Monday, July 28, 2008

Jalan-jalan cari pasar malam.. *GRIN*

Posted by NuiN at 10:55 PM
Journey kitorg start pada pukul 11 am... Kononnya la kan malam tu berangan nak gerak pukul 9 am dari umah, pukul 9 am tu la both baru buka mata bangun tido. This is not our first 'terjah' journey to Cameron Highland.. kalau tak silap aku ni dah kali ke 4, as usual decide on hari Khamis or Jumaat, then pagi Sabtu gerak. Takde nak book tiket bas ke, hotel ke.. mmg main redah je seperti biasa. Definitely i'm a spontaneous person, aku malas nak plan things beria-ia sbb selalunya apa aku plan mcm nak rak mesti tak jadi, so aku lebih suka mcm ni, rasa nak buat something, buat je terus.

Pkl 11 am kitorg jalan kaki dari apartment ke jalan besar.. 1st time ever sejak aku pindah sini aku jalan kaki ke depan tu.. sgt loser! Then amik cab utk gi komuter, masa naik cab tu aku dah perati meter dia masa tu, 8.50.. then bila sampai komuter meter dia shows 11.10, so kalau ikut logik matematik nya cab fare should be 3.60 la kan.. tapi TIDAK... kitorg kena bayar 8.00 hinggit! Aku mmg tak penah naik cab kat area situ so aku mmg tak tau lansung itu mmg standard charge ke apa tu... Tak kisah lah.. then amik komuter ke Bandar Tasik Selatan sbb nak transit naik lrt lak. Komuter sangatttt penuhhh!!! Dah la ada sorg makcik cinos ni sesedap rasa berpaut kat backpack aku.. rasa nak tercabut tulang belakang masa tu...nak tegur kesian, so pasrah je la. Seriously masa tu dah rasa sgt penat padahal blm sampai cameron lagi pun.

Then dari komuter naik lak Star lrt dari BTS ke Plaza Rakyat.. ok skit la sbb tak super pack mcm komuter. Sampai je Puduraya, beli tiket ke cameron, quite shocked with the price.. RM30! Itu dah bole balik Penang.. then akak jual tiket tu ckp ni bas VIP seat.. 24 seat je.. hmm beli je lah.. padahal kalau bas biasa 18 hinggit je gi cameron. So, around kul 1.30 bas sampai (which is kalau ikut tiket should be pkl 1.. but as usual, cannot expect punctuality from our public transport..hehe) and kitorg pun gerak ke Cameron Highland..



Misi mencari pasar malam bermula.. sigh.. apasal la 360 darjah sgt muka aku??


Bas yang kitorg naik ni stop kat Simpang Pulai (kalau tak silap aku la..) utk membolehkan kitorg gi toilet dan luruskan urat2 yg bersimpul. Masa ni berlaku satu incident yg buat aku rasa kesian sgt kat sorang minah mat saleh ni.. Minah ni travel sorg2, then masa bas stop kat Spg Pulai tu dia gi kat driver dan bgtau yg dia beli tiket utk ke Singapore... errkkk... muka driver tu masa tu sgt surprise.. ye la kan beli tiket ke Singapore tp naik bas nak gi cameron.. punya la dua hala yg berbeza. Setelah puas membebel-bebel.. solution nya minah tu di hantar naik bas yg menuju ke Ipoh, so dari situ dia amik bas patah balik ke arah Singapore la kot.. kesiannya...

Around pukul 5 lebih kitorg sampai Tanah Rata.. hujan sangat laa lebattt!! And bila berteduh dlm tourist information center tu, dgr lak citer tiket bas balik ke KL esok semua dah abih... erkkk.. apasal before2 ni smooth je 'terjah' kitorg ke cameron, tp hari ni mcm banyak hal sgt.. Bila hujan dah slow down skit, kitorg naik cab gi terminal bas, driver cab tu ckp gi tgk gak tiket, kot2 ada lagi yg lebih2 kan.. nasib baik still ada lagi tiket sekeping dua (muahahaha..) tapi bas awal2 pagi ahad, pkl 10.30 am.. hmm what to do, dari stranded kat situ tak dpt balik kan...

