Wednesday, May 13, 2009
Up above the world so high
Hmm.. takpe lah.. mama kata kurangkan makan mc d, semua yg instant2, kurangkan makan yang berminyak, yang masin... aiyakkk... itu la yang favourite to the max ma...
Anyway.. still breathing, so no worries!
Nurul, if you're reading this, janji kita tak membebel kat awak lagi.. sangat kena 'tulah' di raja!
Wednesday, February 11, 2009
Kejar hidung berlari sampai termehek-mehek
Doktor bagi ubat selsema sebab saya ckp saya dah penat mengejar hidung yang berlari itu...Owh malam tadi aku makan ice cream jelly yg dibeli di KFC.. bijak sangat la kan kononnya tak tahan sebab tekak aku perit dan kering.. so aku makan la aiskrim. Pagi tadi pukul 3 am aku terjaga sebab tekak sgt sakit, rasa mcm ada duri..rasa mcm bengkak je leher aku.. mmg sakit lah kesimpulannya. So terpaksa bangun dan makan ubat batuk dan ubat demam dan antibiotik yg ada dalam fridge, yang aku dpt 3 bulan lepas. Tak tau la expired ke tak, yang penting psychologically aku tau aku dah makan ubat..
Pkl 2 ptg aku gi klinik..sebab nak amik ubat (bila sakit yang ikhlas aku mmg akan berusaha gi amik ubat..makan tak makan tu number second!), mula aku gi ke 2 klinik yang dekat dgn umah aku, both klinik tu takde doktor.
Klinik A, "Doktor takde, dia pegi JPN, pukul 2.30 baru balik.. tapi itu dia kata la 2.30...".
Klinik B, "Doktor belum masuk, pukul 3 lebih kot.".
Aku suka gi klinik bila aku sakit yang ikhlas sebab bila keluar dari klinik aku akan rasa sihat..dan lapar.. So, aku gi lepak sorg2 diri kat Secret Receipe yang hanya selang beberapa kedai je dari klinik tu. And aku bawak sebuah buku citer supaya tak nampak loser sgt.. Dan berpesanan ringkas dgn dia yang selalu buat aku rasa bestnya sakit sebab boleh mengada-ngada.
Lepas makan Japanese Soba yang penuh dgn salad aku masih rasa sihat so aku gi shopping lak kat mini market dekat dgn umah aku. Bosan tgk peti ais kosong dan takde apa aku nak mamah untuk menambah berat badan yang tak pernah berkurang nih.
Lepas shopping masih rasa sihat, maybe sebab peluh keluar mengangkat beg plastik penuh tangan kiri kanan so aku pegi cuci keta lak.
*Aku rasa bangla kat tmpt cuci keta tu try nak beramas mesra dgn aku, sbb bila keta dah siap cuci aku terus masuk dlm keta, lupa nak amik kunci yang biasanya diorg letak kat luar atas cermin depan. Then aku bukak pintu, bangla tu dah pegang kunci dan hulur kat aku, pastu dia keep on pegang pintu keta dan tersenyum. KO APAHAL??? Tapi aku berbudi-bahasa skit la.. aku ckp je "Dah siap kan?", baru dia tutup pintu keta. Caisssss!!!!
Ooo... sebelum ni di tempat cuci keta yang sama, bangla tu (aku tak sure la itu bangla yang sama ke tak) juga menegur aku, "You hari-hari datang (bila masa aku gi cuci keta hari2??) sorang. Laki tadak ka?" Huh.. memang nak kena hantar gi imigresen bangla nih.. Aku buat bodoh je.. tak kuasa nak layan.
Abih citer bangla*
Malam ni aku asyik layan youtube, ada realiti tv show dari indonesia tajuk Termehek-mehek.. ofismate aku la ni memperkenalkan.. kan aku dah tersangkut!!
Tajuk mcm kelakar kan.. termehek-mehek.. tapi citer adalah sedih, dengan syarat kita faham apa dia cakap. Aku faham skit-skit je tapi sebab kawan aku dah bagitau ni reality show yang sedih so aku sentiasa timbulkan mood tu bila menonton.. feel ok!Ok lah nak sambung termehek-mehek...
