Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Dizzily yummy!!!

Posted by NuiN at 1:20 AM 1 comments
  • Aku makan sebiji durian!!! Achievement gila tak penah aku makan sampai sebiji in one go.. Hasilnya... mood aku swing.. rasa depress, rasa nak muntah, rasa nak terjun ke bawah.. aku sms bgtau Reen, and her reply was, "ko makan durian ke ganja??".. hmm..maybe durian tu dah disuntik ganja kot.. And aku yakin siang nanti aku mesti headache tahap cipan nyer.. Perasaannya seperti melihat gambar ini... Wieeewwww....

  • To make me feel better.. aku minum 2 gelas green tea.. aku tak tau apa effect campuran durian dan green tea dalam perut aku...

  • Aku tak sabar tunggu next weekend...At least there'll be something new to get myself involve with... Bila bosan, kekreatifan otak aku can came out with anything... and usually it involved spending!!

  • Aku ngantuk tapi panassss... (dah dipesan kan, makan jangan lebih2, jaga kesihatan sama.. oh my... this personal doctor has been membebel non stop about food for the whole week!)

  • Aku tengok Coffee with Karan, aku rasa Aishwarya Rai sangat cantiksss!!!

  • Aku patut tido sebelum aku terjun bawah.. this 'ganja' really works well!

Friday, June 19, 2009

I love food.. Always!!

Posted by NuiN at 9:50 PM 2 comments
Yummy oolalalala... (pic from Google)

Aku sangat craving for chinese lotus paste pancake!!! Teringat sangat-sangat, waaa mana nak cari ni??? Takkan nak gi chinese restaurant and order complete set of meal course semata-mata nak makan dia punya lotus paste pancake? Or takkan nak gi order benda ni semata-mata?? Tapi aku rasa mesti ada frozen punya kan.. so esok MESTI cari!!!

Semalam lepas keje aku gi Mines shopping center sebab psp buat hal.. Cehh.. sendiri tak reti ckp psp buat hal. Actually aku ter'shut down psp tu menyebabkan dia reset back to original firmware, so nak kena re-hack balik, sbb tak reti terpaksa la bawak gi kedai. Mamat yang re-hack balik tu siap ajar aku mcm mana nak buat kalau the same thing jadi lagi. And dia bagi jaminan aku bole potong kepala dia kalau aku buat cara yg dia ajar tu tak menjadi.. So aku cakap kat dia, "jangan main-main tau, i ok je bab nak potong kepala orang ni..".. then dia tulis kat resit aku, Head Warranty.. wakakkaka... bodosss!!

Lepas settle psp aku teringat nak makan Subway.. terbayang my favourita Tuna sandwich dgn chilli pickle yang banyak...yummyyy... so aku pun jalan la nak ke Subway, tapi telah di'attract oleh satu cafe baru kat situ, namanya Sweet Chat.. aku tertarik nak masuk sbb tgk menu kat brochure dia ada bubur mango la.. durian la.. tapi bila masuk lain lak yang menarik perhatian aku.. so aku order all these.. makan sampai senak pastu menyesal...


Ni Tropical Fruit punch.. (redha je la picture malas nak edit..rotate..) ok la.. rasa masam2.. memberi satu effect psikologi yang setelah melantak mcm nak rak, minum minuman yang masam mungkin bole menguruskan badan... bussshittt!!!


Ni nama dia BBQ Chick n Cheese Meltie. Kat bawah nya tu dia pakai roti apa nama ntah, then atas tu bbq chicken di selaputi meltie cheese.. pendek kata.. yummyyyy!!! Standard la.. arah2 kegemukan apa yang tak yummy...

Walaupun dah order set meal, aku tetap order this one.. my favourite Yam Cake!! Ooo yam cake dia sgt number one! Sebab pedas.. i likeee!!! Yam cake tu itself dah pedas, makan lak dgn sambal tu.. mmg marvellous lah! Aku rasa macam Maria Tunku Sabri lak makan sorang-sorang tapi meja penuh food.. hehehehe..


Ini desertnya.. (maafkan la pic tertonggeng-tonggeng.. gua malas nak edit rotate semua.. eksesais kepala korang skit teleng-telengkan). Aku konon berasa macam rancangan Jalan-jalan cari makan so nak try something different la.. so order la menatang ni, Almond Cream with Tong Yuen. Not to my liking.. pada aku tak sedappp!!! Tong Yuen tu mcm glutinous rice berinti kacang hitam (bole pilih nak kacang itam or peanut butter).. menyesal aku tak amik bubur cha cha ke lain2 ke.. So desert ni aku makan tak abih.. cheeehhh padahal dah kenyang tahap naga..


