Wednesday, September 03, 2008

Diari pemergian abah...

Posted by NuiN at 11:46 PM
4 hari dah berlalu sejak pemergian abah. Mcm mimpi je aku rasa. Aku tak pernah expect aku akan kehilangan abah tahun ni, even aku tak expect abah akan pergi dalam masa 10 thn lagi pun. Aku selalu rasa abah akan hidup sampai umur 70.. 80 tahun.. Tapi hakikat yang tak boleh diubah, abah pergi meninggalkan kami semua pada 30 Ogos, 2008, pukul 1.43 am, 2 hari sebelum datangnya Ramadhan, pada umur 57 thn (abah bakal menyambut ulangtahun ke 58 pada 6 November ni).

5 hari abah di hospital selepas disahkan mengalami kerosakan both of his buah pinggang. Dua2 buah pinggang dia dah 100% rosak, dan penyakit dia dah di end stage.

Isnin 25/08/2008
Abah admitted di BM Specialist selepas dia alami bengkak yang teruk the whole body. Doktor bgtau buah pinggang abah dah rosak. Doktor bgtau kotoran dalam buah pinggang abah dah terlalu tinggi. Bagi org normal, kotoran tu bacaannya dalam 100+, tp dalam buah pinggang abah dah 1000+.
Aku bertolak balik dari KL lepas abih keja, coz adik aku Amin bagitau yg abah stabil so aku tak de la rushing sgt. Sampai BM pkl 10 aku terus gi hospital. Aku tgk badan dan muka abah bengkak tapi abah still nampak ok. Boleh bercakap mcm biasa. So aku balik umah dulu coz malam tu kakak abah, Ngah decide nak accompany abah kat hospital.

Selasa 26/08/2008
Hari ni aku decide nak work from home dan nak suruh Amin jaga abah kat hospital. Aku nak amik shift malam jaga abah. Tapi awal2 pagi Ngah dah call bgtau doktor nak jumpa aku. So, terpaksa amik EL coz aku tau it will be a long day for me. Lepas siap mandi, aku dgn Ejah (cousin aku yg sgt close dgn aku, she's a nurse at Penang GH, and she always been part of my strength) terus gi BM Specialist. Lepas tgk abah, aku gi jumpa doktor yg in charge kes abah. So doktor tu bgtau aku yang kidney abah dah rosak and need to do dialisis. Dia suggest utk aku transferkan abah ke General Hospital kat Penang, sbb abah ada pencen, so dia kata buat apa nak buang duit kat private hospital mcm ni. Di private hospital, first dialisis will cost us RM8K, and abah will have to undergo few dialisis before discharge from the hospital. Furthermore, the specialist that come to BM Specialist, is also a full time specialist at Penang GH, so its still the same.

So aku agree to transfer abah to GH Penang, aku tak nak sebab duit nnt rawatan abah terganggu. Pertama kali dalam hidup aku, hari ni aku mandikan abah. Ye.. itulah kali pertama dan terakhir :(. Dalam pukul 2 ptg, aku dgn Ejah bawak abah ke GH Penang. Kami pergi dgn kenderaan sendiri coz abah tak nak naik ambulan. So aku drive abah ke sana. Dalam kereta abah sesekali penat.. so sambil sebelah tgn pegang stereng kereta, sebelah tgn lagi aku urut dada abah.

Dalam pkl 4 ptg, abah dimasukkan ke wad 7 GH, Penang. Ptg tu abah nampak sihat, still bole argue dan tipu2 doktor (aku tau few things dia tipu doktor specially bila doktor tanya bab ubat2 yang dia ambik). Pkl 7 aku berkejar balik rumah (jarak umah aku ke hospital tu is about 45 minutes) utk mandi, dan Ejah lak nak kena amik keta dia kat umah aku coz esok dia dah nak keja. Nearly pkl 9 aku sampai balik ke hospital, makcik aku yang tolong jaga abah sementara aku balik mandi. So kitorg tukar shift. Masa aku sampai abah tgh tidur. Abah suppose buat 1st dialisis malam ni tp doktor cakap tak jadi sbb blood pressure abah rendah dan darah dia cair. So diorg kena stabilkan dulu blood pressure dia dan pekatkan darah tu dulu. Plan to perform the dialisis tomorrow.