- Hidup itu bukan antara benar atau salah, tapi hidup adalah pilihan.
- You don't know what you got till its gone.
*Aku terpengaruh dgn komen2 diorg kat youtube tu sampai aku rasa Termehek-mehek ni mcm acting, bukan real reality show.. tp still gua layan sampai 3 am ni.. Cisss!!*
Saturday, November 15, 2008
The story of a surrendered shopaholic!!
Takut wooo!!!
Kawan aku, Shima (hmm aku rindu kat hang.. dah bertahun tak jumpa kan.. padahal sekankang kera aja kat penang tu) tinggal pesan kat fb suruh aku update blog, hang takdak keja ek Shima? Aku tak de apa nak update pun, sbb life kat sini gi keja, makan, window shopping, layan youtube dan tido. Itu je la life cycle aku kat sini, kalau aku seekor lalat time layan youtube atau tido pada hari ke 7 tu aku akan mati dah.. Eh skrg aku rasa aku makin gemuk la.. hari tu aku kurus sekejap aja.. seminggu aja.. sebab minggu pertama tu aku gi keja ikut kawan2 aku yg budak lelaki tu, so diorg jalan laju aku pun terpaksa jalan laju. Sampai ofis bila bukak winter coat je aku rasa blkg aku basah.. berpeluhhhh even aku jalan di hembus angin. Tapi minggu ni tidak lagi.. aku dah tau jalan so aku gi keja sendiri.. sebab aku keluar kul 845, aku tak tau diorg dah pegi or blm pegi.. so bila aku pegi sendiri takde la faktor2 yg memaksa aku jalan laju.. dan aku tak berpeluh lagi! Dan tak kurus jugeeeee...
Dan skrg aku gila makan benda ni.. Doritos...Sangat cheezyyyyy...dan sgt sedap! Ada lagi dua bungkus kat umah ni buat stok...
Dan.. aku suka makan ni juga (see... semua bab makannnn je).. Subway herb and cheese with tuna light mayo..
*Semalam aku tgk drama apa ntah kat Youtube, Raja Azura dalam scene tu makan mi goreng.. huhuuu aku nak mi goreng!!!*
Lagi 2 minggu dah nak balik.. Yahoo!! Aku sangat tak sabar nak balik. Dah siap check tiket nak make sure date and time.. Hehe kronik ek.. Bahaya la aku kat sini.. aku asyik nak shopping je.. kadang2 ntah hapa2 je yang aku beli tapi mmg out of control la naluri mengabihkan duit yang takde tuh.. balik umah nnt mmg makan maggi je la..
Aku baru beli (shopping gak nih..) buku citer.. tapi blm baca lagi..
Dan hari ni aku meneruskan aktiviti pershoppingan aku lagi lepas balik keja. Tengok apa aku beli.. aku sgt nak beli product range Soap & Glory ni even aku tak tau product ni bagus ke tak. Kenapa aku beli? Sebab packaging dia sgt menarik ati aku.. mengong tahap cipan kan aku ni.. so easyyyyy... So far yang aku tau product ni ada kat UK je.. tak tau la sbb so far aku tak penah jumpa kat Malaysia lagi.. Dan hand cream M&S tu.. kat sini murah.. 1 pound je each.. so dalam 5 hinggit lebih.. aku beli 2 sebab kat Malaysia M&S consider mahal gak.. harga 2 lotion tu kat sini baru sama dgn harga 1 lotion tu kat sana..
Dan ini jugeee... tapi ni tak leh tunjuk lebih2 la kan.. bagi sneak peak je kat korang.. lingerie dari M&S.. tak nak komen lebih2 la pasal ni..
See.. aku takde citer nak update.. citer shopping dan makan je.. badan gemuk poket kurus.. hmm sgt seimbang.