Ni ambiance dia.. ok la, quite cozy.. maybe sebab kedai baru so tak ramai org, aku pun melepak taking my own sweet time la kat situ.. sambil layan internet kat psp.. ohh my, mmg berfaedah la hari aku semalam.. heheheh

Wednesday, January 21, 2009

Lou Sang session

Posted by NuiN at 1:25 AM 0 comments
Siang tadi ada sessi lunch bersama project team members utk previous project aku. Sbb skrg ni dah dekat CNY so kitorg gi makan Lou Sang.

Lou Sang:

(A tradition known to be practised, during the Chinese New Year, Yee Sang is a traditional aspicious dish that symbolises the ushering of good luck, good health, wealth and longevity for the lunar new year. Lou Sang is merely the act of mixing together the Yee Sang dishes, which consists of the usual assortment of vegetables like white radish, crispy crackers, bits of pamelo sacs, pickled cucumber and carrots mixed with crumbs of nuts and sweet sauce along with slices of raw fish (usually salmon).


Ini adalah Lou Sang yang kitorg makan tgh hari tadi...

This is the second time aku makan this dishes, and not bad la...

Jangan percaya dgn gambar.. aku dah crop gambar ni sebab aku sangattttttttttt bluehippo.. so aku dah decide tak nak makan lagi.. start bulan depan... or bulan selepasnya.. it depends..

Nota di gambar:

Saya sudah delete bahagian ini supaya tidak terlalu ketara di mata anda semua tentang ke'bluehippo'an saya..

Sila jangan membayangkan berapa diameter bahagian yang sudah di 'crop.. sebab itu akan mengguris hati dan perasaan saya...

Sekian. Wassalam.

Esok saya diet! Insyaallah..

Wednesday, November 12, 2008

Aku dan ke'slim'an

Posted by NuiN at 1:28 AM 4 comments
Masa aku komplen kaki aku sakit sebab sini kena jalan je setiap waktu, ada org tu cakap kat aku,

"jgn heran kalau balik sini u akan slim.. u pakai boot n u always walk. that make the process faster"

IYOLAHHHHHH!!!

Tgk atas meja tu.. apa pemakanan aku hari ni? Aku tak gi ofis..request work from home sbb batuk dan demam (skitttt) dan sakit tekak (pagi je.. kul 11 dah baik) dan malas... Even aku berada di UK, habit aku sama je mcm kat Mesia, malas nak kuar berjalan.. so bila aku ckp wfh, mmg betul2 wfh.. (except aku layan youtube, tgk filem Sepi, cerekarama la.. abih semua citer melayu aku tgk).. dan sambil layan youtube apa lagi nak buat sejuk2 ni?? Yeee... makannnnn... korang nampak ada 2 tubs of Mark and Spencer mini bites tu, both berunsurkan chocolate semata2.. sedappp sgt.. aku makan dulu, rasa bersalah kemudian.

Slim?? Lupakan je la...

Tuesday, October 21, 2008

NUIN in Cuppy Cake

Posted by NuiN at 1:03 AM 1 comments
Mata ngantuk tapi tak rasa nak tido... bole?? Makin dekat time aku nak fly (hehehe padahal blm tau pun exact date bila, tapi aku rasa dekat dah la) aku makin rasa sesak nafas.. semua benda nampak macam tak tersettle, semua benda jadi serba tak kena.. So the best way is, makan dan window shopping as a good therapy.. Muahahaha...

Oh yeaaa... ptg semlm aku dapat cupcake.. Rajin sgt adik yang sorang ni.. dah la buat cupcake yang cute miut tu.. dtg berantar ke ofis aku lak tu.. kata sempena akak gi UK, takkan gi setahun dapat 4 biji je? Muahahah... dia bagi 9 biji, 4 built up nama aku, 4 lagi built up nama suraya, and 1 lagi corak bunga2. So yang bunga2 tu aku dah makan masa kat parking on the way nak balik keja sbb aku lapar..
blogger-emoticon.blogspot.com(happy lepas makan sebiji cupcake..)

Nak tengok rupa cupcake tu?

Tadaaaa...

Ni yang built up nama aku la, yang built up nama Su aku tak amik pic, kang steal lime light dia lak... hehehe... tapi aku sayang nak makan, sbb kalau aku makan N depan tu tinggal UIN je, kalau makan U tengah tu tinggal NIN je, kalau makan I tu tinggal NUN, kalau makan N belakang tu tinggal NUI je.. hmm so camno? Atau patut ke aku makan cupcake yang bertulis YAYA (ni portion housemate aku punya) tu aje so that nama NUIN kekal abadi kat situ tak berusik? Muahahahha....

