Showing posts with label Aku kena mandi bunga. Show all posts
Showing posts with label Aku kena mandi bunga. Show all posts

Monday, October 06, 2008

Satu hari di hari selepas raya

Posted by NuiN at 11:30 PM 3 comments
Aku order Mc D delivery dah 45 minit tak sampai2.. huhh.. hangin dan lapar!!!

15 minit kemudian..setelah tamat bebelan.. Mc D sampai pada pkl 11 mlm.. Gemukkk laaa makan tgh malam!! (tapi life goes on.. i need energy to sleep so i need food!).

Aku ada masalah dendam kesumat yang selalu tak padam dari hati. Contohnya Mc D ni, plan nak makan malam semlm, masa sessi shopping dan join the crowd yang menyesakkan dan men'traffic jem kan jalan2 kat Penang, tapi sbb sgt jem dan timeframe dah lari dan insiden emosi yang tiba2 je terjadi, sessi makan Mc D terbatal mcm tu je. And sebab aku ni suka simpan dendam kesumat, aku ingat sampai today Mc D tu, and malam ni aku terpaksa penuhi tuntutan dendam kesumat aku.. ayam goreng spicy LARGE set, air tukar milo ais (sooooo chocolate..) dan CHOCOLATE (lagiii) sundae... enough to satisfy my craving for that fatty meal! Gemukkksssss!!!!!

Sekarang aku rasa nak blogging sebab aku dah puas tido ptg tadi.. esok mesti malas nak gi keje lagi nih.. SIGHHH (keluhan suci..)

Last 2, 3 days adalah hari aku entertain kereta aku yang tiba2 buat perangai.. semua berkait dengan tayar dan kawasan yang sewaktu dengannya. First attempt aku gi buat allignment dgn balancing. Lepas buat tu tayar aku jadi worse.. bunyi mcm keta Fiat tahun 50-an. Bole lak budak kedai tayar tu ckp kat aku, "lepas buat balancing mmg akan bunyi skit.. after 5000 km ok la".. Kepala hot la kan nak aku tunggu 5000 km to get rid of that annoying sound.

Esoknya aku bawak gi kedai lain lak.. Malas aku nak gi balik kedai tu, kang nak kena argue satu hal la pulak kan... aku mmg world peace, tak kuasa nak argue2.. buat sakit ati je, gi kedai 2nd ni.. Goodyear service, apek2 ni nampak experience skit la.. dia kata kena tukar bearing (ntah hapa benda ntah).. akak ni percaya je..dan lurus.. (dan bodosss) so aku ckp ok la tukar je.. yg penting keta aku tak bunyi lagi. After diorg tukar menatang bearing tu (which cost me 200++..uwaaa), apek tu cakap lak absorber dan tayar aku rosak.. kena tukar 4 absorber dan 2 tayar, which will cost me more than 1K. Bila dgr more than 1K aku jadi bijak skit la.. aku ckp biar je la dulu.. biar je la bunyi sebab rasa sesak je nak keluarkan 1K++ tuh.. Ptg tu aku drive gi umah cousin aku kat Kedah.. it sounds HORRIBLE!! Tak leh tahan.. gedukkk gedukkk gedukk.. mcm bawak lori je aku rasa. So aku tekad la esok kena tukar gak absorber.. no choice. Uncle2 aku ckp tukar 2 absorber depan je, tayar tak yah tukar..

So semlm aku gi lagi kedai tayar.. kali ni kedai lain lak.. 3 days in a row aku visit 3 different kedai tayar at 3 different places. This time aku bring an expert with me, tak nak gi sorg2 lagi asyik kena tipu je dgn cinos2 tu.. ampesss. Hasilnya.. absorber aku tak rosak pun okayyyyy (see aku sgt mudah ditipu!), tayar yang rosak. Setelah sessi bargain berlansung dgn jayanya, aku tukar empat2 tayar keta.. (cost me another 700++.. UWAAAAAA with capital letters!). Tapi lepas tu puas hati la.. bunyi??? TAKDEEEEEE...