*Pengumuman: Reen.. contact or buzz or buat apa2 je supaya ko in touch dgn aku sbb DP ko tu out of stock kat outlet sini.. so sila cari yang lain!*
Oh yaaa... aku ada benda nak citer dgn korang. Malam semalam aku rasa sangatttttttttttt teruja..
And tadi aku gi kedai beg (ni nak survey je..nak tgk hand luggage, sbb rasa mcm tak cukup beg je nak balik nih..), tokey kedai tu (or maybe pekerja tapi dah tua) org arab... dia tanya aku.. "you from Malayzi (malaysia la tu)"..aku pun cakap ye.. dia mcm happy gila.. ke taktik nak jual beg ek?? Pastu tanya nama aku, bila aku bgtau nama aku, dia cakap.. oo your father give u that name because u're the light of his eyes (nama aku kan maksudnya cahaya mataku.. chewahhh..akak sgt bercahaya!!)..huhuuu terus aku teringat abah...
Hmm... aku nak tido lah.. esok nak gi jalan2.. nnt aku amik gambor lagi..
Chiow..
*Akubudakgemukyanggilamakancoklatdancoffeedansandwichesdancoklatdancokladancoklatkatsini!!Uwaaaa!!!!*
*Perhatian juga pada kawan ku yang tengah hangat dgn abang itam tu...update le akuuuu... wah dgr2 nya hangat betul skrg..i tak kira, i balik nnt u MESTIII jumpa i.. i nak live telecast!! :P"
Thursday, November 06, 2008
Corat Coret hari ke empat...
"Remember Remember the Fifth of November
Nursery Rhyme & History
Tuesday, November 04, 2008
2 days in Reading
Nanti lah bila aku dah stabil aku citer detail skit pasal journey kat sini.. Hari ni, tgk je la dulu few pics yang aku sempat amik..
Sunday, October 26, 2008
Letih...
Tapi aku penat tahap dewa la skrg.. Seriously aku rasa idup aku skrg sgt tak organize. Sejak abah tak ada every week aku balik Penang, mcm2 benda nak kena settle. Mcm non-stop je task aku.. I'm not complaining coz bila aku rasa letih, aku selalu ingatkan time aku kat hospital, time aku janji kat telinga abah yang aku akan jaga mama, Lan dan Amin.. hopefully sampai mati pun aku tetap pegang pada janji aku.. One thing yang aku tak penah luahkan pada sapa2.. aku rindu sgt abah!
Waahhh dari bab malas dan penat masuk bab melankolik la pulak kan.. Ok.. tune back to normal tone..
Di sini lah kitorg bertiga bekerja keras untuk memanggil hujan supaya membasahi bumi Sungei Wang dan Bukit Bintang...Lepas lunch kat kedai makan sendiri...hehehe.. aku keluar gi Penang (island).. mission adalah utk gi Tesco utk beli stock kedai makan dan nak gi Queensbay utk beli baju. Bridge punya la jem... sgt tensi!! Aku ada mission kena sampai sana before 5, (penuh dgn mission) so banyak la bebelan aku secara senyap dan sorg2 dlm keta tu kan sbb tension nak kena bergesel2 dgn keta sebelah nak rebut ke depan. Buat bridge besar skit la wei!!
Tesco dan QB pun punya la ramai manusia. Dari mana la korang2 ni datang ek? Aku ni muak skit kalau nak kena bersesak2 dgn orang ni. Kat Tesco ok la coz aku dah ada list of things nak kena beli. Kat QB aku baru fikir2 baju apa nak beli. nak fitting lagi, end up aku beli baju je. Plan nak beli kasut la, winter coat la apa la semua tak beli...
Oh ya...ckp pasal winter coat, korang doakan aku berjaya buat keja ek. Doakan tuhan bagi aku IQ yang cerdas on the dot supaya aku tiba2 jadi cerdik dan genius dan mampu membuat orang semua kagum dgn aku.. hehehe gila wishes!
Hmm.. bila aku nak start study ni.. badan aku penat laa..
Mlm ni aku nak balik Kedah dgn mama dan Amin coz esok kitorg buat kenduri arwah abah kat sana.. Ikut penat badan ni, aku sebenarnya tak nak gerak gi mana2 hari ni, aku nak baring je....