Anyway, thanks ye Rina, sedap cupcake tuh.. apatah lagi free kan.. hehehhe.. nanti2 buat lagi ye.. kaler pink dan lukis muka akak kat atas tu. Thanks in advance for that.. tihhhihihihi....

Teringat tone sms aku..

*U're my hunny bunch sugar pop pumppy yumpy yumpkin, u're my sweety pie. U're my cuppy cake gum drop, smikket smikket shiol, the apple of my eyes, and I love you so, and I want u to know, that I'll always be right here, and I love to sing, this song for u, because u are so dear*

~Yang di'highlight' dan di'italic'kan tu, sampai skrg aku tak dapat tangkap apa budak kecik tu sebut~

Friday, September 12, 2008

Puasa bermaksud tak makan, tapi entry aku asyik citer makan je..

Posted by NuiN at 12:03 PM 0 comments
SAP down.. hehe good reason utk lepak.. even aku not in any project pun skrg.. just rajin2 kan diri prepare config doc utk CFM, dan maybe nak kena prepare KISS session (bunyi mcm best je.. kiss session.. jgn pikir bukan2.. KISS tu kat sini maksudnya Knowledge and Info Sharing Session) for CFM before akak chow ke UK.

Tapi hari ni penyakit malas aku brought forward dari semlm so aku teruskan aktiviti buat bodoh dan lepak kat ofis.. sambil berdoa supaya aku dpt kuasa bole stop kan time.. mcm citer Bewitched tu.. dia bole freezkan semua org.. so bila semua org freeze je aku nak pusing jarum jam ke 4.30 supaya aku bole balik Penang dengan kadar segera. Pastu kat highway aku freeze lagi semua org terutama sekali camera speed trap tu so that tak leh nak capture aku.. eh aku perasan skit la even aku bawak laju tapi aku berhemah tau.. jarang kena maki dgn org belakang secara live (dalam hati diorg aku tak tau la kan...).

Selingan: *Tapi minggu ni aku bawak balik kereta pengembaraan mama aku.. sangat la tak best sebab aku rasa ala2 slow je perjalanan.. I want speed!!*
Selingan tamat.

Semlm aku gi buka puasa kat sini...

Dewan Perdana Felda.. 10 orang join sessi buka puasa semlm, diketuai oleh tukang bayar yang sgt baik hati (dan dah kurussss) sbb tiap tahun dia suka belanja kitorg bukak puasa kat sini iaitu Rozaire, aku, Syarina, Iman (aku agak je la nama mamat ni), Shahrir aka Kak Eton, Nasir, Isman, Mona, Cik Semut (nama dia Asmawati tapi sejak aku join iP sampai aku dah resign aku tak tau kenapa org panggil dia cik semut.. figure dia cun kot), dan Shahida.

Actually aku tiap kali gi Dewan Perdana Felda ni ala2 melankolia skit laa.. sbb before ni kan projek kat Felda sampai 3 tahun, ala2 dah jadi darah daging kat situ. Sebab lama sgt kat situ, time tu kalau org tanya keja mana, aku dan kawan2 jawab keje Felda je.. malas dah nak citer yg kitorg ni vendor ke apa.. And malam tadi aku nampak few muka ex-user yang aku kenal tapi buat2 tak nampak.. hehehe..jahat.. sebab semlm tagline aku MALAS kan so nak gi beramas mesra pun aku malas... Kalau diorg nampak aku.. mintak maaf la banyak2 sebab aku tak gi tegur.. akak mmg berat mulut :D

As usual kalau berkumpul dgn makhluk2 Allah ni mmg asyik ketawa je la.. Syarina tak abih2 cakap best sebab dia dah lama tak ketawa mcm ni.. kesiannn.. org kat Shell semua tak tau ketawa ek? Hehehe...

Selingan: *Shahrir.. next Bagan Lalang trip? Before aku gi UK mesti gi ziarah Bagan Lalang lagi sekali tau!*

Selingan ke dua tamat.

Selingan tiga... (suka la kan blog aku..)

SAPA KATA MAKAN DAUN HIJAU aka SAYURAN TAK GEMUK???

Erm.. kembali ke citer buffet kat Dewan Perdana Felda. Menu kat situ more or less sama je every year. Tahun ni awal2 kitorg gi attack kambing dulu, sbb last year tak sempat amik (Shahrir dgn Syarina la.. aku tak ingat last year aku sempat makan kambing ke tak.. hmm what the **** la kan... kambing kat mana2 pun sama je.. :P). Tapi terer la diorg masak, kepala aku tak sakit makan kambing kali ni.. hehehe. Lain2 biasa je la butter prawn, nasi goreng, nasi putih, laksa, ayam goreng, ayam panggang, ais kacang, ulam2.. cut it short.. semua makanan standard yang akan disajikan secara buffet bila time ramadhan.

