tiket keretapi dari Reading ke Swindon...one way adalah lebih kurang 30 pound!! Aku mmg tak leh stop diri aku dari convert ke RM setiap kali cakap pasal pound.. dan bila convert aku mmg terkedu la kan..

Ni adalah salah satu jalan yang aku lalu tiap hari pegi keja dan balik keja. Kiri kanan depan belakang adalah kedai semata2 ok.. Time aku amik pic ni pukul 620 ptg.. on the way balik keja.. Terus ke depan tu akan jumpa The Oracle, main shopping complex (or maybe the only big shopping complex) kat Reading. Reen, aku rasa kat Oracle ni ada Dorothy Perkins sebab aku nampak iklan hari tu.. tapi aku blm sempat cuci mata sepenuhnya lagi... weekend ni akan aku lakukan.. hehehe

Ok la.. aku dah penat..hehe nak rehatkan kaki.. Nanti aku citer lagi.. korang doa banyak2 aku rajin hari sabtu ahad ni dan amik banyak gambar utk share dgn korang..

Anyway... aku rindu SEMUAAA orang kat Malaysia.. *eheks!!*

Saturday, September 13, 2008

Sudah jatuh di timpa tangga besi

Posted by NuiN at 2:28 AM 4 comments
Kadang-kadang aku rasa aku ni macam jatuh ditimpa tangga gedebuk..gedebuk.. Lepas satu, satu yang datang menguji kesabaran aku.. Tapi apa yang berlaku malam tadi aku rasa amaran Allah (chewahh.. time mcm ni baru ingat tuhan aku nih..) sebab dosa2 yang aku buat 2, 3 hari ni.. *Reen!! Jgn ajak aku ngumpat di bulan puasa lagi! Tuhan bayar cash kat aku ko tau tak??*

Apakah yang terjadi??

Ye.. baru je entry semlm aku tulis aku ni bawak keta laju tapi berhemah...

MALAM TADI AKU ACCIDENT!!!

Aku kan drive balik dari KL ke Penang. Lepas ofis je aku dah chow dgn harapan berjaya sampai Penang awal. Dalam pukul 720 aku sampai area Tapah, lepas azan aku minum air dalam keta je.. malas nak stop (siap niat nak jamak je Maghrib time Isya' nanti.. punya pemalas..).. 15 minit kemudian aku sampai Ipoh.. skrg ni aku tak tau nak ckp laju ke tak 15 minit dari Tapah ke Ipoh tapi keta takde maa.. so jalan lengang. Lepas bayar tol, aku terus lagi ke depan, sampai next tol utk amik tiket (tapi aku pakai Touch & Go), kalau sapa biasa guna hiway dari KL ke utara korang tau la kat ipoh kena bayar dulu tol kat jelapang, pastu baru amik tiket baru kat depan skit tu.. apatah nama tmpt tu.. ipoh la kot..

Lepas dah amik tiket tu, aku pun terus jalan.. depan skit tu construction site.. takde lampu.. kat depan aku ada sebiji Wira, laju gak la Wira ni so aku follow je dia.. then tiba2 dia terus masuk kiri.. aku ingatkan dia nak bagi laluan kat aku so aku pun pecut la... suddenly..

DAMMMM!!!
Aku rasa aku hit something mcm batu yg besar, and keta aku dah terhoyong-hayang.. aku tak tau apa aku fikir masa tu sebab hit tu mmg kuat dan keta aku mmg terhoyong hayang yang kuat.. aku just pegang stereng je tak nak terbabas.. otak aku seriously blank masa tu.. mmg tak tau lah rasa cemas ke apa sbb tak leh fikir dah.. aku dah nampak keta aku nak terbalik je. And kebetulan kali ni aku bawak balik keta mama, Kembara, so Kembara tu tinggi, jadi bila Wira tu suddenly masuk kiri aku dah tak perasan apa ada depan tu.. and nak jadikan cerita tempat tu gelap.. mmg takde lampu.. After few seconds alhamdulillah keta aku stabil.. means tak terbalik la.. so aku terus jalan.. kali ni aku maintain kiri je.. dan bawak mmg slow la.. standard la lepas cemas confirm slow nyer..