Pukul 12 malam abah terjaga.. mula2 dia cakap dgn aku nak makan cucur pisang, masa ni aku dah cuak, apahal tgh2 malam nak makan cucur pisang. Then dia nak turun katil, bila aku tanya nak gi mana dia kata nak mandi.. tapi aku tak bg coz dah tgh malam. Start dari pkl 12 tu abah dah start meracau dan bercakap yang merepek2 sampai ke pagi. Kalau aku nak tulis kat sini mmg panjang berjela. Aku mmg tak pejam mata sepicing pun coz abah tak tidur dan tak henti2 bercakap. Dia kadang2 macam khayal.. mcm tak sedar dia ada kat hospital. And kadang2 dia mcm nampak benda yang aku tak nampak. Experience jaga arwah Jiji (arwah adik aku) kat hospital buat aku sgt nervous bila abah sebut perkara2 yang pelik yang buat aku rasa nak menangis. Aku ingat lagi, dua perkara yang abah sebut yang masa tu mmg aku rasa nak meraung..
1) Abah tunjuk arah siling, pastu dia cakap kat aku, "ambil kain dua, bagi dia satu (tunjuk ke kiri), dia satu (tunjuk ke kanan).. Seriously saat tu aku rasa nak meraung!!
2) Abah turun katil..lepas dah duduk kat kerusi lama skit dia cakap "Dah lah nak tidur.. tak tahan dah mengantuk sgt ni". So aku tanya la "abah nak naik atas katil balik ka?" Abah jawab "tak.. nak tidur.. nak tidur terus". Bayangkan lah perasaan aku, masa tu pukul 5 am.. aku cuma berdoa supaya cepat siang sebab aku punya takut masa tu tak tau nak cakap dah..

Rabu 27/08/2008
Amin datang awal2 pagi utk ganti aku. Aku hope hari ni aku bole sambung keje aku yang tak siap2 lagi tu. Balik umah aku terus cerita dgn mama tentang abah meracau2 dan bercakap merepek2 malam tadi. Mama kata (mama aku ex-nurse, skrg dah pencen) kalau kidney failure mmg mcm tu, bila kotoran dah banyak dalam darah, dia mmg akan meracau2. So aku lega skit..

Tgh hari aku bawak mama gi hospital. Plannya lepas antar mama gi hospital aku nak balik sambung keja (plan asalnya hari ni aku work from home). Tapi baru je sampai kat perkarangan hospital aku received call dari Ejah. Bila aku jawab call aku dgr suara dia dah mcm orang menangis suruh aku naik tgk abah. So aku suruh Ejah turun ambik mama dulu and aku gi cari parking. Punya la jauh gila aku dapat parking tapi dah tak peduli dah masa tu. Aku jalan selaju mungkin sebab terfikir apa yg jadi kat abah. Bila aku naik atas aku tgk doktor tgh pasang alat bantuan pernafasan kat abah dan masa tu abah unconscious. Ejah kata masa dia naik atas tgk abah, dia panggil2 abah tapi abah tak menyahut lansung..

Then one of the pakar perubatan kat hospital tu jumpa aku, mama dan amin. Dia bgtau yang abah tenat. Diorg dah try nak perform dialisis hari ni tapi tak boleh sebab oksigen dalam badan abah kurang. Abah sekarang kena bergantung pada mesin pernafasan. Doktor tu bgtau yang keadaan abah is not good. Both his kidney dah rosak 100%. At anytime, abah bole meninggalkan kami semua.

Malamnya diorg buat dialisis dalam keadaan abah tak sedar sebab diorg dah bagi abah ubat tidur utk relaxkan jantung dia. 1st dialisis completed successfully tp abah tetap unconcsious. And aku tetap tak leh tido sepicing pun. Malam ni aku jaga abah dgn adik mama (Mak Ngah) dan Ejah. Dalam pkl 3 am abah bukak mata, tapi sikit je.. mak ngah suruh kitorg baca yassin.

Khamis 28/08/2008
Tgh hari aku balik umah bila saudara2 yang lain datang untuk take over tengokkan abah. Sampai umah lepas makan, mandi, tukar baju, aku terus drive ke Penang semula. Sampai je kat jambatan aku terima call dari cousin aku ckp abah tenat balik. Seriously setiap detik adalah sgt mencemaskan dalam hidup aku. Aku sampai jadi nervous setiap kali handphone aku berbunyi. Dah la masa tu org balik keja so jambatan sgt la jem!

Bila aku sampai kat hospital aku tgk abah dah tidur. Aku tanya mama apa yang jadi, mama kata tak ada apa, abah cuma sedar then gerak2 mcm tak selesa.. huh lega..

Malam ni they perform 2nd dialisis pada abah.

