Showing posts with label Gedikness. Show all posts
Showing posts with label Gedikness. Show all posts

Thursday, September 25, 2008

Shopping spree.. yeeihaaa...

Posted by NuiN at 1:09 AM 0 comments
Aku rasa skrg ni aku ada masalah insomnia laaa.. hehehe insomnia la sangat kan padahal siang tadi dah tido sesedap rasa sampai tak sedar dunia.

*Ini cerita hari Rabu... hehe aku tak leh tido maa so aku blogging laa..*

So, siang tadi sessi comolot (KISS) aku berjalan dgn lancar. Aku tak tau la diorg paham ke tak apa aku present.. but who cares??? Yang penting aku dah perform task aku dan bole bercuti raya dgn aman sentosa. Loser okayyy kalau bercuti raya tapi still fikir pasal keja! Presentation aku abih dalam masa 2 jam.. so by 12 tgh hari tu dah settle la.. masa tu aku dah sakit kepala tahap dewataraya dah.. ye la nama pun last minute freak.. 2 malam before presentation tu baru la aku menggigil2 prepare for the session, so tak cukup tido.. jadi hari ni bila dah setel semua penyakit favourite aku tu pun datang menjelma la.. Acting kejap je kat ofis then aku rasa tak comfortable dah coz kepala mcm nak pecah berdenyut2.. hehe.. so aku decide nak balik umah dan tido je.. sesuka ati buat ofis mcm company bapak sendiri. Balik umah aku on notebook dan online YM, kekononnya work from home.. then aku on tv dan merebahkan badan atas sofa.. on kipas full blast... 10 minit kemudian... pelayaran bermula dan pelayaran terhenti 2 jam kemudiannya! Best gila tido! Tgk henpon ada 2 missed call dari ofismate aku.. gila aku tido sampai tak dgr bunyi phone...

Bangun tido aku rasa fresh.. kepala berdenyut2 sikit2 je lagi.. ala2 berdenyut2 manja gitu.. so aku gi mandi and tadaaaa.. new me.. fresh and happy coz cukup tido! So bila dah fresh and happy, baru bole proceed dgn aktiviti sosial bersama kawan2 tanpa gangguan... Hari ni (official Wednesday) aku ada sessi berjimba di bulan puasa dgn Reen dan Zai. Mula plan nak gi Chili's KLCC tapi dah tau Chili's confirm akan penuh tahap mega.. so kitorg pegi tempat biasa je la.. Pavillion. Hehe.. i always love Pavillion.

Buka puasa hari ni sangat bersederhana okayy.. makan Nando's je. Konon berazam nak kurangkan spending sebab masing2 nak jadi orang kaya.. so sebab tu ke kita makan Nando's je? Lepas dah terlebih kenyang, terpaksa la jalan2 kan untuk menghancurkan lemak2 yg dah developed dalam badan tu. And jalan2 dalam shopping complex tak boring, so kita takkan rasa penat.. no worries!

What happen tonite was.. ada syaitan yang terlepas di bulan puasa ni dan membisik2 dalam hati aku utk shopping.. Takde dlm plan list ok utk aku shopping mlm ni. Tapi bila sampai Pavillion aku terus rasa nak shopping. I need retail therapy!!! Muahahaha padahal takde stress menda pun. And sbb aku insomnia malam ni, aku telah rajin snap pic shopping stuff aku.. saja je la, nak comfortkan diri sendiri sbb dah banyak abih duit kan..

Ni shopping beg aku in total malam ni.. sikit je kan.. 1 beg besar 2 beg kecik je.. TETAPI.. value 3 beg ni buat aku rasa tak nak shopping dah lagi 3 bulan.. HIPERBOLA sangattt kan... hehehehe..

Ni pembelian aku yang pertama sekali masa sampai Pavillion.. Black XS by Pacco Rabanne. Belum buka puasa lagi tapi aku dah beli perfume ni. Bau dia best!! Tapi aku mmg perlukan perfume coz perfume aku dah tinggal nyawa2 ikan je.. tapi lepas beli ni aku menyesal lak tak beli Daisy by Marc Jacob tu, sebab aku test Daisy kat tangan, makin lama bau dia makin best.. Hmm.. mungkin aku bole ingkar skit azam tak nak shopping 3 bulan tu dan beli Daisy lak..next week ke? Erkk.... Dan Estee Lauder White Linen.. bestttt bau dia.. dah pesan suruh akak Zai check price kat Jakarta.. hmm bukan check price la sebenarnya, pesan suruh dia beli kalau ada kat kedai yang dia bole dpt price murah compare to here tu... bestnya tiba2 ada banyak perfume.. hehe..over!