Friday, October 10, 2008
Pinkyshhh!!!
Hmm..tadi aku rasa mcm nak tukar template blog aku sbb mcm dah bosan tgk template blog nih.. so aku start la cari2 kat internet. Dalam pencarian tu fokusnya mesti nak warna pink, then aku terfikir, sejak bila ek aku jadi gila kaler pink ni? Sebab ni bukan kesukaan dari azali ke apa.. Dulu2 aku suka sangat kaler ijau.. even masa arwah abah mula2 nak belikan aku keta dulu pun aku nak warna ijau lumut tu tapi abah tak approve sebab kaler tu tak metallic...errr.. abah aku sgt particular bab2 kaler keta nih... Lepas tu aku minat kaler biru.. semua benda nak kaler biru.. konon2 biru tu tenang. And masa tu ada sorg mamat yang aku suka ni pun sama suka kaler biru, so bertambah2 la pemujaan aku pada kaler biru... bodosssss!!!!!
Tiba2 sekarang aku suka warna pink! Aku rasa Kak Cam banyak mempengaruhi aku... Sejak aku close dgn dia la aku jadi suka pink ni sbb kak cam kan sgt suka pink...
So, sessi nak tukar template dah tukar jadi sessi aku nak review barang2 aku yang warna pink.. ni barang2 yang kecik2 je...sbb tiba2 aku realize.. most of my remeh temeh's stuff..semuanya PINK!!!
Beg Guess yang paling dibenci oleh Reen..muahahhaha..walaupun dia yang jadi tukang beli masa dia gi US.. Tapi aku jarang gila pakai beg ni, even aku kadang2 menggedik skit, tapi aku rasa beg ni selalu tak sesuai di bawa ke certain2 majlis..dlm ertikata lain.. AKU TAK TAU NAK PAKAI BEG NI GI MANA!! Tapi aku suruh Reen beli hari tu sbb aku sgt la attracted tgk kaler dia masa aku check kat internet tu. And masa tu aku sgt craving for beg plastik mcm ni.. And kat belakang tu shopping beg free from Her World, pemilihan tetap warna PINK!
Pencil case aku!! More to pen case la.. pencil ada satu je dlm tu.. Hehe.. even keje bahagian IT kena ada pen gak..nak conteng2 time bosan, nak acting take note time meeting..penting tuh..
Ni aku nyer mp3 player.. uissh masa nak beli benda ni gedik2 ok.. mcm takde esok dah. End up mcm benda2 lain gak la, aku guna tak seberapa pun, rasanya tak sampai 50x pun aku dgr mp3 player ni... Yea.. whatever!!
Ni adalah pen drive.. baru je suruh Su beli masa dia gi pc fair baru2 ni.. dia beli 2 utk aku pilih, satu tu warna biru kalau tak silap, 8GB, dan ini kaler pink 2GB.. dan yg 8GB tu murah je.. means kalau compare memory dgn price, lagi untung la amik yang 8GB tu, tapi sbb yang 2GB ni kaler pink, aku pilih yang ni, dan sampai skrg takde menda pun yang aku store dlm pen drive ni... suka kan membazir. And nampak tak keychain cute tu.. yeaaa i need to grow up!!!
Jangan terpedaya dengan perkataan Vaio tu.. muahahha.. itu casing harga sepuluh hinggit je.. ni aku nyer external hard disc.. masa aku beli tu aku paksa2 cinos yang jual tu suruh bagi aku casing vaio pink ni secara free. Selalu nya orang beli EHD kan dapat casing warna hitam tu.. aku paksa2 nak pink.. tapi ni beli dah lama dah.. dah 3 tahun lebih kot..
Hmm..itu la few stuff aku yang pink kalerrr.. letak banyak2 kang orang muntah lagi.. tak termasuk lagi shirt2 pink, pants pink, tracksuit pink..selipar pink.. hehehe.. lapar lah.. nk mkn jap..
CHOWW..