Showing posts with label Tong_kosong. Show all posts
Showing posts with label Tong_kosong. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

Aku dah makan budu...

Posted by NuiN at 1:15 AM 2 comments
Berjangguit nih tengah menunggu FB upload wedding pic cousin aku... Ikut ati malas tapi sbb cousin2 yang tidak memulangkan diri time wedding tu tak abih2 merayu suruh aku upload pic so layankan je lah. FB sekarang dah tak jadi tempat selamat untuk meluah perasaan coz penuh dengan cousin2 aku dari yang kecik sampai besar, and plus mak sedara pun dah ada dlm tu.. hehehe..

Dah lama gila tak berblog.. busy plus malas.. erm apa sgt la nak citer pun kan.. Life aku mcm biasa je...kadang happy, kadang stress keje, kadang bosan takde apa nak buat.. Skrg ni aku tengah bercuti selama 3 minggu.. wuhuuuu... mengabihkan annual leave aku.. tapi as usual cuti panjang2 pun tatau apa nak buat.. makan, tidur, melepak.. Kejayaan besar aku semasa cuti ni (selain membesarkan diri) adalah mengecat hall umah kat Penang... and malam tadi tangan aku sakit gila sampai susah nak tido... sengal, pegal semua cukup. Tapi mission aku adalah untuk continue mengecat dapur, dan mengecat semua dinding luar umah... Walaupun aku rasa mcm mission impossible tapi...at least aku ada angan2...hehehe.

By the way, tetiba je dah nearly end of the year kan.. lagi seminggu dah masuk 2010.. Aiyakkk.. Erm, aku takde azam tahun baru, rasanya dah lama aku tak berazam2 nih.. when i think of it, aku ni lebih pada org yg spontaneous so if aku plan something mcm nak rak pun selalunya tak penah dibuat..hehehe.. so senangnya go with the flow aja, when the time comes to take any action, just do it.

Oh ya.. sekarang aku asik follow citer Cucu Bentong..bukti aku takde menda nak buat waktu cuti nih..

Ermm..tatau nak bebel apa lagi.. Daaa!!

Wednesday, August 26, 2009

Aku sakit kepala

Posted by NuiN at 7:23 AM 2 comments
Serba ringkas (ni citer hari Selasa):

- Hari ni aku sakit kepala gila2.. maybe sebab beriani kambing malam tadi, tapi aku makan suku jeee... even yang balance aku tapau bawak balik tu ada je lagi dalam fridge.

- Lunch hour aku gi Tesco, sebelah building ofis je, beli beras, sardin (dgn niat nak masak nasi goreng sardin sebab aku sakit kepala), dan beli jugak spaghetti, kuah bolognese, tortilla wrap, cili sos, kicap.. semua tu aku tak tau bila aku nak masak.. nafsu syahwat sangatttt!!!

- Kul 515 aku dah keluar dari ofis sebab sakit kepala. Target aku adalah untuk sampai umah dan tido. On the way nak ke stesen DLR ada mamat dari arah bertentangan senyum. Tapi mengingatkan kisah pakistan hari tu aku mmg tak reply lansung senyum dia.. jalan je terus ke depan, tiba2 mamat tu dah ada sebelah aku..

- Dia orang Malaysia, keturunan India, tp dah lama kat London.. level pakcik2 muda la kot..tapi muka ok la utk layan sembang.. aku agak umur dia dlm 40 an.. suka bercakap sebab akhirnya aku end up duduk bersembang dgn dia sampai kul 930 malam..

- Dia belanja aku buka puasa.. kali ni aku makan briyani ayam.. aku tak nak beriani kambing lagi sebab aku sakit kepala..

- Esok pagi aku ada conference call pukul 630 am dgn team kat Malaysia, sbb diorg nak con-call time diorg 130 tgh hari.. sebab aku minoriti so aku kena sacrifice ckp telefon kul 630 am.. maybe aku tido je dgn telefon kat telinga..


- Roti kat UK sangat cepat rosak, expired date 23 hb, 25 hb dah penuh cendawan seperti cendawan selepas hujan.


- Dah ngantuk... tp blm sahur nih.. nnt esok lapar sakit kepala lagi...

Monday, August 17, 2009

Ngantuksss...

Posted by NuiN at 4:19 AM 3 comments
Aku mula ingat nak tulis pasal sessi jalan2 aku hari ni ke Pettycoat Lane dan Oxford Street, dan kes di ngorat mamat pakistan sampai aku berdiri rapat ke tingkap bas (scary nyer pasal...) tapi aku sangat ngantuk skrg... so later je la citer..

Gud nite!! Muahs!

Thursday, August 06, 2009

I'll be leaving again

Posted by NuiN at 12:00 AM 0 comments
Next week aku kan ke London lagi.. kali ni for 2 month.. nervous seh... as usual takut aku tak leh perform dalam keja aku.. bab lain aku tak kisah sgt.. Anyway, gamble je la.. hopefully everything will be fine.

Tapi tak best skit sebab aku akan puasa dan raya kat sana. Hmm.. mcm mana la nanti mama dan adik2 beraya without me? Anyway it will be a new experience for me la kan first time dlm hidup beraya kat tempat orang. And kalau raya jatuh on working days, alamatnya takde istilah raya la..

