TETAPI.. korang penah dgr perkataan RAMBANG MATA? Objektif aku tetap tercapai, aku tetap beli apa yang aku plan nak beli awal2 tu PLUS shampoo, anggur, chocolate, mayonis, karipap segera, wade segera, fish fillet, cheezy chicken dan segala mak nenek lagi. Perasan tak majority nya berunsurkan makanan? Hehe.. sbb tu aku cakap kalau aku sakit pun appetite aku tak effect *grin*.

Bangun tidur rasa blur dan wenggg.. aku tak suka tido siang dan lagi tak suka tido di hari Sabtu & Ahad sbb aku rasa rugi je spent cuti dgn tido.. tapi ubat batuk dah beat me down.
*Korang perasan tak tahun ni sambutan merdeka mcm tak terasa je padahal next week dah 31st August?* (selingan)
Sepatutnya ubat tu makan 3x sehari.. sampai skrg aku blm makan utk sessi malam tu, aku nak makan time nak tido jap lagi.. kalau aku makan sekarang alamatnya jap lagi confirm aku sambung tido lagi.. *sigh*
Mlm semlm aku, Reen dan akak Zai gi makan2 sempena bday akak Zai.. (makannn lagi..). Jalan nak gi KL jem mcm cilakos je semlm.. it took me nearly 3 hours utk sampai KL! Sgt hampagas.. aku da bole balik Penang with that time frame. Sampai KL terus gi KLCC, plan asal nak gi makan kat Sari Ratu kat Jln Yap Kwan Seng, tapi dgn jem yang maha hebat tu mmg lupakan je lah.
So, kitorg gi Chakri Palace je.. best..best sbb situ ada Miang Kam.. rasanya dulu2 aku penah citer pasal Miang Kam (ke aku dah delete entry tu?)
Ni adalah Miang Kam.. Reen adalah orang yg bertanggungjawab memperkenalkan aku dgn menatang ni sampai aku addicted! Sedap woo.. even cara pemakanan dia sgt la old style kan.. mcm org2 tua makan sireh je aku rasa tapi sekali kena mmg tercari-cari je la lepas tu. So far aku rasa Miang Kam kat Chitralada, GE best, tapi food lain lak kat situ yang failed. Miang Kam ni dalam kategori appertizer la, boleh dapat dekat restoran2 masakan thai (mostly yang besar2 laa..).
Anyway, utk dinner semlm kitorg order nasi putih (lagiii...), tomyam (tom yam dia mmg syiokk.. tp satu mangkuk size sorg makan je dah 19 hinggit..erkkk), crab (aku tak tau crab dia masak apa.. tp x best sgt la), sayur kankung dan cashew chicken (ni aku suka.. akak kan peminat ayam dan cashew nut.. good combination ;)

Macam ni la lebih kurang rupa cashewnut chicken tu.. yummy yummy.. Tapi aku tak leh makan nasi banyak (uhukkk..) sbb sakit tekak.. berdenyut2 rasa kat tekak aku tiap kali nak telan nasi.. end up meratah lauk je (tapi nasi dah abih la separuh dari portion asal.. hehe)

Dan ini adalah desert! As usual aku cilok gambar dari internet.. hehe tak rajin nak mengambil2 gambar. Ni water chestnut. Reen jugak yang introduce kat aku before (skrg ko tak terasa ke ko yang menggalakan PERKEMBANGAN aku nih??). Cuma kat Chakri tu special skit, water chestnut letak dalam kelapa muda.. hmm sebab tu la Little Penang charge 4-5 hinggit je utk water chestnut, tapi Chakri charge sampai 12 hinggit.. sebab letak dalam kepala muda yg isi keras tu.. sib baik content sedap.
Left Chakri Palace around 1030 and kitorg antar Reen balik setelah berjaya bakar2 dia ckp aku dgn akak Zai nak meneruskan aktiviti malam kitorg. Muahahaha... ko kena terima hakikat yang ko adalah isteri orang!!
Lepas antar Reen, aku dgn akak Zai mula fikir next hang out place.. sangat la tak sedar diri bercakap pun dah mcm itik serati, tetap nak melepak lewat2. Mula kitaorg gi Grand Millenium, ingat nak lepak dgr live band kat situ, sekali tak leh masuk sbb aku pakai tudung. Erkk.. apakah?? Macam la aku nak kibar2 kan tudung kat dlm tu. Agaknya club dia tu lebih hard core dari Uncle Chilli's kat PJ tu kot sbb tu ada rules tu. So, tak kisah la.. finally kitorg gi lepak kat Alexis je. Dgn niat nak order Pavlova dan send mms kat Reen.. hehehe.. thats how we irritate her when she's not able to joint us. Order makanan yang meleleh-leleh nya, amik pic dan mms kat dia on the spot!
Tapi niat tak suci kadang2 mmg tak dimakbulkan tuhan, Pavlova dah abis masa tu (aku tipu ko je reen ckp kitorg makan pavlova..heheheh), so aku order ini.. sedappp okayyy
Nutty Chocolate Meringue.. sedappp sangattt.. Tapi akak Zai kata kacang2 tu mengganggu ketenteraman tiap kali makan.. ntah hapa hapa :P. Kitorg lepak kat Alexis sampai 2 am then gerak balik.. time tu tekak aku mmg dah rasa mcm nak cabut keluar letak atas dashboard je sbb sakit sgt. Hmm.. sakit tapi makan segala mak nenek.. korg bayangkan kalau aku tak sakit?? Hehehehe..
Moral of the story: Aku mungkin takkan kurus sampai bila2 kalau gini lah gayanya aku time sakit pun!!
2 comments:
tu lah tulah menyakitkan hati kerabat diraja Senawang! bertambah sakit campur bertambah tembam! aku sumpah! :P
Muahahahahha!!
Post a Comment