Ni pembelian kedua.. lepas bukak posa terus menziarah Aussino. Niat asal nak beli new bedsheet utk mama.. tapi ada syaiton sorang tu, dia nak beli bedsheet siap influence2 aku.. akak ni dah la mudah terpengaruh. Eh, aku bab shopping sgt senang utk dipengaruhi ok.. korang hasut skit je confirm aku kalah.. Tak yah buat paperwork utk hasut aku shopping.. Hasilnya.. tadaa.. satu bedsheet utk mama (yang bunga2 tu) dan satu bedsheet utk aku.. Tak pe.. even aku belum beli baju raya.. aku dah ada bedsheet raya!!


Ni pembelian terakhir malam tadi (thank god time ni Parkson dan semua kedai kat Pavillion dah nak tutup.. tuhan menyelamatkan poket aku dan menyekat aura shopping yang tiba2 meluap2 di luar kawalan dalam diri aku), foundation dan blusher from Benefit. Aku bukan kaki make up okay!! Selalunya aku pakai bedak dan lipstick je bila nak gi mana2... akak kan cute semulajadi.. muahahaha.. Tapi, damn!! Ni pun hasutan sorg makhluk Allah tu gak..ko kan mmg suka kan bab menghasut aku shopping.. siap bisik tepi telinga aku tu.. "angkat je.. angkat je.. aku dah lama usha Benefit ni.. ".. ye.. ko yang mengusha, aku yang spending! Tapi mmg terer la salesgirl kat counter Benefit ni kaw tim aku. Tepek2 semua ni kat muka aku sampai aku kagum sendiri (i'm easily impressed! Hehehe) pastu takde pressure2 aku suruh beli. Kalau ko pressure aku mungkin aku tak beli, tapi sbb takde pressure tu akak terpedaya terus beli. Takpe Reen, aku berazam akan pakai menatang2 ni sepenuhnya.. hahahah.. at least 2 minggu ko tgk la aku pakai ni fully dedicated kan..

Friday ni aku nak gi Pavillion lagi sebab aku nak beli bekas kaca Pyrex. Actually Pavillion buat promotion, for every RM150 yang kita spend (tak kisah bila2, bawak je resit2 previous spending utk verification), kita bole beli bekas kaca Pyrex tu pada harga RM39.90. Harga asal dia RM99.90. And menggunakan resit aku malam ni termasuk resit makan Nandos dan minum sambil bergossip kat Coffeebean, aku bole beli 5 biji Pyrex tu!!! So korang faham la kenapa aku tak patut shopping lagi for another 3 month.. :(.Tapi aku nak beli 3 biji je Jumaat ni.. hehehe...satu utk mama, dua lagi utk makcik2 aku..

Tapi kan.. lepas balik dari shopping ni aku rasa sgt best.. shopping always makes me feel good.. hehe..even if aku just beli shower cream je pun.. muahahhaa...apatah lagi bila berbelanja besar2an macam ni..

Esok aku nak gi cari baju raya lak... azam aku utk tak shopping tu effective after raya..

Chiowww...

Friday, August 08, 2008

08.08.08

Posted by NuiN at 4:22 PM 0 comments
Hari ni adalah hari yang best! Firstly, sebab hari ni Jumaat, minggu ni aku baru gi ofis sekali je iaitu hari Selasa, so pagi ni aku dgn malasnya bangun la jugak nak pegi ofis. Sampai ofis aku tgk team mate aku ada sorg je.. 3 lagi work from home.. huhuuuu tensi! And the best part is hari ni aku takde keje.. so lepas lunch je aku ckp dgn team mate yang sorang tu yang aku nak balik.. work from home je lagi separuh hari. Work la sangat kan.. sah2 takde keje.. balik tgk tv la jawabnya..

Few good things happen today, i got good news from my family, i got sweet sms, my backpain also getting better, and i'm meeting my gossip girls this evening.. such a lovely Friday!

Lepas melepak depan tv, kul 530 aku mandi sbb janji nak amik pompuan dua org tu pkl 6 kat KL.. hehehe.. janji nak amik pkl 6, pkl 530 aku baru nak mandi, end up pukul 7 baru aku sampai KL. Lepas setengah jam sangkut dalam jem dan sumbat telinga aku dgn bebelan Reen yang tak berenti2 tu, kitorg sampai KLCC. Asalnya tujuan gi KLCC nak shopping, tp perut lapar so terus menuju ke Chili's. And masa tu aku dgn Zai terfikir best gak kalau tgk wayang malam ni, dan Reen agak tertekan (aku tauuuu dari muka ko tu..muahahahha) sbb dia kena balik lepas dinner..