Dalam 500m je, keta tu dah bunyi "gedekk...gedekkk..gedekkk" dan aku rasa berat semacam.. and aku dah penah experience ni, so aku tau confirm tayar aku dah pancit! So terpaksa stop tepi. Aku stop betul2 kat simpang nak exit ke Ipoh. Nasib baik la kat situ cerah skit.

Masa tu seriously aku cemas. Terkedu jap fikir apa aku nak buat. Nak keluar mmg aku tak berani.. Dah la keta laju2.. pastu aku lak sorang2 so aku fikir apa2 pun biar je la aku dalam keta ni. Then aku terfikir nak call PLUS Service tu.. hmm.. number lak takde. Sbb aku pakai Touch & Go kan, blkg kad T&G tu takde lak number PLUS service. Selongkar2 cari kalau ada resit tol yang lama.. yeaa baru teringat dua hari lepas aku rajin gila kemas keta mama.. semua kertas aku buang!! Damn!

*Aku mmg gelabah tahap gaban masa ni.. takde unsur2 macho lansung dah!*
Pastu aku terfikir nak call insuran.. policy lak takde dalam keta and aku tak tau apa number telefon company insuran utk keta Kembara ni.. semua nya serba tak kena masa tu. End up aku give up and call orang2 yang sepatutnya suruh carikan aku number PLUS.

At 1st aku rasa dia dah gelabah kot sbb aku tersadai sorang2 kat tepi hiway Ipoh tu, dia suruh aku call 999 mintak number PLUS. Aku pun sama gelabah so aku call je la.. 1st time dalam hidup aku ni call 999.

999: Hello kecemasan.. Ada masalah apa cik?
Aku: (Dengan suara nervous + nak nangis..) Saya nak mintak number telefon PLUS servis. Tadi kereta saya hit something sekarang tayar dah pecah tak bole jalan, tapi saya tak tau mcm mana nak contact diorg.
999: Cik, untuk dapatkan number telefon, cik call 103 ya, tanya nombor telefon PLUS Ronda.
Aku: Hmm baiklah (sambil kutuk2 dalam hati.. lupa sekejap tuhan tgh bayar cash tu)

Sangat hampagas la 999. Suara aku punya la cemas mcm tu nak suruh aku call 103. Aku even tak tau henpon bole call 103 ke tak (itu yg aku terfikir masa dia cakap tu). Tension gila! Few second lepas tu aku dpt number PLUS Ronda tu.. semua orang yg aku tanya ,send number tu serentak.. hehe.. masa tu terasa sgt disayangi.. sempat lagi tuh..

So aku call la.. 1-800-88-0000.. baik korang take note number ni kalau korang selalu guna hiway.. sangat penting ok!! Aku terus save dlm phone book... Then aku pun citer la apa masalah aku.. diorg suruh aku cari penanda warna hijau yang tertulis km berapa sbb diorg nak tau kat mana aku ada. Aku dok cakap aku kat exit Ipoh pun tak nak pakai, nak tau gak aku kat km berapa.. gelabah lagi sekali sbb aku tak nampak pun penanda jalan tu.. org PLUS tu cakap aku kena cari gak penanda tu supaya diorg tau nak antar team border mana.. hampeh la.. aku dah fikir takkan aku nak keluar jalan cari penanda tu.. aku mmg tak sanggup kuar dari keta nyer.. suddenly aku nampak penanda tu, tp arah sebelah sana (arah ke KL) so aku bgtau la kat org PLUS tu, aku ada kat km 275, tp itu arah KL.. aku ada arah ke Penang. Then dia tanya plat keta, nama aku, number telefon and suruh aku tunggu..