Then driver cab tu antar kitorg gi Brinchang.. bila dia tanya nak turun kat mana, aku ckp kat pekan je coz kitorg baru nak cari hotel.. bole dia ketawakan kitorg sbb main gamble je dtg..dia kata skrg ni tourist ramai, so hotel penuh.. aku dah terbayang tido masjid je masa tu.. hehehe.. Dari Tanah Rata ke Brinchang charge cab around 5 hinggit je.. jarak macam tu kalau kat KL, confirm lebih dari 15 hinggit

Lepas survey 1, 2 hotel, kitorg check in kat satu hotel kecik ni, ala2 utk backpakckers la konon.. itupun dia cuma ada room utk 3 org je, so have to la sbb itu je paling murah antara yg di survey.. bilik utk 3 org rate nya 130 hinggit.. so bole la..

Lepas check in, naik bilik sekejap utk letak beg, then terus turun balik nak cari makan. Lapar gilos sebab blm makan berat (belum makan berat ok.. bukan belum makan lansung) dari pagi.. So, selain dari pasar malam Brinchang, sub-objective kitorg dtg cameron adalah utk makan nasi goreng cendawan, mmg menu wajib tiap kali dtg cameron.. best sini sbb sayur dlm nasi goreng dia rasa fresh je.. (aku tak tau la sayur2 tu btl2 fresh atau influenced by our mind set that sayur yg di masak kat cameron mesti fresh! Hehehehe..)



Walau mendaki sampai ke Cameron Highland, makanan tetap ala Thai! Nampak tu, nasi goreng cendawan, sup tulang, telur bungkus. Tengah2 hujan ribut tu kitorg tetap order nak minum jus strawberry, malangnya strawberry abih. Upset!! Strawberry abih kat cameron highland?? Sungguh tak tercapai dek akalmu..

Lepas abih makan, hujan pun stop.. mulanya kitorg risau gak kalau hujan tak stop and pasar malam tak bukak, so means takde makna la kedatangan kitorg kali ni.. sbb objektif mmg nak gi pasar malam Brinchang tu je.. tak tau la kenapa best sgt gi pasar malam tu, best tgk org jual strawberry dan brokoli murah2 sebenarnya.. heheheh.



Muka kenyang.. dan happy sebab hujan berenti.. tapi skit upset sbb ptg tu kitorg beli baju hujan.. so tak sempat nak try pakai dan posing.. hehe..


Luckily hujan stop and pasar malam tu beroperasi seperti biasa.. Cuma aku rasa dulu pasar malam tu sebelah kiri jalan.. aku dgn Su confident je masa keluar dari gerai makan tu terus cross gi sebelah kiri jalan.. bila sampai tapak pasar malam tgk pasar malam dah ada sebelah kanan.. erkk.. sudah tukar kah?? Tak pasal je kena cross lagi sekali..

So here we go.. the pic of pasar malam Brinchang..


Macam pasar malam kat tmpt kita ni je.. cuma focus jualan lebih pada sayuran dan buah2an.. and souvenir ke, toys ke.. 90% menjurus ke arah strawberry.. tengok strawberry mesti aku ingat Aliyah.. strawberry short cake.. hmm rindu!!




Saja je aku amik khemah Majlis Daerah Cameron Highland tu.. supaya korg percaya yg kitorg mmg sewel, gi Cameron utk gi pasar malam je...

Cactus bersepah kat sini.. 3 for 5 hinggit.. 7 for 10 hinggit.. aku beli 7, balik tak tau nak letak kat mana so aku parked je atas fridge. Oja kata kalau ada cactus dlm umah bila malam dia akan keluarkan ion2 negatif dari dlm umah.. hmm.. tak tau la kat mana logiknya.. agaknya dia akan lepaskan duri2 dia mcm kita tgk kartun tu kot.. so ion2 negatif tu terlekat kat situ.. sbb duri kan tajam.. so negatif la, ion negatif plus duri negatif.. so positif la jadinya.. okayyy.. crappy.. just ignore that!!


Sayur-sayuran kat sini chantekkk... Aku seperti yg semua org tau mmg failed bab masak memasak ni tapi tak bermakna aku tak kagum dgn sayur2 ni.. hehe kagum je la kan.. and as usual aku mesti beli brokoli sbb murah.. 3 ketul brokoli besar tu baru 10 hinggit.. kalau kat KL 1/4 brokoli tu dah 3 hinggit lebih, tp sampai hari ni brokoli tu ada dlm fridge lagi.. aku tau brokoli masak butter je.. err bukan masak la.. rebus brokoli pastu mix dgn butter dan garlic.. better than nothing kan... :P