And pagi tadi aku drive balik KL.. hulalalaaa.. mcm meluncur atas air.. smooth je aku rasa drive dgn tayar baru.. (hehe muka riak..).. pantang lepa skit je meter mencanak naik 140..150.. ye la.. tayar baru..senyap je meluncur laju.. akak pun memanjang la tersasar kan.. hehehe...

Semlm lepas sessi tukar tayar aku gi wedding adik housemate aku kat Penaga.. ermm sebenarnya aku segan coz aku pegi dah lambat.. nearly kul 6 ptg baru sampai.. org katering pun dah kemas khemah aku baru terhegeh2 nak makan.. tapi sebab dia housemate aku (ayat beli jiwaaa) dan bapak dia selalu dtg umah aku kalau ada apa2 yg berlaku (cthnya masa adik dan bapak aku meninggal) so aku pegi jugak la even dah lambat. So Su, please note that sebenarnya akak gi kenduri tu dgn muka yang tebal sbb dtg time org dah nak tutup kedai.. *grinn* muka tebal mcm papan*

By the way... tak sabar nak jumpa akak Zai!! She bought me Daisy by Marc Jacob kat Jakarta!! Yeay another perfume!! Yeay another pembaziran berlaku!! Yeay.. i'm broke!!



Esok aku nak diet sbb aku nak kurus.. kuih raya pun aku bawak balik 1 bekas je, letak tisu 7 layer buat separator so setiap jenis aku bawak balik 8 biji.. sebab nak kurus.. (impianku setinggi gunung.. muahahahaha). Dari aku masuk umah sampai raya org asyik tanya open house.. hmm aku bukan tak nak buat..tapii..

1. Aku malassss... so sapa nak dtg umah aku dtg je la.. aku malas nak buat sessi open house yang official ke apa coz aku malas nak masak, malas nak prepare, malas nak mengemas di kemudian waktu.. hehe.. sgt berterus terang.. better than be a hipokrit.. ;)

2. Xtvt weekend aku skrg adalah balik kampung, so bila masanya nak buat open house?? (Alasan baikkkk punyaaa)

So kekawan, tak yah la korang tanya open house ke.. house warming ke.. mmg aku takde plan apa2 pun for that.. sapa nak dtg.. dtg je la.. aku ada nescafe, tea, milo bole bagi korang minum. Aku ada cookies raya 7 jenis yang aku letak dlm satu bekas 7 layer ;).. kalau tak cukup aku ada setin biskut serbaneka Julies.. thoughts that count kan.. hehehe

Tiba2 aku ngantuk... tapi Mc D tak hadam lagi nih..dushhhh!!!

Saturday, September 13, 2008

Sudah jatuh di timpa tangga besi

Posted by NuiN at 2:28 AM 4 comments
Kadang-kadang aku rasa aku ni macam jatuh ditimpa tangga gedebuk..gedebuk.. Lepas satu, satu yang datang menguji kesabaran aku.. Tapi apa yang berlaku malam tadi aku rasa amaran Allah (chewahh.. time mcm ni baru ingat tuhan aku nih..) sebab dosa2 yang aku buat 2, 3 hari ni.. *Reen!! Jgn ajak aku ngumpat di bulan puasa lagi! Tuhan bayar cash kat aku ko tau tak??*

Apakah yang terjadi??

Ye.. baru je entry semlm aku tulis aku ni bawak keta laju tapi berhemah...

MALAM TADI AKU ACCIDENT!!!