I'll write my experience there..about puasa, raya or whatsoever.. KALAU AKU RAJIN..keh keh keh.. dunno why but blogging is no longer fun!

Chiow!!

Tuesday, June 30, 2009

Peace..love..and respect (tajuk takde kena mengena, aku tgh tgk ulangan APM 2008, kumpulan Gigi menang award and dia sebut phrase tu..)

Posted by NuiN at 11:24 PM 1 comments
Aku sepatutnya mengantuk (sepatutnya mengantuk??) tapi as usual mmg tak reti tido awal though petang tadi aku dah rasa mcm mood swing coz tak cukup tido..

My weekend as usual kind of hectic but this time got lots of stories to be kept in my mind.. Early Saturday morning (which is real early.. 3 am!!) in Alor Setar with Shafrina was such a hysterical moment.. we end up gelak besar when everything end. Okay.. orang lain takkan faham.. those involved je akan faham citer ni.. Just for me to remember anyway.. Moral of the story, jangan main redah je masuk hotel specially hotel murah berharga RM50.60 coz end up you will just managed to stay for 5 minutes coz tak sanggup tgk bedsheet yang kaler kelabu dan berabuk mcm nak rak!! And if someone suggest you to stay in Grand Jubilee Hotel, Alor Setar... seriously, run!!!!

Pada harga RM50.60 memang la tak dapat hotel cantik macam ni, tapi jangan la bagi rumah hantu!!


Last week still durian feast for me.. seriously aku dah insaf tak nak makan durian lagi dah tahun ni.. next year pulak.. Gua dah rasa bloated gila.. Macam katak perut kembung yang nak pecah! And the worse thing is on Sunday, aku makan durian yang banyak (x yah la mention the actual quantity), and that nite aku supposed coming back to KL, tapi hanya separuh jalan perjalanan coz headache attack and I seriously can't drive. The solution is aku patah balik umah and tido. Luckily, aku memang cuti on Monday, just that at first i thought of spending the off-day here in my apartment. Tapi kalau nak melihat dari sudut positive, bila headache aku drive 50 km/j je.. sampai terfikir bila la nak sampai umah drive slow mcm ni.

Durian?? No more!!! Say no to DURIAN!!! Durian kills u!! Durian yummy!!!

Oh yeaa.. gua sudah menonton Transformers! Actually aku bukan lah 'kipas susah mati' movie ni pun, even yg 1st aku tgk kat HBO je, tapi sbb semua orang asyik ckp pasal Transformers je rasa left out lak kalau tak tengok. Dan effectnya, kat hiway aku rasa mcm semua keta nak transform jadi robot.. And terlintas di fikiran, BANYAKNYA OPTIMUS PRIME... bila kat atas hiway tu penuh dengan lori kontena...hehehehe

This weekend something yang aku tunggu2 will happen.. tak sabarnya... Hmm..who knows this might start a new chapter in my life kan... chewahhh angan-angan!!

Monday, June 22, 2009

Bla..bla..bla..

Posted by NuiN at 3:16 PM 0 comments
Hari ni takde keje lansung!! Jadi hanya lepak layan facebook.. dan layan Amy membebel kat ym dan email ofis (satu-satunya kawan kat ofis ni yang berjaya menjadi tempat luahan perasaan aku, though dia lagi banyak menjadikan aku tempat luahan perasaan dia..keh keh keh)..
  • Kaki sakit.. last saturday banyak jalan
  • Last saturday pegi makan2 kat umah sorg ex-ofismate (ofis lama) kat Nilai. Mak dia masak curry yang sangat curry!! Dulu aku tak suka makan nasi atas daun pisang dan di rumah orang india, sejak aku kenal dia aku dah biasa.. Ni dah kali ke dua aku makan kat umah dia...
  • Dekat dgn umah kawan aku ada ladang buah naga hidroponik.. Sedap gilos buah naga yg diaorg jual (ok..exaggerate!).. terbaik dari ladang lah! So aku beli sekilo lebih...errr 3 biji je..
  • Balik dari Nilai gi karaoke kat Bukit Bintang.. Sangat hampagas, diorg bole parking kat Pavillion then jalan kaki ke KTV depan Sungai Wang tu.. akak dah la vogue the vass dengan high heel bagai... melecet tapak kaki aku.. demi keselesaan, diorg tengah nyanyi aku gi beli sandal kat sungai wang!!
  • Ada seseorang tu berperangai agak pelik.. (aku rasa la..).. Err.. adakah apa2 yang diperkatakan dengan gelak ketawa itu benar???
  • Sampai umah dah pkl 1145 pm.. headache to the max! Luckily aku tak drive..
  • Hari Ahad satu hari duduk dlm umah sampai lebam...layan Cake Mania.. dah addicted dah!

Cececehhh...

Posted by NuiN at 2:03 PM 0 comments
Someone is thinking of writing a blog... Hmm.. mau luah perasaan juga kah???