Sementara menunggu nama kitorg dipanggil dari waiting list kat Chili's tu, aku gi queue utk beli tiket movie Forgetting Sarah Marshall. Not bad la queue di malam Sabtu ni kan.. panjang!! After 30 minutes, our table ready so kitorg pun masuk le ke dalam Chili's dengan perut yang lapar dan nafsu yang besar.. keh keh keh.. So, untuk revenge pada Triple Play yg sucks kat TGIF hari tu, kali ni aku order Triple Play Chili's.. mmg syiokkk.. seriously aku black list TGIF!!

Triple Play yang lazatssssss.. (gambar aku cilok dari Google)


Reen nyer lamb, mash potato dia mmg hulalalala.. (gambar aku cilok dari Google)




Akak Zai nyer salmon, aku suka salmon tapi aku rasa salmon ni tebal sgt, so rasa keras, ke dah kenyang masa tu... (gambar aku cilok dari Google)

Sambil makan kitorg tengok opening Sukan Olimpik Beijing.. walaupun dalam keta tadi aku kutuk2 Reen sbb dia sgt patriotik bercakap pasal Sukan Olimpik, have to admit the opening buat aku tak berkelip tgk tv.. sgt artistic.. sgt cantik.. sangat sangat sangat lah! Dalam pukul 9 lepas abih makan dan abih gossip, kitorg gi Isetan, window shopping. Aku ingat nak cari bedsheet utk buah hati aku yg dua org tu sempena diorg dapat bilik baru, aku plan nak cari bedsheet Barbie, tapi jumpa Tweety je kat Isetan. Ikut nafsu mcm nak beli dah tadi tapi aku still nak cari bedsheet Barbie gak dulu.

Around 930, Reen balik umah, aku dgn Zai gi TGV nak tgk movie. Wahh excited sgt nak tgk wayang minah ni sesedap rasa pijak sandal aku dari belakang.. huhuuu.. sandal aku tu dah la tali sehalus-halusnya (kata suka sandal sexy kan...) sekali kena pijak je terus putus. And bole pulak dia asyik ketawa sebab aku jalan menyeret sandal tu.. sgt failed! Then aku bgtau Zai dalam keta aku ada aku nyer sneakers so aku suruh dia gi amik.. sbb takkan la aku nak pakai sandal putus tu sepanjang waktu kan, dah la susah nak jalan, drop my water face meh...

Dipendekkan cerita, dah selesai semua, put on my feet into my sneakers, buang the sandal into TGV's dustbin (itu tanda aku mmg akan selalu berkunjung ke TGV), kitorg masuk tgk movie dalam pkl 940. Time tu movie baru start and seriously that movie is hillarious!! Gelak pecah perut nyer...

Sapa suka citer romantic comedy, aku suggest korg tgk citer ni.. mmg gelak guling2.. tp kalau urat comedy korang dah putus tu aku tak dapek nak tolong la..


Around 1230 aku sampai umah after antar Zai (dan as usual dia mesti bengkak telinga dengar citer2 aku dan luahan perasaan aku.. heheheh...), and usual aku sangatlah susah nak tido awal bila malam jumaat dan sabtu.. sebab esok bole tido sampai tgh hari... ;)

Hmm.. there goes my lovely Friday. I love 08/08/08.. everything goes so smooth and sweet.. *wink*

-XoXo-

Chioww..

Thursday, June 19, 2008

BITCH

Posted by NuiN at 1:02 PM 3 comments

Aku pernah jumpa car sticker Bitch ni kat mana ntah dulu..Cineleisure kot.. seriously aku tertarik kat wording dia.. masa tu aku nak beli nak lekat kat keta aku.. tapiii.. ada sesuatu telah menghalang keinginan itu.. ye.. bila ingatkan mak aku reti english, terus aku tak jadi beli.. org kampung kan, walaupun educated pun aku rasa mesti mak aku mcm tak best je nnt tgk aku tampal word BITCH kat keta aku.. Aku tak tau la reaction sebenar mak aku camna, aku syak je.. hehehehe...

Apasal aku buat entry ni? Sebab ada kawan aku sent kat aku glitter tu, terus aku teringat keinginan aku nak beli car sticker tu (last year kot) yang tak kesampaian sbb kenangkan mak aku reti baca & ckp english... muahahahhaha...

P/S: Eh.. sebenarnya abbreviation is cute kan.. contohnya.. POYO.. (hehe ni Pami ajar aku bertahun dulu..), POYO means Proud Of Your Ownself! How cool is that? *wink*
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review