Nearly half an hour kemudian baru diorg sampai.. hmm maybe diorg bukak posa dulu.. takpe aku maafkan..

Bila diorg sampai baru aku berani kuar keta... huhuuu tayar aku leper ok.. koyak rabak.. So diorg tukarkan tayar tu dgn tayar spare.. then advice aku suruh gi kedai tayar kat Ipoh tu coz aku nak balik jauh lagi so tak safe utk aku terus drive mcm tu je.. Lepas dah tukar tayar diorg drive keta ronda diorg tu gi kedai tayar and aku follow dari belakang..
Ni la rupa tayar aku.. gambar amik kat kedai tayar.. yang berlubang sebelah kiri tu.. kat tepi dia tu pun koyak abih...

Close up koyak yang kanan tu

Close up yang koyak sebelah kiri... nampak tak kat tepi dia tu sama koyak..

Lama gak aku kat kedai tayar tu.. nearly 2 hours.. dan beratus gak la yang habis kat situ. Standard la kan kalau dah masuk kedai tayar.. tayar dah out, rim bengkok, allingment lari kena tukar chamber, break pad haus (break pad takde kena mengena dgn accident... harap maklum). Tapi masa tu aku tak kisah dah.. buat la apa pun asalkan aku selamat balik umah.

Bila dah siap aku berazam utk drive 40km/h je.. dan azam aku last about 5 minutes.. gila la kalau 40km/h bila nak sampai umah.

Hmm.. sampai umah lepas makan, mandi aku terus solat mintak ampun dari Tuhan.. insaf sekejap!!

Selingan: *Pakcik aku tanya, "kakak bawak laju tak masa tu?". Aku jawab "rasanya tak laaa laju sangattt (confidentt)". Tetiba makcik aku (yang tak reti drive lansung ni..hehe) menyampuk "biasala tu kan laju laju tu".. huhuu aku tak tau itu perli ke apa.. i still love u aunty!

Selingan tamat.

Aku nak tido. Dan berdoa semoga lepas ni semua hiway di Malaysia di bersihkan dari batu-batu dan kayu..

Huhuu.. bayangkan kalau masa tu aku drive keta aku? Pakcik aku cakap kalau aku drive keta aku confirm abih bahagian depan tu..

Haiiiihhhh... letih!!

P/S: Reen, semua plan kepulangan aku.. hancus!

Tuesday, September 09, 2008

Stress

Posted by NuiN at 11:54 PM 0 comments

*Breath in.. breath out..puasaa..puasaaa*

Monday, August 25, 2008

I'm so piss off!

Posted by NuiN at 1:55 PM 0 comments
Malam tadi aku received sms yang penuh sinis dan buatkan aku burst into tears and menangis mcm budak2. Sgt hampagas la kan..dah la aku batuk dan sakit tekak tak baik2, buat aku nangis lak. Kadang2 aku tak faham dgn org yg sentiasa nak act mcm they know everything, and they are care enough of what happen and put me into the picture as the irresponsible one!

Seriously laa.. u dont have to play all the psycho shit game with me! You never knew what I have gone through so just take that act-like-i'm too care cap away from ur head!! I'm good enough to reply ur sms with just a question, kalau aku start syarah nnt mmg perang saudara lagi satu pihak lak.

Jap lagi aku nak balik Penang, abah aku admitted kat hospital.

My life is disastrous, so dont try to test my patience!!

Wednesday, August 20, 2008

Aku mesti kurus!

Posted by NuiN at 11:51 PM 0 comments
Seriously aku rasa nak meraung!!!

Even demam.. hari ni aku TETAP makan nasi dua kali!! Takde maknanya demam ke apa ke.. Huhuu.. aku rasa aku dah sangat gemuk dah sekarang. Bukan setakat rasa lagi.. kenyataan! Balik kampung baru ni, dua org bagi remark pasal ke'chumil'an aku skrg ni. Paling mengejutkan salah sorg yang bagi remark tu adalah ADIK aku yang tak penah2 komen apa2 pasal kakak dia ni gemuk ke..kurus ke (penah ke? keh..keh...keh)..