Monday, May 18, 2009

Blog..blogging..bloggingsss

Posted by NuiN at 12:55 AM 3 comments
Activity tido petang sampai ke malam on Sunday leads to mata aku terbuntang cerah skrg.. Though aku tak tau nak update apa kat blog ni but just entertaining my own feelings to membebel.. so layan je la blog. I felt like blogging is quite boring nowadays.. or maybe aku yang dah tak tau nak tulis apa.. It seems like my addiction dah tak semantopp (i hate it when si Ghau Ghau tu say that in Raja Lawak.. perlu ke nak tekankan word mantoppp tuh?) 2005. Masa 2005 tu semua benda nak tulis kat blog, and the funny thing is yang baca blog aku cuma Su je.. dia baca blog aku, aku baca blog dia..

*Kalau baca ni blog bole jadi best ke?*

Anyway.. tak kisah la, this blog is not committed to anybody.. so kalau aku rasa nak tulis aku tulis, kalau rasa malas.. buat tak tau je.. Nama pun live my own life kan.. But i still enjoy blog hopping.. baca blog orang, see how people thinks.

One thing yang aku nampak dari blog world ni, people really love to talk about others.. Hmm, who doesn't kan? But its funny when orang yang kita tak kenal pun bole jadi bahan nak di tulis dalam blog. Makcik naik motor kain terangkat pun kita komen dalam blog, pakcik jual air soya tak pakai selipar (contohhhh...) pun komen dalam blog, no matter we knows that person or not, confirm akan jadi bahan dalam blog when what they do go against the norm yang ada dlm 'standard life rules'. Sometimes, aku terfikir gak, we don't even think, di sebalik keghairahan kita nak condemn perbuatan pakcik, makcik, kakak, adik or whoever yang kita jumpa kat tepi jalan tu (and we don't even knew their names!), kita tak pernah fikir kenapa dia mcm tu, maybe something happens that lead him/her to do things yang kita rasa tak appropriate ketika tu.. Not saying that we can't judge people, but what happen if one day kita ada dalam situation makcik naik motor kain terangkat tu? Confirm di masa tu perbuatan tu bukan lah satu yang salah di mata kita...

*Makcik jgn naik motor pakai mcm ni, 3 page orang tulis pasal makcik dlm blog nanti*


Another thing yang attract my attention when blog hoping is supporting spirit. Aku suka baca comment2 kat comment box, and from that aku buat satu conclusion, if you're a popular blogger, ko buat la apa pun, you'll get a support. If what you do is something that actually should not be supported.. maybe sebab tak ethical sgt ke, or terlebih adventurous ke, you'll still be supported, cuma the way they express their support tu akan lain skit. Adalah penyusunan struktur ayat yang dibuat.. which in the end.. YOU'LL STILL BE SUPPORTED!

* Ko confess kat blog pasal ko pakai Botox?? Takpe-takpe.. aku support ko.. kita peng-yu!*


Anyway, itu aku punya personal view la.. i might be wrong.. jgn ada yang melenting lak. Above all, blog korang, suka hati korang la nak tulis apa pun, orang yang suka baca, observe and think mcm aku, akan keep on doing it just to understand that manusia ni memang full of colours.


**Btw, aku jealous Hafiz menang Honda Accord...dia baru 18 tahun weihhh! Aku berangan Honda Civic bertahun-tahun tak ter'realisasi pun lagi!!

Thursday, April 23, 2009

Busy la konon...

Posted by NuiN at 7:45 PM 0 comments

Hari ni adalah busy.. Sorry le utk kekawan yang BUZZ aku kat ym, yang sms, yang mana aku jawab lebih kurang je.. sangat busy coz semalam emergency leave, so hari ni emergency work la pulak kan... cemas sebab email bersusun-susun tunggu giliran utk di beri perhatian dan di'kerja'kan.

Tapi bila aku work from home kat kampung ni, aktiviti aku adalah keja.. makan.. keja.. makan.. lepak kat sofa, on tv, on laptop, then start keja and start mengunyah.. nasi..mangga..kuinin..cheese cake..pulut udang..air tebu..yaddaaa..yaddaaa.. by 8pm je aku rasa aku dah besar gajah yang tersepuk kat sofa! Malam semalam aku balik Kedah sekejap.. saja je nak menyakat cousin aku sebelum balik tu aku sms, "Kak Nini on the way balik kampung, pulut durian ada tak?", and sebaik je aku sampai kat umah makcik aku, dah ada pulut santan menanti bersama 4 biji buah durian yang pakcik aku baru beli kat pasar malam.. wuhuuu... mcm kat syurga rasanya, sms je dapat.. hehehehhe...

KESIMPULANNYA... AKU TAK SEMPAT ENTERTAIN KORANG SEBAB BUSY KEJA DAN MAKAN!

Wednesday, April 15, 2009

Aku, dia dan patapon!

Posted by NuiN at 2:44 PM 0 comments

Mood adalah malas ya amat.. Keja adalah tak banyak at this moment.. Nak check data je yang menyebabkan aku jadi malas kuasa 16.. bosan check data ni.. nak kena compare one by one between system dgn spreadsheet... buweeekkk.. nak muntah buat keje yg tedious mcm tu.. Oh ya, jap tadi aku dpt chocolate yg cute kat atas tu.. kawan aku balik dari UK for 1 week break, so dia bawak balik chocolate tu.. Hmm, mcm mana nak makan kalau cute2 mcm nih...