Lepas dah 2, 3 kali pusing pasar malam tu kitorg pun melangkah balik ke hotel. Dalam tak nak shopping pun tangan penuh gak dgn sayur, strawberry, teh, cactus.. tak perlu gi pavillion pun aku abih berpuluh2 hinggit kat sini je.. On the way balik hotel tu ada lak org jual buah tepi jalan, stop lagi sbb aku nak beli manggis.. aku mmg hantu manggis and tak tau la sbb cuaca sejuk, atau sekali lagi mind set, ataupun ilusi optik semata2.. aku nampak manggis yang diorg jual sangat besar dan sgt cantik isi dia.. 3 kilo 10 hinggit.. mmg puas hati lah sbb isi2 manggis tu semua perfect! Dan su beli durian, sebiji ada 3 ulas setengah (yg setengah tu portion kecik) pada harga 11 hinggit.. erkkkk.. tapi sedappp!! Sebab durian tak leh bawak masuk hotel, kita letak dlm bekas polisterin tu dan seludup bawak masuk gak.. hehehe..

Aktiviti lepas tu.. layan tgk movie kat laptop.. 2 movie kitorg layan sampai ngantuk2.. Definitely Maybe dan Happen In Vegas... lepas tu...tido..zzzzzzzz..

Pkl 7 am aku dah bangun.. (thanks for the wake up call.. nak bangun sendiri dlm cuaca sejuk macam tu.. jgn harapsss!!!). Uwaaa sgt berat nak bgn dari katil okayyy.. Masa tu rasa regret sgt sebab kena naik bas awal pagi.. sgt besttt tido dalam cuaca sejuk2 manja mcm tu... Tapi nak tak nak have to force myself to wake up gak..

*And aku dan Su tak abih2 berangan nak beli umah kat Cameron, supaya kitorg bole dtg bercuti.. ala2 istana hinggap gitu.. hehehe*

Pkl 9.30 kitorg sampai Tanah Rata, gi breakfast dulu, roti canai dan nasi goreng. Roti canai dia sedappp!!! Huhuuu.. tp nak order punya la panjang queue, so bila dah abih yg 1st attempt tu, tak bole dah nak order 2nd round sbb kalau order nak kena tunggu next queue la pulak.. and masa tu dah nearly time to naik bas..

Haa.. masa dtg kitorg eksyen kan naik bas VIP seat 30 hinggit.. bila balik tidak lagi.. hazabbbb!!! Bas yg tiket nya berharga 17.50.. setiap kali gerak aku rasa mcm lantai bas tu bergesel2 je dgn jalan raya.. and seat nya sgt laaa sempitt (bukan sbb kitorg terlebih 'cute' ok.. seat dia mmg sempit dan senget!!).. Mmg tak ter'describe lah penyiksaan dlm bas tuh..

Ye.. sila compare rupa bas ni dan saiz seat nya dgn rupa bas yg kitorg naik masa nak dtg.. langit dan bumi okayy!! And tempat letak beg kat atas tu takde penutup, setiap kali dia korner baring kat lereng2 bukit nak turun cameron tu, mata aku mesti fokus ke atas takut beg laptop aku terjun ke bawah!!!


Selepas semua kesengsaraan, kitorg sampai KL pukul 3.30.. then terus gi lunch kat Nandos. After that gerak balik dgn go through the same cycle again.. naik lrt, naik komuter, naik teksi.. huhuuu... buat masa ni aku sgt rasa tak nak naik public transport lagi.. sejak aku pindah ke apartment aku ni (kira2 8 bulan dah), ni la 1st time aku naik public transport and pengalamannya sgt la tak manis.. huhuuu... and aku dgn Su rasa kitorg tak nak gi Cameron lagi dah.. sbb dah tak de yg special kat sana, mcm dah bosan coz we already knew what to expect. Fun is when we can't expect what to be expected.. hehe pada aku la.. So, Su, we better find another location for next terjah.. Paris maybe.. muahahahhaha...

4 comments:

CaSRieNa said...

i was wondering why every time i planned cameron highland trip with suraya, it doesnt happen? but y after that, she can go with other people eh?? cud u pls explain??

NuiN said...

Thats why.. DON'T PLAN!! Hehehe.. utk jawapan yang lebih afdal, sila tanya tuan punya badan.. erkkk.. ;)

Unknown said...

mana starwberry akuuuuuu???? manaaaa??????????

Intan and The Boys said...

berdua pon jadik ek.
:)

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review