Malam ni aku jaga abah seorg diri. Ejah temankan aku sampai 2 pagi then dia balik umah dia coz aku dah sgt ngantuk.. nak bersembang pun tak daya dah. Tapi bila masuk dalam wad bukannya aku bole tidur pun. Ada cina tua memekak dari malam sampai pagi.. asyik jerit "Ah maaaa.... ah maaaa".. mula aku ingatkan si tenggang mana la masuk hospital. Sebab aku penat sgt aku amik satu blanket hospital dan letak kat besi palang katil abah, so aku letak kepala aku kat situ. 200% tak selesa lansung! And abah banyak terjaga malam ni so aku mmg tak tidur.. setakat pejam2 je tapi lebih banyak aku lompat bangun setiap kali abah bergerak.

3 hari asyik berdiri.. kaki aku bengkak tahap maximum.

Jumaat 29/08/2008
Hari ni abah dah sedar. Bila aku cakap abah dah boleh mengangguk atau menggeleng. Blood pressure dan jantung abah getting ok. Oxygen pun dah bertambah. Aku sgt2 yakin yang abah getting better.

Amin dan seorg cousin aku dtg utk gantikan aku. Dalam pkl 11 lebih aku balik umah. Sampai umah je terus makan nasi.. then semua orang suruh aku tido.. and aku pun rasa aku perlu tido sbb aku dah mcm zombie.. even time drive pun aku dah asyik2 terlelap.

Aku rasa dalam sejam je kot aku tido, telefon aku bunyi lagi.. lompat bangun lagi! Amin call bgtau abah tiba2 penat, dan jantung abah stop once. And now doctor perform CPR supaya abah bernafas semula. Terus aku hilang ngantuk, capai towel, gi mandi and siap2 utk ke hospital semula. Heartbeat aku masa tu jgn cakap la.. dah level bole collapse!

Sampai hospital aku tgk abah tidur.. doktor bagi dia ubat tido. Then doktor buat another dialisis. Kali ni dialisis buat waktu siang and abah unconscious.

Lepas dialisis abah dah sedar. Paling mengejutkan abah dah start senyum dgn org2 yg dtg melawat dia. Even dia tak bole bercakap tapi ni pertama kali dia senyum since he's critical. Seriously, harapan aku sgt tinggi yg dia getting better.

Time maghrib aku balik umah kejap nak tukar kereta coz aku gi hospital ptg tadi dgn kereta mama. And kereta tu akan expire road tax tgh malam ni, so aku kena balik antar kereta tu dan amik kereta aku and come back to hospital.

Aku keluar umah agak lambat.. dalam pkl 11, then singgah beli burger utk Ejah, Amin, Fazli (cousin aku) dan Mak Ngah yang tgh tunggu abah beramai2 kat hospital. So aku sampai hospital dah pkl 12.30 tgh malam (which is already Sabtu).

Sabtu 30/08/2008
Sampai kat hospital aku tak terus gi tgk abah. Aku lepak kat luar dgn Ejah, Mak Ngah dan Fazli. Amin ada kat dalam wad tunggu abah. Dalam setengah jam berbual suddenly Amin keluar dgn muka berpeluh2.. dia bgtau abah jadi lagi mcm siang tadi. Aku dgn Ejah terus gi masuk dalam wad.

Masa aku masuk aku tgk doktor semua tgh buat CPR. Aku tak nampak apa diorg buat coz diorg tutup bed abah dgn kain tirai tu tapi aku nampak diorg tolak keluar masuk mesin2 tu. Lepas 10 minit doktor keluar bgtau abah dah ok tp dia unconcsious. Tp doktor tu bagitau aku yang jantung abah dah tak stabil. Diorg akan perform another dialisis esok. Dia cakap diorg akan terus perhatikan dia dan akan keep on doing the same procedure everytime the same thing happen. Dan dia cakap yang dia terpaksa bagitau aku, dalam keadaan abah sekarang, dia boleh meninggal pada bila-bila masa saja.. :'(

Dalam 2 minit lepas tu, jantung abah stop lagi sekali. Doktor semua lagi sekali kelam kabut perform the same procedure, CPR. Bila diorg dah berjaya kembalikan beat jantung abah, doktor tu jumpa aku lagi. Dia bgtau yang jantung abah sekrg act reverse. Even diorg perform cpr dan stabilkan abah punya heart beat, jantung dia akan act reverse lepas tu dan repeat the same yang mana jantung tu akan stop lagi. Then doctor tu come out dgn satu soalan yang buat aku rasa nak pitam masa tu,

Doctor: Apa pendapat you? You nak kita terus repeat the same procedure everytime it happen or you want to put a stop? Procedure yang kita perform skrg ni not helping anything, we just panjangkan his time. And as you can see the attack will keep on repeating and he's suffering. I hope you understand my point here.