Last two days aku mimpi arwah abah.. hmm deep inside aku sangat rindu dia sebenarnya.. Aku mimpi abah baring atas katil, pakai kain pelikat (camni ke eja??), pakai t-shirt dan ketayap putih, mcm dia selalu buat lepas solat maghrib.. Masa tu aku nampak muka dia mcm tak sihat, so aku tanya, "abah demam ka?", dlm mimpi aku tu dia geleng je and senyum.. Huhuuu.. i miss him so much!! Then mlm tadi aku terus call mama, aku ajak mama buat kenduri arwah utk abah dan Jiji this coming 1st May, maybe bole buat kat Kedah, joint sekali kenduri cousin aku bertunang on that day. Korang tau tak perasaannya bila terlalu rindu and kita tak bole nak luahkan kat sesapa.. Mcm tu la aku rasa bila aku rindu abah dan Jiji.. aku tak bole nak cerita kat mama coz itu maybe akan buat mama sedih.. so simpan je la.. and bila terlalu rindu for sure aku mimpi. And kadang-kadang bila aku dah tak tahan sangat dengan 1001 hal yang datang, aku nangis je dalam keta sambil ckp sendiri (konon2 mengadu dgn abah) yang abah tinggalkan aku dengan responsible yang besar sgt dan aku rasa aku dah tak bole handle lagi.. hehe cengeng!! Okay.. enuff of sedih2.. aku selalu ingat pesan abah kat aku, masa aku call abah sambil nangis2, sbb masa tu aku inform abah yang kaki mama nak kena potong sampai paras betis.. abah cakap kat aku, "kita tawakal aja banyak2.. dugaan mcm mana pun kena sabar.. kalau tuhan dah takdirkan sesuatu nak jadi, kita kena terima".. Hmm.. ok, stop it before aku meleleh air mata kat ofis nih..



Oh my addicted Patapon.. hari ni perjuangan akan diteruskan utk bunuh dinasour tu.. damn betul, aku ingat aku dah terer masuk stage 4.. rupanya mission tak settle kat stage 2 lagi.. Bestnya sbb game ni buat aku bangga diri kaw2 nyer mula2 sbb mcm, 'senangnya nak pegi from one stage to one stage'.. dah sampai stage 4 baru realize aku takde weapon utk lepas stage tu.. dan weapon or miracle tu cuma bole dapat kalau aku defeat dinasour durjana tu kat stage 2. And dinasour durjana tu cuma bole defeat kalau aku kukuhkan askar aku. Untuk kukuhkan askar aku, aku perlu kutip banyak 'kaching' (duit diorg la) kat stage 1.. Kesimpulannya, JANGAN PERASAN BAGUSS!!! PERGI STAGE 1 SEMULA!! Huhuu..sangat damn!!

Layan lagu Entah - Afghan, sambil ingat abah, dan ingat dinasour patapon yang tak mati-mati tu buat aku rasa sebak dan sebu dan nak muntah dan nak nangis.. malas nak tulis lagi lah..

Chow!

Thursday, April 09, 2009

I'm currently so damn hungry!

Posted by NuiN at 5:13 PM 0 comments
~ Hari ni dtg ofis sebab ada urgent task kena siap kan.. Kat umah takut vpn problem. Nasib baik aku masuk ofis, IP utk connect ke system dah tukar and aku tak tau pasal tu, kalau wfh hari ni mati la dok menggodek nak masuk system tak bole bole.. Plus, semalam satu hari kat umah adalah sangap, Su balik Penang so aku jadi bosan kuasa 16 sebab duduk dalam umah sorang2 24 jam! Kul 11 lebih (mlm) aku dah rasa nak pengsan sbb bosan so aku msg Rina, bole ayat dia, "saya pun bosan sorang2", bila aku tanya kenapa tak dtg sini, jawapan dia.. "itu la, menyesal lak tak pegi sana".. ampesssss!!!

~ Ofis sangat sejuk and aku dah mula ada petanda nak demam.. sneezing, tekak sakit, badan sakit.. Tengah berkira-kira ni.. kalau esok demam gak, kensel lah balik Penang minggu nih.. tapi nak buat apa sorg2 on weekend?? Confirm bosan!

~ Sebab hari ni aku rajin datang ofis, ada la ganjaran (tetiba kan...). Hari ni dpt surat increment.. wuhuuu.. walaupun increment adalah ciput teramatzzz, tapi ok la sebab time2 gawat kan.. nak increment yang hebat.. sila lah jump keja lagi. Tapi buat masa ni aku belum ada perasaan nak jump keja, coz so far aku still enjoy flexibility kat sini. Esok lusa tak tau la nak cakap kan..

~ lagi 30 minit ke pukul 6, i'm gonna go back and sambung work from home.. tak leh keje lama2 kat ofis.. aircond sgt sejukss.. (alasannnn lagi!)

Wednesday, April 08, 2009

Tak leh connect to VPN so kemalasan aku berganda dua!!

Posted by NuiN at 3:43 PM 0 comments
Hari ni adalah hari yang paling malas (which is still reflecting the other days like before..hehehe) and lepas bangun tido tadi aku berangan jap and then decide to work from home. Standard la bila tengah malas, bangun pagi (erm..ok tipu, tak pagi la...) mula la rasa nak demam, rasa sakit tulang..sakit urat semua.. and bila dah tekadkan hati tak nak gi ofis.. terus sihat, fresh mcm baru lepas mandi!