Aku kan drive balik dari KL ke Penang. Lepas ofis je aku dah chow dgn harapan berjaya sampai Penang awal. Dalam pukul 720 aku sampai area Tapah, lepas azan aku minum air dalam keta je.. malas nak stop (siap niat nak jamak je Maghrib time Isya' nanti.. punya pemalas..).. 15 minit kemudian aku sampai Ipoh.. skrg ni aku tak tau nak ckp laju ke tak 15 minit dari Tapah ke Ipoh tapi keta takde maa.. so jalan lengang. Lepas bayar tol, aku terus lagi ke depan, sampai next tol utk amik tiket (tapi aku pakai Touch & Go), kalau sapa biasa guna hiway dari KL ke utara korang tau la kat ipoh kena bayar dulu tol kat jelapang, pastu baru amik tiket baru kat depan skit tu.. apatah nama tmpt tu.. ipoh la kot..

Lepas dah amik tiket tu, aku pun terus jalan.. depan skit tu construction site.. takde lampu.. kat depan aku ada sebiji Wira, laju gak la Wira ni so aku follow je dia.. then tiba2 dia terus masuk kiri.. aku ingatkan dia nak bagi laluan kat aku so aku pun pecut la... suddenly..

DAMMMM!!!
Aku rasa aku hit something mcm batu yg besar, and keta aku dah terhoyong-hayang.. aku tak tau apa aku fikir masa tu sebab hit tu mmg kuat dan keta aku mmg terhoyong hayang yang kuat.. aku just pegang stereng je tak nak terbabas.. otak aku seriously blank masa tu.. mmg tak tau lah rasa cemas ke apa sbb tak leh fikir dah.. aku dah nampak keta aku nak terbalik je. And kebetulan kali ni aku bawak balik keta mama, Kembara, so Kembara tu tinggi, jadi bila Wira tu suddenly masuk kiri aku dah tak perasan apa ada depan tu.. and nak jadikan cerita tempat tu gelap.. mmg takde lampu.. After few seconds alhamdulillah keta aku stabil.. means tak terbalik la.. so aku terus jalan.. kali ni aku maintain kiri je.. dan bawak mmg slow la.. standard la lepas cemas confirm slow nyer..

Dalam 500m je, keta tu dah bunyi "gedekk...gedekkk..gedekkk" dan aku rasa berat semacam.. and aku dah penah experience ni, so aku tau confirm tayar aku dah pancit! So terpaksa stop tepi. Aku stop betul2 kat simpang nak exit ke Ipoh. Nasib baik la kat situ cerah skit.

Masa tu seriously aku cemas. Terkedu jap fikir apa aku nak buat. Nak keluar mmg aku tak berani.. Dah la keta laju2.. pastu aku lak sorang2 so aku fikir apa2 pun biar je la aku dalam keta ni. Then aku terfikir nak call PLUS Service tu.. hmm.. number lak takde. Sbb aku pakai Touch & Go kan, blkg kad T&G tu takde lak number PLUS service. Selongkar2 cari kalau ada resit tol yang lama.. yeaa baru teringat dua hari lepas aku rajin gila kemas keta mama.. semua kertas aku buang!! Damn!

*Aku mmg gelabah tahap gaban masa ni.. takde unsur2 macho lansung dah!*
Pastu aku terfikir nak call insuran.. policy lak takde dalam keta and aku tak tau apa number telefon company insuran utk keta Kembara ni.. semua nya serba tak kena masa tu. End up aku give up and call orang2 yang sepatutnya suruh carikan aku number PLUS.

At 1st aku rasa dia dah gelabah kot sbb aku tersadai sorang2 kat tepi hiway Ipoh tu, dia suruh aku call 999 mintak number PLUS. Aku pun sama gelabah so aku call je la.. 1st time dalam hidup aku ni call 999.