Selingan lagi. *Tapi dah banyak tahun Dewan Perdana tak buat siput sedut masak lemak. Aku ingat lagi kat buffet Dewan Perdana la aku belajar makan siput tu.. Ezah ajar.. muncung2 mulut nak sedut siput tu.. hmm skrg aku dah confuse.. siput sedut ke org sedut.. sbb siput tu steady je.. kita yang mcm putus nyawa dok sedut isi dia.. (tu pun tak sure kan yang kita sedut tu apa sebenarnya.. eiiiii)*

Selingan tamat.

Balik dari buffet tu aku antar Rozaire balik. Dia telah menceritakan kat aku satu skandal yang sgt mengejutkan! Hehe..tp aku tak leh citer kat sini.. coz kawan2 aku yg baca blog aku ni kalau aku sebut pasal skandal tu mesti korang terkejut gila.. tak kira la korang dari iP ke Tlt ke IA ke.. korang for sure kenal kalau aku sebut orang yg involve dlm skandal ni. So better aku sonyap je..

Selingan lagi. *Rozaire bagi aku sebungkus kuih batang buruk. Cheh.. aku tau la ko dah kurus.. makanan manis2 semua transfer kat aku skrg ek.. Sib baik itu kuih favourite so aku terima la dgn happy nya.. hehehe*

Selingan tamat.

Sampai umah aku lepak2 jap.. sms2 dgn pihak yang berwajib sambil tunggu je samada kepala aku akan sakit or tak.. hmmm sangat la happy sbb kepala aku tak sakit even aku makan kambing yang agak banyak tadi.. mmg aku bagi 5 bintang la kat chef yg masak kambing tu (aku tgk dia grill pakai butter je... aku rasa aku pun bole buat.. hehehhee).

Sakit kepala adalah antara penyiksaan terbesar hidup aku.. so bila makan kambing tak sakit kepala..aku bagi bintang besar ni kat chef yg bakar kambing pakai butter semlm tuh!

Nampak sgt aku takde keje kan.. panjang gila entry aku.. Dah la... aku nak berdoa supaya jam cepat skit bergerak..

Chiow!

Thursday, September 11, 2008

Aku yang malas

Posted by NuiN at 2:05 PM 0 comments
Aku nak update blog tapi aku sangat la malas tahap dewa... So aku nak buat summary je supaya esok lusa aku tak lupa moment2 best specially aku dgn kekawan..

Semalam gi buka puasa kat Sari Ratu, Bukit Bintang.. mcm biasa aku juga pemalas amik gambar so aku cilok dari google je.. (thats what google is for.. google sajaa apa2 pun..)

Ni 1st time aku makan kat sini.. si Reen mengidam nak makan nasi padang dari before puasa lagi.. so kitorg dtg la sini.. sempena Ramadhan ada buffet.. RM49.90 nett. Kira ok la tu.. Mmg full house dan food mmg marvellous... tapi mcm biasa la masa nak memilih rambang mata.. semua benda aku ambik.. bila time makan cuit itu sikit cuit ini sikit dah kenyang (chewaahh.. nama pun aku dah kurus 2 gram! Bukan 2 kilo tau.. Reen kata aku nampak kurus 2 gram.. jealous la tu kan). Tapi paling stress bila waiter kat situ angkat plate aku yang still full dgn dishes.. huhuu ketam aku blm makan.. udang aku belum makan.. ikan aku belum makan.. aku baru gi basuh tangan je!! :'( Akak Zai ckp gi la amik lagi kat kaunter buffet tu tapi masa tu mana ada nafsu nak mengambil makanan lagi dah.. dah penuh sampai kat tekak rasa nak keluar balik dah.. cuma frust la sbb aku tgh gigih berusaha nak abihkan yang ada dalam pinggan tu.. (even sebenarnya aku bersyukur gak dia angkat pinggan tu.. pengsan wei nak abihkan semua tu..)

Yang paling aku enjoy makan masa tu ada lah dessert.. Es Teller.. sedappp.. dan juga ini (ini exclude dari buffet package tapi apalah makna gi makan nasi padang kalau tak order nih)..

ALPOKAT!!!!!

Orang melayu panggil jus avokado..keh keh keh... sejak Kak Cam kenalkan aku dgn jus ni dulu aku dah jadi addicted.. kalau gi makan nasi padang mesti cari jus ni... cuma nak buat sendiri je malas.. see.. hari ni tagline aku adalah MALAS!!