Setelah lebih kurang 4 minggu tidak bertemu, inilah dialog pertama adik aku:

Adik durhaka: Awat gemuk sangat ni?
(Sangat derhaka ok adik aku sebut perkataan gemuk pada kakak)
Si kakak yang penyabar: Err.. gemuk ka?
Adik durhaka: Haah..muka bulat semacam aja..
Si kakak yang penyabar: Biasa laa.. senang hati (ayat cover..)

Dan dialog seterusnya antara aku dgn cousin aku, adik aku tadi lelaki, cousin aku ni perempuan, so tak makan dalam sgt la sebab pompuan mmg conscious skit bab2 gemuk kurus ni kan..

Cousin yang tak lah kurus: Kak Nini, berat Kak Nini la ni berapa?
Si kakak yang penyabar: Erkk.. mana bole bgtau
Cousin yang tak lah kurus: Ijah teka.. mesti *tooott..tooott*
Si kakak yang penyabar: Mana adaaaa... (in denial)

Sangat tepat ok angka yang dia guess tuh!! Tapi sebagai kakak mana bole aku mengaku kelemahan diri kan.. Huh..runsing sungguh..


Mcm ni la rupa aku skrg.. (but i wish that suit was in pink) lemak berkati-kati.. uwaaaaa.. runsinggg (ubat kerunsingan adalah makan!!)Erm.. camna ek.. aku bukannya tak insaf aku makin gemuk skrg tapi insaf sekejap je.. Hmm maybe aku patut simpan balik rice cooker dalam kotak, hantar balik ke kedai tin2 sardin yang aku beli, habihkan ikan sepat pekasam yang belum abih tu (nak abihkan ikan pekasam kena la makan dgn nasi kan? Damn!), so that aku dah takkan ada any source of food lagi!

*reen, celebration bday akak zai kita gi karaoke je lah.. aku dah insaf tak nak makan lagi!*

Look at the bright side.. sib baik tuhan tak bagi aku kepandaian memasak kan.. tau masak sardin je aku dah makan 2 pinggan nasi, kalau aku pandai masak nasi beriani ke.. aku tak tau lah, aku jadi besar ikan paus agaknya.. uwaaaaaa!!!

Azam aku untuk bulan puasa ni.. AKU MESTI KURUS!!

So aku ada lagi seminggu utk abihkan stok makanan aku.. Hmmm..

*Malam ni nak tido depan tv.. ye aku tau takde kena mengena dgn unsur menguruskan badan..*

Thursday, July 17, 2008

Erkkk....

Posted by NuiN at 1:26 PM 0 comments
Financial maintenance requirement where applicant will need to show an equivalent of £800 in his or her bank account everyday for at least 3 months prior to the application

Gilosss!!! Tak yah makan, tak yah bayar hutang piutang, tak yah buat apa2 kalau nak maintain £800 (equal to +-RM5300) dlm bank account everyday...


*Suddenly i realize how broke I am... cheh!*


Tuesday, July 15, 2008

Hate this!!

Posted by NuiN at 11:03 AM 0 comments
Hate this.. hate this.. hate this!!! Sebab aku tak leh tido aku terlambat bangun padahal hari ni aku ada meeting kul 930 am.. And aku kena sound dgn team leader aku mintak dtg awal bila time meeting.. huhuu walaupun dia sound lemah lembut tapi sgt menikam jiwa...

Wake up call... *sigh*...

...........

