Aku rasa aku headache ni sebab pagi tadi aku terkejut jaga dari tido.. terus lompat bangun dari katil dgn heartbeat yg 110 km/h sbb aku dah terlambat nak gi keje.. Hehe.. ye sebelum2 ni aku tak heran gi lambat, tapi skrg attached to project so takleh la lambat sgt. Actually pagi tadi aku baru sampai dari Penang, kul 540 am mcm tu aku sampai umah. Bertolak dari Penang dalam kul 12 lebih tgh malam (ye.. balik ke Penang mmg berdesup je laju.. balik sini berat je rasa), tp sebab aku sgt ngantuk so aku stop tido kat R&R 3 kali! Tapi tido tak lama, dlm 15 minit.. 20 minit mcm tu je. Aku rasa tahap ngantuk aku teruk la semlm, sebab hari ni aku tak leh recall lansung whole journey aku mcm mana.. mcm tau2 je dah sampai KL.. hehe gilos! Sampai je umah aku terus tido.. padahal.. lagi 2 jam nak kena bangun gi keja.. tp aku tido gak, itu yg terkejut jaga bila tgk jam dah kul 9 tuh.. tido tak cukup, terkejut2 lagi, ada keja lak kat ofis..terus aku headache sampai skrg.
2 hari balik Penang xtvt aku full dan tiring! hari Sabtu awal2 pagi aku gi island, ada hal yang perlu di selesaikan, lepas dah setel urusan tu, aku dgn cousin aku lunch kat restoran mamak (nama pun balik penang kan...), then gi service keta aku kat area jetty ferry, and lepas tu gi Queensbay Mall (seriously, kat Penang itu je tempat yg aku tau nak pegi...), padahal kitorg tak beli apa pun sangat..berpusing2 kat Queensbay tu dari pukul 2 ptg sampai 6.30 ptg! Lepas tu aku antar cousin aku balik umah dia before aku balik ke umah aku.. Hehe.. penat jgn cakap la kan, nak tercabut kaki rasanya. Anyway i got one sandal, and one shoes (tak shopping SANGAT)..!!
Hari Ahad, pagi2 abah kejutkan aku (x de la pagi sgt) suruh bawak dia gi pasar.. hari ni abah bukak kedai (bapak aku bukak kedai makan ok.. sbb tu aku tak pandai masak.. sbb mak bapak pandai masak.. so takleh la semua pandai masak, nnt crowded kat dapur ramai2... hehehe). Ada citer kelakar terjadi kat pasar... hahaha.. meh nak citer dgn korang, masa sampai kat pasar tu, nak beli ayam je.. abah aku malas nak turun keta, so dia suruh aku gi beli, so dia bgtau la kat aku suruh beli ayam 3 ekor, potong 8.. (nak jual mana leh potong kecik2) bla..bla.. so aku pun masuk la ke pasar tu.. then aku terus je ke stall jual ayam yang 1st sekali aku nampak.. akak tak suka sgt gi pasar.. (dasar pemalas masuk dapur!), sebab becak2 kan.. so pegi stall paling dekat je (ye.. sila muntah kali ketiga dgn perangai mengada2 aku...). So, sampai je situ aku pun order la ayam.. mamat yg jual ayam ni cute..cute dlm erti kata chubby2.. kira kalau baby tu mmg rasa nak picit2 je la..pastu tgh aku dok berdiri tunggu dia siang ayam tu, dia dah start mengayat aku.. muahahhaha... (sila baca dgn slang Penang ye.. aku tak kuasa nak translate)
Tokey ayam: Mai sorang aja ka?
Aku: Tak.. dgn ayah (patut aku ckp je dgn laki...)
Tokey ayam: Duduk mana?
Aku: BM
Tokey ayam: Jauhnya mai sampai sini.. (pasar tu dekat Penanti, sapa org Penang tau la tempat2 nih)
Aku: Tadi pi Tasik Gelugor.. ramai sgt org kat situ tu yang mai sini. Ayam ni nak buat jual (akak tiba2 ramah la pulak kan..)
Tokey Ayam: Ooo.. meniaga kat mana?
Aku: Cherok to' kun.. (nama kampung aku)
Tokey Ayam: Kat mana?
Aku: Dekat dgn masjid tu.. to' kun bawah
Tokey ayam: Dekat mee kuah tu? (Ada mee kuah glamer kat kampung aku)
Aku: Tak.. sebelum tu lagi..
Tokey ayam: Kedai pokok buluh? (Ni competitor kedai bapak aku.. tapi kita tak gaduh.. kalau time lapar dan bapak aku tak bukak kedai kitorg makan gak kat kedai ni.. muahahha)
Aku: Sebelah tu la..
Tokey ayam: Ooo.. yang dekat used car tu? (Wahhh.. glamer gak kedai bapak aku! Mamat ni pun aku rasa on map kat dlm otak dia nak teka kat mana kedai bapak aku)
Aku: Haa betul la tu...
Tokey ayam: Tak pa lah.. harga ayam ni saya kira harga meniaga.. (keh keh keh.. akak dpt ayam murah hari tu)
So.. dah siap2 dia bungkus ayam semua, dah kira.. aku pun dah bayar, aku nak gerak la blah dari situ.. tapi sebelum tu aku perasan, apahal mamat ni kira harga ayam pakai handphone.. takkan berniaga tak sedia calculator ke apa kan..then dia cakap kat aku..
Tokey ayam: Ada nombor telefon? Nanti saya bole hantar ayam ke rumah.. (alahaiii taktik ko..)
Aku pun keluarkan handphone sebab nak bagi number phone bapak aku.. aku mmg la tak menghafal number bapak aku kan
Aku: Erm.. 017-XXXXXXX
Tokey ayam: Ni number sapa?
Aku: Bapak..
Tokey ayam: (Dia tak key in ok number bapak aku).. erm number awak tak ada?
Aku: (Akak blank masa tu.. nak cakap tak ada sah2 tgn aku pegang henpon...so aku sebut la..) 017-XXXXXXX
Pastu aku cepat2 blah SEBAB AKU BAGI NUMBER TIPU! Muahahaha..... Sebelum dia try call number tu baik aku cepat2 cabut...
I had enough of penjual ayam.. hehe.. citer lama...muahahaha..
*Ada org act mcm tak kisah aku kena ngorat, tapi asyikk la ulang citer tu 40x... elehhh.. cover la tuh!*
Lepas gi pasar aku balik kemas umah.. hmm tu aktiviti wajib setiap kali balik Penang... org lain balik kampung bole berehat2.. aku jgn harap la kan.. hehe.. akak kan cinderella.. :)). And mlm tu gerak balik KL dgn rasa yang sangat penat. Kul 8 lebih aku dah kuar umah, gi jumpa dua org yg penting dlm idup aku.. hmm... things does not go as smooth as expected..menyesal pun ada temukan diorg berdua. But its ok, at least ada gak part2 yang best... hehehe.. takleh citer lebih2.. biarlah rahsia.. muahahaha...

Hmm.. aku nak tido lah.. kepala makin sakit.
Chiaooo...
... -XoXo-
2 comments:
peminat dari penjual ayam?
oh noooo!!!!!
hehehehhehehh....
Time ekonomi tak bagus ni, bagus ada peminat yg membolehkan kita beli barang2 dgn harga murah.. muahahha
Post a Comment