Hmm tiba2 aku lapar lak.. hari ni aku banyak berjalan so kadar kelaparan aku dah meningkat..

Malas nak tulis lagi lah..

Petang ni buka puasa kat Dewan Perdana Felda lak.. aku nak make sure diorg tak angkat plate aku sebelum waktunya!

Tik tok tik tok.. cepatlah 7.30... or can i wish cepat lah hari Jumaat?? Hehehe...

Saturday, August 23, 2008

Sessi makan di kala sakit...

Posted by NuiN at 7:52 PM 2 comments
Hari ni adalah Sabtu aku yang wengggg... Bangun pagi je aku kuatkan semangat dan jatidiri utk gi klinik sbb demam, batuk dan sakit tekak yang bermaharajalela dlm badan since wednesday lepas tak sembuh-sembuh gak. Yang tak bestnya sakit tekak tu, aku nak telan apa pun susah.. sakit mcm ada duri cucuk2 tekak dan leher aku. Lepas gi klinik, aku gi bayar bil air kat developer office, then gi shopping kat Bintang.. hehehehe.. ye kat kawasan umah aku ada mini market Bintang je.. tapi aku suka beli barang situ wei.. aku dah beli barang penuh tangan pun harganya tak sampai seratus pun.. so mmg jarang la kalau membeli kat situ tak penuh tangan. Oh ya.. tujuan asal aku gi Bintang masa tu sbb aku bersemangat nak masak bubur nasi sendiri.. (korang percaya tak aku tak pernah masak bubur nasi seumur hidup aku?? Trust me.. i'm sucks!), sbb aku tak leh nak telan nasi dan aku dah muak nak makan bubur Mc D. So aku gi Bintang dgn niat nak beli ayam, kentang, carrot dan halia.

TETAPI.. korang penah dgr perkataan RAMBANG MATA? Objektif aku tetap tercapai, aku tetap beli apa yang aku plan nak beli awal2 tu PLUS shampoo, anggur, chocolate, mayonis, karipap segera, wade segera, fish fillet, cheezy chicken dan segala mak nenek lagi. Perasan tak majority nya berunsurkan makanan? Hehe.. sbb tu aku cakap kalau aku sakit pun appetite aku tak effect *grin*.

Balik dari shopping aku terus masak bubur nasi.. seriously aku tak tau betul ke tak method yang aku guna, maybe la korg akan cakap, eleh masak bubur pun kecoh, cut my fingers..aku mmg tak penah masak bubur nasi.. except yang segera dalam peket tu. Anyway, end resultnya bubur aku SEDAP!! (Cheh..puji diri sendiri..hehehe).

Lepas makan bubur, aku makan ubat. Ubat batuk, antibiotik, ubat demam, ubat sakit tekat, ubat kumur..kenyang aku dgn ubat hari ni. Dalam setengah jam je aku makan ubat tu.. mata dah jadi berat gila.. then terus Sodaqollahul'azim.. sedar2 dah pkl 630 ptg, 4 jam aku tido penangan ubat batuk..



Bangun tidur rasa blur dan wenggg.. aku tak suka tido siang dan lagi tak suka tido di hari Sabtu & Ahad sbb aku rasa rugi je spent cuti dgn tido.. tapi ubat batuk dah beat me down.

*Korang perasan tak tahun ni sambutan merdeka mcm tak terasa je padahal next week dah 31st August?* (selingan)

Sepatutnya ubat tu makan 3x sehari.. sampai skrg aku blm makan utk sessi malam tu, aku nak makan time nak tido jap lagi.. kalau aku makan sekarang alamatnya jap lagi confirm aku sambung tido lagi.. *sigh*

Mlm semlm aku, Reen dan akak Zai gi makan2 sempena bday akak Zai.. (makannn lagi..). Jalan nak gi KL jem mcm cilakos je semlm.. it took me nearly 3 hours utk sampai KL! Sgt hampagas.. aku da bole balik Penang with that time frame. Sampai KL terus gi KLCC, plan asal nak gi makan kat Sari Ratu kat Jln Yap Kwan Seng, tapi dgn jem yang maha hebat tu mmg lupakan je lah.

So, kitorg gi Chakri Palace je.. best..best sbb situ ada Miang Kam.. rasanya dulu2 aku penah citer pasal Miang Kam (ke aku dah delete entry tu?)



Ni adalah Miang Kam.. Reen adalah orang yg bertanggungjawab memperkenalkan aku dgn menatang ni sampai aku addicted! Sedap woo.. even cara pemakanan dia sgt la old style kan.. mcm org2 tua makan sireh je aku rasa tapi sekali kena mmg tercari-cari je la lepas tu. So far aku rasa Miang Kam kat Chitralada, GE best, tapi food lain lak kat situ yang failed. Miang Kam ni dalam kategori appertizer la, boleh dapat dekat restoran2 masakan thai (mostly yang besar2 laa..).