Ok.. skrg VPN connection buat hal dan aku gelabah pink takut tiba2 ada keja yang memerlukan aku connect to system. Damn!!!


Aku google image for 'gelabah pink'.. and one of the image that came out is this.. adehh.. ni gelabah purple..

Takpe lah.. berdoa aja moga VPN connection akan ok lepas ni or berdoa supaya otak aku bole come out with creative excuse if tiba2 aku kena go into the system.. Sementara tu.. lepak je dulu..

Last Monday aku gi jmpa kawan aku kat KLCC. Memandangkan aku start keja on the afternoon and dia lak surirumah sepenuh masa, so kitorg jumpa kul 10 am.. melepak dan bergossip-gossipan sampai 1 tgh hari. She's one of my best friend, we've been friend since 1998.. hmm dah 10 tahun lebih. And dia ni selalu mcm ada sense je bila masanya aku susah or bila masanya aku senang. Same goes like this time, time aku really need to talk to someone yang memang betul2 kenal aku and bole influence my thinking, i got her sms, tanya kabar aku, and then ajak aku jumpa.

"Babe.. though ko tak baca blog aku but i want to thank you for everything. Thanks for always be there for me, and thanks for always be my shoulder to cry own. Really love you!"

Owhh.. masa kitaorang melepak tu jugak aku nampak sorang blogger yang agak tersohor gak la kat dunia pem'blog'ingan (okay.. that word is a crap!) ni, dia duduk sebelah meja aku. Aku jarang baca blog dia, awal2 dulu aku baca la.. but i can still recognize her face. Tapi sebab aku bukan jenis yang rajin nak beramas mesra dengan orang yang aku tak kenal so aku abaikan je la.

And on Saturday aku dapat satu sms yang sangat mengharukan dari unexpected one.. BIAH!! Biah, seriously aku touched gila dengan sms hang tu.. nasib aku kontrol macho je tak keluar air mata. Thanks for the thought babe. Hehe seriously aku tak expect aku akan dpt sms mcm tu dari hang... I love you too fren!

Minggu ni jugak minggu layan dvd.. 2 movie yang aku sangat ketinggalan zaman dan baru menonton adalah Twilight *hensem ke vampire tu.. putih semacam je..* dan P.S I Love You. OMG!! Both stories adalah best! Okay maybe aku sorg je la yang teruja sebab orang lain semua dah tengok berkurun lama dah... but who cares??


Ada yang cuba men'samataraf'kan apa yang dia buat adalah sama dengan citer P.S. I Love You.. Iyolahhh!!!

And mlm tadi budak dua orang tu tengok vcd Cinta lak.. apakehal nya ni? Minggu romantika d' amour ke apa.. Tapi aku busy buat keja masa tu so tak concentrate sgt.. kalau tak confirm air mata meleleh.. specially part Nanu dgn Que Haidar tu.. confirm aku akan teringat Jiji. Tsk...

Erm, tiba2 aku rasa malas nak sambung menulis lagi..

Chow!

Tuesday, April 07, 2009

I hate Monday too..and Tuesday..and Wednesday..and Thursday..but not Friday..

Posted by NuiN at 10:27 PM 2 comments

Saturday, April 04, 2009

It's 3 am

Posted by NuiN at 3:00 AM 0 comments
~ Pending tasks in my plate, cleared! Happy!! Happy!! Tak sesia aku stay up on Thursday night sampai 5 am utk siapkan keja.. hari ni bole berweekend dengan gembira dan senang hati!!

~ Mata ngantuk tapi tak leh pejam, so aku layan Macam-Macam Aznil.. aku suka mamat ni coz he's happening and cheerful je.. and dia mmg suka entertain budak2 so aku rasa sebab tu dia awet muda. Episod yang aku tengok kali ni selamba je dia biar budak2 kat studio tu pukul2 dia dengan bantal... So cute!

~ Dah 2 minggu ni takde sessi dating dengan Reen dan akak Zai coz last week aku kat Penang whole week and this week akak Zai lak kat KK.. wahh patut la aku rasa mcm lama tak melepak dengan korang.. alaa... rindu la plak nak bergossip kan... Tak best betul working time aku skrg sampai nak melepak dan berchatting dengan kawan2 pun susah.. (Reen, ko baca tak Brahim komen apa on new working time aku? Happy gila cik abang tu.. hehehe)

~ Hmm, tgk budak2 kat Macam-macam Aznil ni terus aku rindu Aliyah.. Bulan lepas aku belikan dia set colour pencil yang besar coz sebelum tu dia dah dok mengendeng aku nak colour pencil tu, kononnya prihatin, ni yang dia cakap kat aku masa aku bagi colour pencil tu:

Aliyah: Kak Nini beli kat mana colour pencil ni?
Aku: Kat KL laa..
Aliyah: Ada duit ke tu??

Erkk... masa manja2 mintak aku belikan tu tak lak dia fikir aku ada duit ke tak... mmg nak kena gigit budak nih.