Posted by NuiN at 12:35 AM 0 comments


Damn la kan aku tak leh tido lak.. its already 2am time aku edit entry ni.. Aku tak tau nak tulis apa tapi tak tau la, fikiran aku sgt tak tenteram.. Bagus la kan, kul 2am tak tenteram jap lagi nak gi keje mmg bercinta la nak bangun..
Tadi aku gi tgk movie dgn Su kat Alamanda, citer Hancock, dia yang semangat sgt nak tgk..dia yang lambat dtg cinema. Aku mulanya takde la feel sgt nak tgk citer ni, tapi bila Su msg ajak tgk wayang so aku on je la.. balik umah melangut pun buat tambah blur je kan, so far ok la citer tu..quite funny though aku tak enjoy sgt story flow dia.. cewahh.. mcm pengkritik filem la pulak kan.. Anyway, takde la aku nak review pasal filem tu kat sini.. malass.. sapa nak tgk gi tgk sendiri..hehe.. Lepas movie kitorg gi lepak kat Bangi Kopitiam, tmpt tu actually food dia biasa2 je.. tp environment dia yg menarik..kesian Su makan mi hailam aka mi kicap blackpepper.. sgt la tak taste rasa dia.. Aku yg tak reti masak ni pun confirm bole masak lagi sedap.. hehe dgn syarat letak buku resepi depan muka aku..
Hmm apa la aku meraban kat sini ni.. Need to force myself to sleep la.. or else jap lagi aku akan migrain..
Seriously, this entry just to overcome rasa sedih aku yg tiba2 dtg ni..
Sudah2 la emosi ni.. penattt dan bosan... I can be stronger than this coz that's what i always do..
Hmm.. ya Allah.. tolonglah..aku dah letih sebenarnya dengan semua ni..

Wednesday, July 09, 2008

MAXIS BROADBAND SUCKS!!

Posted by NuiN at 11:03 PM 0 comments
MAXIS BROADBAND SUCKS TO THE MAX!!!!

And bila aku penuh perasaan isi feedback section kat website dia and after aku click Send.. this what i got..



Ye.. aku marah.. erkk...!!

Monday, July 07, 2008

I'm stress

Posted by NuiN at 12:35 PM 0 comments
Hari ni mood aku a bit emosial.. aku rasa PMS still bermaharajalela.. so entry aku ni juga a bit emosial...

By the way, aku still kat Penang hari ni, work from home.. kalau cakap work from home tu.. 30% je work.. 70% lagi ntah hapa2 di buat.. And esok aku cuti.. got a big thing to settle.. hmm.. kadang2 aku penat la... aku penat pretend happy mcm korg baca dlm blog aku nih. Aku penat pretend cool mcm kawan2 aku tgk aku. Ermm.. tapi sebenarnya aku rasa aku tak pretend.. cuma mcm kata akak Zai, aku tak expressive.. dalam bahasa kasarnya.. 'kayu'.. hehe.. tak reti nak menunjukkan perasaan.. tapi sebenarnya dalam hati aku ni.. 1001 perasaan ada.. betul la ek.. esok2 meledak semua yg aku simpan ni aku tak tau la.. jadi mcm gunung berapi meletup selepas 100 tahun tido agaknya..tapi aku sendiri tak yakin aku reti nak meledak2 tuh.. muahahaha..

Sebab tu gak la kekawan..aku kdg2 mintak korg stop membebel kat aku, sebab deep down inside ni aku dah terlalu penat.. tak tau nak describe mcm mana dah..

Pernah tak korang rasa perasaan korang mcm tepu dgn semua yang ada di sekeliling korang? Rasa macam dah malas nak fikir apa nak jadi esok.. lusa lagi jgn cerita la kan, tak nak amik tau lansung.. hmm tu lah aku rasa srkg. Sbb aku tak pernah berjaya predict dgn betul apa yg nak dtg dalam hidup aku that sometime makes me feel like a big loser (with a capital L.. hehehe).


Okay..pic ni kind of hiperbola la pulak kan.. hehehe

Hmm.. tak tau nak tulis apa lagi. Got to continue work.. jap lagi nak gi jalan2 tenangkan fikiran.. (tenang la sangat kan...)


Chioww..
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review