Anyway, utk dinner semlm kitorg order nasi putih (lagiii...), tomyam (tom yam dia mmg syiokk.. tp satu mangkuk size sorg makan je dah 19 hinggit..erkkk), crab (aku tak tau crab dia masak apa.. tp x best sgt la), sayur kankung dan cashew chicken (ni aku suka.. akak kan peminat ayam dan cashew nut.. good combination ;)



Macam ni la lebih kurang rupa cashewnut chicken tu.. yummy yummy.. Tapi aku tak leh makan nasi banyak (uhukkk..) sbb sakit tekak.. berdenyut2 rasa kat tekak aku tiap kali nak telan nasi.. end up meratah lauk je (tapi nasi dah abih la separuh dari portion asal.. hehe)


Dan ini adalah desert! As usual aku cilok gambar dari internet.. hehe tak rajin nak mengambil2 gambar. Ni water chestnut. Reen jugak yang introduce kat aku before (skrg ko tak terasa ke ko yang menggalakan PERKEMBANGAN aku nih??). Cuma kat Chakri tu special skit, water chestnut letak dalam kelapa muda.. hmm sebab tu la Little Penang charge 4-5 hinggit je utk water chestnut, tapi Chakri charge sampai 12 hinggit.. sebab letak dalam kepala muda yg isi keras tu.. sib baik content sedap.

Left Chakri Palace around 1030 and kitorg antar Reen balik setelah berjaya bakar2 dia ckp aku dgn akak Zai nak meneruskan aktiviti malam kitorg. Muahahaha... ko kena terima hakikat yang ko adalah isteri orang!!

Lepas antar Reen, aku dgn akak Zai mula fikir next hang out place.. sangat la tak sedar diri bercakap pun dah mcm itik serati, tetap nak melepak lewat2. Mula kitaorg gi Grand Millenium, ingat nak lepak dgr live band kat situ, sekali tak leh masuk sbb aku pakai tudung. Erkk.. apakah?? Macam la aku nak kibar2 kan tudung kat dlm tu. Agaknya club dia tu lebih hard core dari Uncle Chilli's kat PJ tu kot sbb tu ada rules tu. So, tak kisah la.. finally kitorg gi lepak kat Alexis je. Dgn niat nak order Pavlova dan send mms kat Reen.. hehehe.. thats how we irritate her when she's not able to joint us. Order makanan yang meleleh-leleh nya, amik pic dan mms kat dia on the spot!

Tapi niat tak suci kadang2 mmg tak dimakbulkan tuhan, Pavlova dah abis masa tu (aku tipu ko je reen ckp kitorg makan pavlova..heheheh), so aku order ini.. sedappp okayyy

Nutty Chocolate Meringue.. sedappp sangattt.. Tapi akak Zai kata kacang2 tu mengganggu ketenteraman tiap kali makan.. ntah hapa hapa :P. Kitorg lepak kat Alexis sampai 2 am then gerak balik.. time tu tekak aku mmg dah rasa mcm nak cabut keluar letak atas dashboard je sbb sakit sgt. Hmm.. sakit tapi makan segala mak nenek.. korg bayangkan kalau aku tak sakit?? Hehehehe..

Moral of the story: Aku mungkin takkan kurus sampai bila2 kalau gini lah gayanya aku time sakit pun!!

Friday, August 08, 2008

08.08.08

Posted by NuiN at 4:22 PM 0 comments
Hari ni adalah hari yang best! Firstly, sebab hari ni Jumaat, minggu ni aku baru gi ofis sekali je iaitu hari Selasa, so pagi ni aku dgn malasnya bangun la jugak nak pegi ofis. Sampai ofis aku tgk team mate aku ada sorg je.. 3 lagi work from home.. huhuuuu tensi! And the best part is hari ni aku takde keje.. so lepas lunch je aku ckp dgn team mate yang sorang tu yang aku nak balik.. work from home je lagi separuh hari. Work la sangat kan.. sah2 takde keje.. balik tgk tv la jawabnya..

Few good things happen today, i got good news from my family, i got sweet sms, my backpain also getting better, and i'm meeting my gossip girls this evening.. such a lovely Friday!