Last week pun aku jumpa dia lagi, aku bagi dia sekeping coklat Cadbury,

Aliyah: Coklat Kak Nini beli kat adik tu sedappp sangattt..
Aku: Okay, nanti Kak Nini beli dua pulak kat adik
Aliyah: Beli sepuluh boleh?

Fuhh... sangat rindu!!

Tuesday, March 31, 2009

Meditation

Posted by NuiN at 4:35 PM 0 comments

Friday, March 20, 2009

Take a break!

Posted by NuiN at 1:49 PM 1 comments
Wahh ngantuknyaaa.. padahal keja sebebanan beratur ambik nombor untuk disiapkan. Tgk pic baby kat atas tu buat aku terfikir, kita yang keje dgn computer kalau ngantuk tersengguk ke pc atau laptop, kalau tukang kasut macam jimmy choo tu ngantuk mesti tersengguk mcm baby tu kan.. keh keh keh.. pastu spray kasut yang korang tengah pakai skrg tu tak nak bagi ada kesan bau air liur basi.. yeaaawwww...

Kehidupan masih lagi busy.. penat wehh.. tiap hari aku balik keja paling awal pun pukul 7 malam (tak perlu la amik kira aku masuk keja kul 1030 pagi kan.. hehe masa balik yang penting). And every Friday aku akan drive balik ke Penang yang kekadang buat aku rasa jari-jari aku cramped kat stereng keta! Tapi minggu ni aku tak balik so esok aku nak tido dari pagi sampai Ahad!! Which is.. not so true.. aku dah ada list dalam kepala, nak mop umah, kemas umah, BUAT KEJA OFIS.. (sigh... @&**#$%%!!@@??**!!).

Oh yea.. sapa nak tgk citer Confession of a Shopaholic secara online, click kat link bawah ni.. aku belum khatam, minit ke 20 je aku dah ngantuk.. ok weekend ni aku khatam kan, nak khatam kan slumdog millionaire jugak.. see semua benda nak wat weekend ni..


Housemate aku ada ringtone baru untuk incoming message yang buat aku rasa nak lempang je dia dan telefon dia sekali. Bunyi anak kucing yang sangat real! Dah 2, 3 kali aku terkejut dgn bunyi tu. Meremang bulu roma okay... Kalau bulan depan korang dengar aku di diagnose dgn sakit jantung, sila refer ke housemate aku dan handphone dia yang mengiau-ngiau tu... Punya banyak mp3 bole buat ringtone, perlu ke bunyi kucing??? Siap cakap bunyi kucing memeriahkan umah aku.. Bunyi kucing di rumah orang yang tidak mungkin bersahabat dgn kucing, relevan kah??

This will be my door sign, car stickers, book markers, wallpapers bla..bla..bla...

I knew my housemate will wish for this to happen.. Haha.. U WISH!!!

Tapi to confess, aku bukan benci kucing (sort of..), aku TAKUT kucing... seriously korang tak yah la psycho aku ckp try pegang ke, tgk muka dia cute ke apa ke.. takde maknanya semua tu. Paling aku tak suka kalau kat gerai makan and kucing tu mengendeng kat tepi, ada kawan aku kononnya nak menenangkan aku la, siap cakap, "buat tak tau je kat kucing tu..", BUAT TAK TAU?? Sah-sah la dia dok menenggek kat bawah tu memandang aku.. takde makna ok semua ayat2 tu..

But i love Garfield!!!

Satu-satunya kucing yang berjaya me'macho'kan diri aku.. satu-satunya kucing yang berjaya melepasi kadar piawaian penerimaan aku terhadap kucing-kucing sedunia! You go Garfield!!

Ok lah.. sambung keje!!

Sunday, February 15, 2009

Bunga mawar diamonte

Posted by NuiN at 12:33 AM 0 comments
Skrg adalah musim kegilaan aku terhadap siri Termehek-mehek. Tapi makin banyak episod yang aku tgk, semakin aku yakinnn bangettt (sbb ni citer indon kan so kena komen dlm bahasa indon gak la) yang ini bukan realiti show sebenarnya tapi hanya acting!! Masalahnya.. aku tetappp addicted!! Time aku meluahkan emosi ni pun aku tengah menonton Termehek-mehek lagi di Youtube.. keh keh.. Ufffhh...cepat2 lah habiskan kegilaan aku terhadap siri boong (bohong dalam bahasa Indonesia) ini...

Semalam 14 February is the valentine day. I dunno what to write about yesterday. V day adalah hari di mana bunga ros jadi mahal sampai tak tercapai dek akal, coklat..cupcakes..semua jadi mahal. Hmm..kasih sayang tu tak terbatas pada 14 February aja kan... so aku rasa tak perlu la nak all out on that day to show your love. Harga bunga ros pada hari wesak or CNY or raya puasa hanya RM 1.50 sekuntum (ni penakulan mantik..aku belasah je), on V day jadi RM25 sekuntum, macam la bunga ros yg dijual pada hari tu kelopak emas or batang silver.. Sama je kan dgn bunga ros yang dijual kat pasar pada hari wesak.. esok layu juga.. hehehe... Try to joint the crowd, i don't feel any different on V day compare to other days.. oo iya gue enggak dapat bunga... What the heck, yang penting apa ada dalam hati.. Having a simple dinner, talking to each other, laughing at each others stupid joke, i think it will still be a memorable day to you. It's ok just makan nasi kosong dgn tomyam, telur dadar dan ikan siakap sweet sour kat restoran tepi jalan di hari valentine, dgr lagu cinta dari cd yang di burn sendiri dan lagu2 nya di 'curi' dari internet, sbb cinta bukan terletak pada having dinner in fancy restaurant or bunga harga RM25 sekuntum or coklat harga RM 50 sekotak, but with whom u spent the day, (and i don't refers ONLY to V day). Ok, aku sgt terpengaruh dgn Love Poem from PaperGirl tuh (refers next entry..hehe)!