Aku: When you say put a stop, what do you mean? Is it like you take out the support system or what?

Doctor: No, it means that if the same thing happen again, we won't perform the same procedure. We just let him go.

Aku: I need to call my mum and talk to her on this. And dont worry, i understand the whole situation.

Aku terus call mama lepas tu. Dgn sebak2 aku citer kat mama the whole situation, bila aku tanya pendapat mama, mama tanya pendapat aku pulak. Last2 aku cakap, "mmg susah utk kita let go abah, tapi kakak tak sanggup tgk abah suffer lagi. Kakak redha je kalau kita kena put a stop asalkan abah tak terus tanggung sakit mcm ni." And mama cakap itu jugak yg dia fikir cuma dia nak dgr apa pendapat aku dulu.

Lepas cakap dgn mama aku masuk balik dalam wad nak bgtau decision aku pada doktor tu, baru je aku langkah masuk mak ngah dah cemas2 panggil aku suruh tgk abah.. jantung dia dah start stopping again. Aku pegi kat abah, ucap Lailahaillallah kat telinga dia.. masa tu doktor tanya apa decision aku, so aku just cakap,
"Put a stop. I dont want to see him suffer anymore. "
So, doktor tu just watch the monitor and tell us that abah still ada lagi. Aku terus mengucap kat telinga abah dan mak ngah mula baca surah yassin. Dalam 2 minit lepas tu, doktor bagitau Ejah yang abah dah tak ada.

Abah pergi tenang sangat. Tak ada sebarang bunyi yang keluar di akhir hayat dia. Dan masa di rumah, aku tgk wajah abah senyum. Semua org cakap macam tu. Dan urusan bawak balik mayat abah dari hospital pun cepat sgt.. dalam masa setengah jam aja kitorg dah dapat bawak balik mayat abah.

Masa aku buat decision tu aku fikirkan aku kuat. Tapi bila doktor bgtau abah tak ada, aku kalah gak dgn perasaan aku. Aku menangis even aku sebenarnya dah bersedia untuk kehilangan dia. Aku tau aku akan rindukan abah. Aku bersyukur aku sempat minta maaf pada abah di saat dia masih sedar, walaupun dia tak mampu nak bercakap masa tu, abah anggukkan kepala bila aku cakap aku minta maaf atas segala dosa aku pada abah. Aku juga minta maaf bagi pihak Lan dan Amin, dan abah anggukkan kepala jugak masa tu. Dan masa abah masih sedar gak aku berjanji dgn abah yang aku akan jaga mama, lan dan amin kalau apa2 terjadi. Dan masa abah sedar gak aku bagitau yang aku dan adik2 sayang kan abah.. something yang aku tak pernah ucapkan masa abah sihat. Dan masa abah sedar gak aku cium dahi abah, juga something yang aku tak penah buat masa abah sihat.

Hmmm.. aku rindu abah!

AL-FATIHAH

7 comments:

Intan and The Boys said...

tak sanggup nak baca diari abah awak tu.

semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya.

Yayadepp said...

nih blog paling sedih penah sy baca..

:((

CaSRieNa said...

Selama arini u always said that saya lagi kuat dari akak. Tapi skrg saya tak rasa macam tu... not me, but u r.. If i'm in your shoe, i wont be able to make any decision.. coz im weak... i cant.. i just cant..

Zakiyah said...

Takziah utk k aini sekeluarga.Semoga roh abah k aini tenang disana dan dirahmati-Nya selalu.

Mrs. Amie said...

Sedihnya.. dun worry.. i lost my mom in the month of Ramadhan kira2 5 hari je nak raya, 3 tahun lepas.. and I lost my grandma on 26th august hari tue.. rumah rasa sunyi wiothout her..

Sabar yer..percayalah semua ada hikmah!

NuiN said...

Kure-kure: Thanks.. Aminnn

Yaya: Life is not always a bed of roses..

Rina: Certain things, u still stronger than me.. and u know what i mean..

Za: Thanks

Mrs. Amie: Thanks.. u r right.. things happen for a reason

Unknown said...

Aku tahu apa yang ko rasa..ia sama seperti yang aku rasa 14 tahun lepas cuma yang bezanya ko masih dapat berbual, mohon ampun dan maaf darinya sedangkan aku tidak..dari masuk ke hospital samapi hari akhirnya dia koma. Yang paling ralat dan rasa bersalah aku dari dulu hingga kini yang aku tak sempat nak ajarkan dia mengucap sebelum pemergiannya..

Al-Fatihah untuk abahmu...

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review