Lepas melepak depan tv, kul 530 aku mandi sbb janji nak amik pompuan dua org tu pkl 6 kat KL.. hehehe.. janji nak amik pkl 6, pkl 530 aku baru nak mandi, end up pukul 7 baru aku sampai KL. Lepas setengah jam sangkut dalam jem dan sumbat telinga aku dgn bebelan Reen yang tak berenti2 tu, kitorg sampai KLCC. Asalnya tujuan gi KLCC nak shopping, tp perut lapar so terus menuju ke Chili's. And masa tu aku dgn Zai terfikir best gak kalau tgk wayang malam ni, dan Reen agak tertekan (aku tauuuu dari muka ko tu..muahahahha) sbb dia kena balik lepas dinner..

Sementara menunggu nama kitorg dipanggil dari waiting list kat Chili's tu, aku gi queue utk beli tiket movie Forgetting Sarah Marshall. Not bad la queue di malam Sabtu ni kan.. panjang!! After 30 minutes, our table ready so kitorg pun masuk le ke dalam Chili's dengan perut yang lapar dan nafsu yang besar.. keh keh keh.. So, untuk revenge pada Triple Play yg sucks kat TGIF hari tu, kali ni aku order Triple Play Chili's.. mmg syiokkk.. seriously aku black list TGIF!!

Triple Play yang lazatssssss.. (gambar aku cilok dari Google)


Reen nyer lamb, mash potato dia mmg hulalalala.. (gambar aku cilok dari Google)




Akak Zai nyer salmon, aku suka salmon tapi aku rasa salmon ni tebal sgt, so rasa keras, ke dah kenyang masa tu... (gambar aku cilok dari Google)

Sambil makan kitorg tengok opening Sukan Olimpik Beijing.. walaupun dalam keta tadi aku kutuk2 Reen sbb dia sgt patriotik bercakap pasal Sukan Olimpik, have to admit the opening buat aku tak berkelip tgk tv.. sgt artistic.. sgt cantik.. sangat sangat sangat lah! Dalam pukul 9 lepas abih makan dan abih gossip, kitorg gi Isetan, window shopping. Aku ingat nak cari bedsheet utk buah hati aku yg dua org tu sempena diorg dapat bilik baru, aku plan nak cari bedsheet Barbie, tapi jumpa Tweety je kat Isetan. Ikut nafsu mcm nak beli dah tadi tapi aku still nak cari bedsheet Barbie gak dulu.

Around 930, Reen balik umah, aku dgn Zai gi TGV nak tgk movie. Wahh excited sgt nak tgk wayang minah ni sesedap rasa pijak sandal aku dari belakang.. huhuuu.. sandal aku tu dah la tali sehalus-halusnya (kata suka sandal sexy kan...) sekali kena pijak je terus putus. And bole pulak dia asyik ketawa sebab aku jalan menyeret sandal tu.. sgt failed! Then aku bgtau Zai dalam keta aku ada aku nyer sneakers so aku suruh dia gi amik.. sbb takkan la aku nak pakai sandal putus tu sepanjang waktu kan, dah la susah nak jalan, drop my water face meh...

Dipendekkan cerita, dah selesai semua, put on my feet into my sneakers, buang the sandal into TGV's dustbin (itu tanda aku mmg akan selalu berkunjung ke TGV), kitorg masuk tgk movie dalam pkl 940. Time tu movie baru start and seriously that movie is hillarious!! Gelak pecah perut nyer...

Sapa suka citer romantic comedy, aku suggest korg tgk citer ni.. mmg gelak guling2.. tp kalau urat comedy korang dah putus tu aku tak dapek nak tolong la..


Around 1230 aku sampai umah after antar Zai (dan as usual dia mesti bengkak telinga dengar citer2 aku dan luahan perasaan aku.. heheheh...), and usual aku sangatlah susah nak tido awal bila malam jumaat dan sabtu.. sebab esok bole tido sampai tgh hari... ;)

Hmm.. there goes my lovely Friday. I love 08/08/08.. everything goes so smooth and sweet.. *wink*

-XoXo-

Chioww..

Wednesday, June 18, 2008

I'm back.. with sword in hand.. muahhahah

Posted by NuiN at 3:04 PM 2 comments
I'm back!!

Muahahha.. penat la nak menjawab kawan2 asyik tanya apasal delete blog. So sbb korang suka sgt nak tau aktiviti harian aku kan, so aku tulis balik lah blog ni (specially utk korg.. biah.. reen.. muahahahha). Sebenarnya hari ni takde keje (as usual), dan tambah mencemerlangkan hari aku coz PM mc, jadi akak dah mati kutu tak tau nak buat apa, so i decided to blogging back.

Sebenarnya sayang gak kan blog aku yg lama tuh.. aku tulis dari 2005.. hehe, tu la ikut perasaan nyer pasal, padan muka sendiri..x pe lah.. things happen for a reason! I'm happy with my life now (iyo lahh..!!), the details of it.. none of your business.. keh keh keh...