Sorry, akak cheap skate!

Seriously, aku rasa V day ni terlalu diperbesar-besarkan (aku pun terperangkap..tp hari ni aku rasa mcm over lak..).

Ok.. move on. Dah, lupakan V day tu..

Tuesday, February 03, 2009

Kawan

Posted by NuiN at 3:29 PM 1 comments
Finally aku dpt gak tgk citer nih... The story is so cute (ok..dont ask me how to define a cute story..its just an expression!) dan best.. It tells the value of friendship from different views.. Paling aku suka on satu phrase "Girl friends always stick for each other.." lebih kurang mcm tu la bunyi dia which i'm totally agreed! Time tu aku melankolia la sekejap teringat all my best buddies and how grateful i am to have them in my life.. iskkk... Ok, DQ!

Talking about best friends, last Thursday aku spent 4 hours during lunch hour (what a luxury of time la kan.. heheheh) bergossip2an dgn 3 org kawan aku from the ITM Arau years.

From left to right: Me (apasal aku asyik pakai baju ni je?), Nurul, Norma

Aku dgn muka kelaparan dan Licho yang asyik nak gedik dgn camera

We met at Sunway Pyramid.. gila jakun la aku dah lama tak gi Sunway Pyramid, tak pernah aku tau skrg dah ada new wing.. mmg sesat2 gak la mencari jalan nak ke parking masa tu. Kitorg lepak kat Ole-Ole Bali, makan2.. gelak2.. really like the old days. Kekawan aku ni semua dah kawin, Nurul with 2 girls, Norma with 1 boy and 1 girl.. and she's now 3 month pregnant!! Licho still honeymoon setelah 4 tahun kawin.. Masa kat Arau kitorg kira satu 'klik' la.. actually ada 9 of us.. and masa tu we were called Spice Girls (gila aku rasa malu sendiri...), spicy sgt kah??? Hehehehe..aku rasa sebab kitorg di gelar Spice Girl masa tu coz kitorg kamceng dgn satu grup budak2 lelaki yg gelarkan grup diorg Bandit... so dari nama tu korang tau la, kitorg nyer aktiviti mmg takde ke unsur2 ilmiah or menambah pengetahuan nyer.. memanjang langgar peraturan dan bersuka ria aja.

Ini lah 'spice girl' di zaman suci murni dulu.. wakakkaka.. aku rasa nak serkup muka dgn tudung saji tgk gambar dulu2...

But we've go through a lot sepanjang 3 thn kat Arau dulu, curi keluar dari hostel, kena kejar dgn pak guard sebab curi keluar makan sahur, sewa kereta and accident langgar lori a day before final exam (confirm semua org tak lupa kes ni), meniru time test (ini kitorg nyer expertise... sorg je jawab exam.. nnt kertas tu melayang2 ke meja semua org lain.. keh keh keh), melepak kat gerai dlm ITM tu termasuk time org solat terawikh dan kitorg je muka budak perempuan kat gerai tu.. hmmm... takde aktiviti yg baik rupanya yg kitorg buat sepanjang kat Arau dulu. Itu belum masuk bab join Bandit conteng bilik on the last day kitorg kat ITM.. adoiii...sgt vandalisme! Tapi skrg dah insaf.. dah baik.. sbb dah matured kan (matured la sgt...). Anyway, we still try to maintain our friendship as much as we can, skrg ni most of them dah ada family sendiri and yg single2 pun menjalani kehidupan sendiri kan so terbatas skit la agenda nak bertemu2 melepak2 mcm zaman dulu2. But sesekali jumpa macam kitorg buat last Thursday tu, mmg sgt happening!

Ok.. kalau citer pasal kawan-kawan 3 hari 3 malam pun blm tentu abih..

Esoknya Jumaat aku amik cuti sbb nak bawak makcik, pakcik dan cousin2 aku jalan2.. Tak tau nak gi mana pun so aku bawak diorg gi Nilai 3. Sbnrnya aku yg teringin nak pegi sgt.. dah penah pegi sekali tp tak jalan2 pun kat situ. Bila sampai sana... wahhhh sgt la aku teruja tgk banyak nya karpet2 dan kain2 yg di jual dgn murah dan cantik. Ok.. aku bukan la gila kain sgt tapi gatal2 kan bila tgk benda2 di jual dgn perasaan murah nih. Mlm tu bertolak balik Penang lepas abih tgk Raja Lawak yang tak lawak lansung pun... except for LNJ, Sepah dan Chot.. Huh! Aku ingat nama contestant ok!!