999: Hello kecemasan.. Ada masalah apa cik?
Aku: (Dengan suara nervous + nak nangis..) Saya nak mintak number telefon PLUS servis. Tadi kereta saya hit something sekarang tayar dah pecah tak bole jalan, tapi saya tak tau mcm mana nak contact diorg.
999: Cik, untuk dapatkan number telefon, cik call 103 ya, tanya nombor telefon PLUS Ronda.
Aku: Hmm baiklah (sambil kutuk2 dalam hati.. lupa sekejap tuhan tgh bayar cash tu)

Sangat hampagas la 999. Suara aku punya la cemas mcm tu nak suruh aku call 103. Aku even tak tau henpon bole call 103 ke tak (itu yg aku terfikir masa dia cakap tu). Tension gila! Few second lepas tu aku dpt number PLUS Ronda tu.. semua orang yg aku tanya ,send number tu serentak.. hehe.. masa tu terasa sgt disayangi.. sempat lagi tuh..

So aku call la.. 1-800-88-0000.. baik korang take note number ni kalau korang selalu guna hiway.. sangat penting ok!! Aku terus save dlm phone book... Then aku pun citer la apa masalah aku.. diorg suruh aku cari penanda warna hijau yang tertulis km berapa sbb diorg nak tau kat mana aku ada. Aku dok cakap aku kat exit Ipoh pun tak nak pakai, nak tau gak aku kat km berapa.. gelabah lagi sekali sbb aku tak nampak pun penanda jalan tu.. org PLUS tu cakap aku kena cari gak penanda tu supaya diorg tau nak antar team border mana.. hampeh la.. aku dah fikir takkan aku nak keluar jalan cari penanda tu.. aku mmg tak sanggup kuar dari keta nyer.. suddenly aku nampak penanda tu, tp arah sebelah sana (arah ke KL) so aku bgtau la kat org PLUS tu, aku ada kat km 275, tp itu arah KL.. aku ada arah ke Penang. Then dia tanya plat keta, nama aku, number telefon and suruh aku tunggu..

Nearly half an hour kemudian baru diorg sampai.. hmm maybe diorg bukak posa dulu.. takpe aku maafkan..

Bila diorg sampai baru aku berani kuar keta... huhuuu tayar aku leper ok.. koyak rabak.. So diorg tukarkan tayar tu dgn tayar spare.. then advice aku suruh gi kedai tayar kat Ipoh tu coz aku nak balik jauh lagi so tak safe utk aku terus drive mcm tu je.. Lepas dah tukar tayar diorg drive keta ronda diorg tu gi kedai tayar and aku follow dari belakang..
Ni la rupa tayar aku.. gambar amik kat kedai tayar.. yang berlubang sebelah kiri tu.. kat tepi dia tu pun koyak abih...

Close up koyak yang kanan tu

Close up yang koyak sebelah kiri... nampak tak kat tepi dia tu sama koyak..

Lama gak aku kat kedai tayar tu.. nearly 2 hours.. dan beratus gak la yang habis kat situ. Standard la kan kalau dah masuk kedai tayar.. tayar dah out, rim bengkok, allingment lari kena tukar chamber, break pad haus (break pad takde kena mengena dgn accident... harap maklum). Tapi masa tu aku tak kisah dah.. buat la apa pun asalkan aku selamat balik umah.

Bila dah siap aku berazam utk drive 40km/h je.. dan azam aku last about 5 minutes.. gila la kalau 40km/h bila nak sampai umah.

Hmm.. sampai umah lepas makan, mandi aku terus solat mintak ampun dari Tuhan.. insaf sekejap!!

Selingan: *Pakcik aku tanya, "kakak bawak laju tak masa tu?". Aku jawab "rasanya tak laaa laju sangattt (confidentt)". Tetiba makcik aku (yang tak reti drive lansung ni..hehe) menyampuk "biasala tu kan laju laju tu".. huhuu aku tak tau itu perli ke apa.. i still love u aunty!

Selingan tamat.

Aku nak tido. Dan berdoa semoga lepas ni semua hiway di Malaysia di bersihkan dari batu-batu dan kayu..

Huhuu.. bayangkan kalau masa tu aku drive keta aku? Pakcik aku cakap kalau aku drive keta aku confirm abih bahagian depan tu..

Haiiiihhhh... letih!!

P/S: Reen, semua plan kepulangan aku.. hancus!

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review