Hari ni actually aku nyer hari makan2 sedunia.. correction, hari makan2 free sedunia. Tgh hari tadi ada LOB lunch session kat Kanna Curry House, Puchong (aku tgk dia tampal tanda Halal situ so aku pasrah je la).. sedap gak la.. tapi akak terkejut ok masa sampai sana. Kitorg baru duduk je, tiba2 semua waiter2 (bila aku sebut waiter korg jgn bayangkan hebat2 sgt.. diorg pakai kopiah putih, dgn t-shirt restoran je.. hehehhe) dtg kat meja kitorg. Pastu masing2 bawak semua jenis lauk yg ada kat restoran tu (aku syak la diorg angkut semua jenis lauk yg ada), so dia mula tanya.. "ayam mau? kambing mau? ikan mau?".. tak sempat fikir okayyyy!!! Aku rasa kalau gi makan sorg dua je mesti semua lauk aku cakap "ye, mau!".. tapi sebab ramai2 malu la pulak kan.. muahahha. Tapi kalau korg pegi jgn semua lauk cakap mau ok, nnt mengcekau nak membayar! Tapi aku mmg culture shock gila tgk style diorg, teringat mcm penjual2 souvenir kat Tangkuban Perahu dulu tu.. huhuuu kena kerumun mcm tu lah.. mati nak menepis!

Dan paling aku kagum.. nih kuah kari (akak sgt jakun ok!).. letak dlm bekas ni pastu letak atas meja kita.. ko cedok la berapa kali nak cedok pun letak atas nasi ko yang beralaskan daun pisang tuh..



And ni sotong goreng dia yang aku rasa ok la.. nice.. crispy2 camtu.. (pehal la buat food review ni kan...)



Sedap sotong goreng ni.. tambah sedap sbb free.. :D.
Eh dulu-dulu kan aku tak berapa favor makan nasi atas daun pisang ni. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, abah dgn mama bawak aku gi makan kat wedding anak kawan abah.. indian la kan.. tp diorg masak asing2.. utk guest melayu dia upah org melayu masak. Siap masak kat luar umah, supaya transparent kot.. takde la kita yg melayu ni musykil makanan apa yg di telan kan. Still.... environment dgn daun kelapa bergantung kat khemah, dgn nasi letak atas daun pisang, dgn muzik klasik nya.. akak nangis ok.. "mama, kakak tak lalu nak makan.. uwaaaa".. hahhaha.. mak aku ingat sampai skrg drama sebabak tu.. lepas tu aku mmg tak penah makan nasi atas daun pisang di rumah org india lagi! Sehingga lah.. deepavali last year, kawan2 masa aku kat iP ajak aku gi umah sorg programmer ni, terpaksa la ikut sebab lepas tu diorg nak banjer aku kat Bagan Lalang.. hehhehe.. (its all about food!).. huhuuu atas daun pisang gak dia hidang ok!! Banyak sgt pokok pisang yg kaum india tanam kot sampai diorg very the luxury dgn daun pisang.. so sbb respect kawan kan aku usaha telankan gak la.. takde la sampai nangis tapi aku makan nasi skit je...hehehehe.. and ratah2 lauk skit je.. (telan la jugak kan kesimpulannya..).
TETAPIII... hari ni akak makan abih!! Tak peduli dah atas daun pisang ke daun apa ke.. (terer tukang masak tu masak..hahhaha).. pastu lepas makan aku confident la ni lipat daun pisang, konon2 ikut tradisi la kan.. tapi aku lipat tu mengadap keluar.. korg paham tak? Kira aku lipat tu, bahagian daun pisang yg besar tu tak mengadap ke aku, bahagian pelepah dia yg mengadap ke aku. Then sorg colleague, indian girl la..dia cakap, lepas makan kalau kita tak satisfied dgn food tu, kita lipat daun pisang tu bagi daun dia mengadap ke luar, kalau satisfied, lipat bagi daun tu mengadap arah kita..
Erkk.. aku pandang daun pisang aku. Kalau ikut cara lipatan mcm nak bagitau aku tak satisfied.. kalau ikut cara makanan yg tersisa dlm lipatan tu.. TAK SATISFIED MENDANYAAA... abih licin.. so akak pun lipat la the correct way. Nasib baik kat kedai makan kan.. kalau gi umah org, mesti tuan umah tu kutuk aku, "makan sampai licin, tapi nak berlagak cakap tak satisfied".. hahahha padahal tak tau cara melipat yg betul!
Hmm.. mlm ni ada dinner utk FI team kat Pyramid Tower Hotel, Sunway.. nnt kalau ada citer best aku tulis lah.. ;)
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review