Wednesday, December 23, 2009

Aku dah makan budu...

Posted by NuiN at 1:15 AM
Berjangguit nih tengah menunggu FB upload wedding pic cousin aku... Ikut ati malas tapi sbb cousin2 yang tidak memulangkan diri time wedding tu tak abih2 merayu suruh aku upload pic so layankan je lah. FB sekarang dah tak jadi tempat selamat untuk meluah perasaan coz penuh dengan cousin2 aku dari yang kecik sampai besar, and plus mak sedara pun dah ada dlm tu.. hehehe..

Dah lama gila tak berblog.. busy plus malas.. erm apa sgt la nak citer pun kan.. Life aku mcm biasa je...kadang happy, kadang stress keje, kadang bosan takde apa nak buat.. Skrg ni aku tengah bercuti selama 3 minggu.. wuhuuuu... mengabihkan annual leave aku.. tapi as usual cuti panjang2 pun tatau apa nak buat.. makan, tidur, melepak.. Kejayaan besar aku semasa cuti ni (selain membesarkan diri) adalah mengecat hall umah kat Penang... and malam tadi tangan aku sakit gila sampai susah nak tido... sengal, pegal semua cukup. Tapi mission aku adalah untuk continue mengecat dapur, dan mengecat semua dinding luar umah... Walaupun aku rasa mcm mission impossible tapi...at least aku ada angan2...hehehe.

By the way, tetiba je dah nearly end of the year kan.. lagi seminggu dah masuk 2010.. Aiyakkk.. Erm, aku takde azam tahun baru, rasanya dah lama aku tak berazam2 nih.. when i think of it, aku ni lebih pada org yg spontaneous so if aku plan something mcm nak rak pun selalunya tak penah dibuat..hehehe.. so senangnya go with the flow aja, when the time comes to take any action, just do it.

Oh ya.. sekarang aku asik follow citer Cucu Bentong..bukti aku takde menda nak buat waktu cuti nih..

Ermm..tatau nak bebel apa lagi.. Daaa!!

2 comments:

Kancilbiru said...

Hi..salam singgah..jgn lupa coklat fair tau...

http://kancilbiru.blogspot.com/2009/12/malaysia-1st-chocolate-fair.html

Diana Ishak said...

wajah saperkah yang ko terbayang bila baca entry aku..??


hahahahahah

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review