Malam tadi masa on the way balik dari Penang ke KL, aku sempat capture nih, meter keta aku dah cecah 100,000 km. Orang lain drive 5, 6 tahun baru cecah that figure, aku baru 2 thn lebih dah cecah 100,000 km.. So jgn la berangan nak jual keta tu, mileage banyak macam tu takkan ada sapa nak beli nya.. uwaaa!!!! Tapi aku sedapkan hati aku dgn ayat, "keta dibeli utk digunakan, bukan utk disimpan.. so guna la!! Buat apa beli keta kalau aku kena balik Penang naik bas jugak, so sebab aku asyik ulang alik Penang-KL dgn keta sebab tu la meter aku cepat je cecah 100,000 km." Korang penah faced dilema ni? Kena berhempas pulas explain kat diri sendiri demi memuaskan hati sendiri.. Ye itu dilema aku.. SELALU!


Tapi kalau tak leh jual pun aku rasa keta aku nak kena cat semula la.. dah tak cantik... Sigh!

Wednesday, January 28, 2009

Rabu yang sangap...

Posted by NuiN at 12:26 PM 5 comments

Semalam aku tgk citer Underworld 3 ni.. actually aku tak penah tgk pun Underworld 1 ke 2 ke.. tak penah tau pun kewujudannya.. hehe.. tapi ok la sebab tak tengok 1 dan 2 pun bole layan yg ke 3 ni. Actually aku ke cinema sebab nak tengok Bride's War (kekawan.. jom la gi tengok citer nih!!) tapi by the time sampai the earliest show tu dah start, nak tunggu next show lambat la lagi, so tgk je la Underworld 3 ni. Not bad la.. tp citer mcm ni aku selalu expect yg gempak2.. sebab pertembungan vampire dan werewolf kan, so aku expect more action from this kind of movie.. Ada la action, tapi tak as per my expectation.. whatever la.. for sure akan ada Underworld 4 anyway, sbb tu dia bagi skit2 je kot.. Tapi masuk dlm kereta aku feeling ala2 vampire, sebab bila keluar dari cinema kena panahan (hehehe panahan tuh..) matahari and aku berangan aku terbakar... Not bad gak kalau bole terbakar, aku nak mintak pembakaran bahagian lemak je.. ;)

Mlm tadi kul 11 lebih aku gerak balik KL.. tak jadi nak wfh kat Penang the whole week coz cousin aku yg sdg bercuti sekolah dan pakcik makcik aku yg bercuti kilang (skrg banyak kilang shut down production kan, so diorg ni pun sama la gong xi fatt chai) nak dtg lepak kat umah aku 2, 3 hari. Aku ok je la.. best gak ramai2 kat sini, takde la sunyi sepi je umah aku. Tapi aku tanya gak pakcik aku, 'plan apa nak gi KL ni?', pakcik aku cakap, 'nak lepak rehat2 aja..'.. Bagusss.. tak yah akak pening2 kepala nak come out with holiday plan. Lagipun aku keja kan, so mana sempat nak jalan2.. kira dtg umah aku tu dah ala2 gi taman tema la kan.. isi masa cuti.. hehehe. And malam tadi heaven la aku balik KL, sbb aku drive dari umah sampai Taiping, then pakcik aku take over, then sampai Sungai Buloh baru aku take over balik sampai ke umah aku. The rest of it, aku tido! Kalau biasanya aku balik dari Penang ke KL, journey mcm tu dah 3x aku berenti tido kat R&R dah.. pastu cari tempat terang dan kurang pokok.. sebab takut tido bawah pokok, kang aku terbyg vampire bergayut kat atas tu pulak.

*Vampire dlm Underworld tak hensem (kan biasanya vampire hensem..) tapi yg version2 pompuan sexy2 dowhh.. aku tak tau apa motif diorg.. Tapi aku bantai gelak gak la masa werewolf tu serang vampire2 tu and yg vampire pompuan yg sexy2 tu menjerit ala2 pompuan kena ragut beg tepi jalan.. Apadaaa jadi vampire tapi jerit.. tak cool lansung!*

Hari ni ofis lengang.. aku pun tak tau kenapa aku dtg ofis hari ni.. kononnya supaya bole concentrate keja compare to wfh.. hasilnya lemauuuu!!!

Friday, January 23, 2009

Entri takde arah tujuan

Posted by NuiN at 4:32 PM 0 comments
Kadang-kadang blogging itu jadi bosan untuk aku..
Bila aku dah tak tau nak tulis citer pasal apa lagi..
Life is still ok.. tak la loser sgt.. skit-skit la..
But no interesting stories to share with everybody..
Or.. dah malas nak share any stories with anybody in the cyber world?
Still aku got real friends yang aku bole citer apa saja...
Diorg menadah telinga dgn terbuka.. ikhlas ke tak.. don't care lah.. korang kawan aku kan..
Keja stil stress big time..
Tapi kalau tak keja lagi la stress.. Nanti tak de duit nak shopping..
Orang selalu cakap, shopping memang best..
Tapi lepas shopping kita stress, sebab dah banyak spent duit..
So sebab stress kena gi shopping (==> retail therapy)
Thats the sweet thing of shopping..

Erm..

GONG XI FA CHAI.. (tiba-tiba.. keh keh keh)
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review