Wednesday, August 20, 2008

Aku mesti kurus!

Posted by NuiN at 11:51 PM
Seriously aku rasa nak meraung!!!

Even demam.. hari ni aku TETAP makan nasi dua kali!! Takde maknanya demam ke apa ke.. Huhuu.. aku rasa aku dah sangat gemuk dah sekarang. Bukan setakat rasa lagi.. kenyataan! Balik kampung baru ni, dua org bagi remark pasal ke'chumil'an aku skrg ni. Paling mengejutkan salah sorg yang bagi remark tu adalah ADIK aku yang tak penah2 komen apa2 pasal kakak dia ni gemuk ke..kurus ke (penah ke? keh..keh...keh)..

Setelah lebih kurang 4 minggu tidak bertemu, inilah dialog pertama adik aku:

Adik durhaka: Awat gemuk sangat ni?
(Sangat derhaka ok adik aku sebut perkataan gemuk pada kakak)
Si kakak yang penyabar: Err.. gemuk ka?
Adik durhaka: Haah..muka bulat semacam aja..
Si kakak yang penyabar: Biasa laa.. senang hati (ayat cover..)

Dan dialog seterusnya antara aku dgn cousin aku, adik aku tadi lelaki, cousin aku ni perempuan, so tak makan dalam sgt la sebab pompuan mmg conscious skit bab2 gemuk kurus ni kan..

Cousin yang tak lah kurus: Kak Nini, berat Kak Nini la ni berapa?
Si kakak yang penyabar: Erkk.. mana bole bgtau
Cousin yang tak lah kurus: Ijah teka.. mesti *tooott..tooott*
Si kakak yang penyabar: Mana adaaaa... (in denial)

Sangat tepat ok angka yang dia guess tuh!! Tapi sebagai kakak mana bole aku mengaku kelemahan diri kan.. Huh..runsing sungguh..


Mcm ni la rupa aku skrg.. (but i wish that suit was in pink) lemak berkati-kati.. uwaaaaa.. runsinggg (ubat kerunsingan adalah makan!!)Erm.. camna ek.. aku bukannya tak insaf aku makin gemuk skrg tapi insaf sekejap je.. Hmm maybe aku patut simpan balik rice cooker dalam kotak, hantar balik ke kedai tin2 sardin yang aku beli, habihkan ikan sepat pekasam yang belum abih tu (nak abihkan ikan pekasam kena la makan dgn nasi kan? Damn!), so that aku dah takkan ada any source of food lagi!

*reen, celebration bday akak zai kita gi karaoke je lah.. aku dah insaf tak nak makan lagi!*

Look at the bright side.. sib baik tuhan tak bagi aku kepandaian memasak kan.. tau masak sardin je aku dah makan 2 pinggan nasi, kalau aku pandai masak nasi beriani ke.. aku tak tau lah, aku jadi besar ikan paus agaknya.. uwaaaaaa!!!

Azam aku untuk bulan puasa ni.. AKU MESTI KURUS!!

So aku ada lagi seminggu utk abihkan stok makanan aku.. Hmmm..

*Malam ni nak tido depan tv.. ye aku tau takde kena mengena dgn unsur menguruskan badan..*

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review