Saturday, June 21, 2008

MC...

Posted by NuiN at 2:18 AM
Aku baru lepas makan sebiji burger pada pukul 1.30 am so aku tak leh memejamkan mata sebab perut penuh.. Hmm, siang tadi (Jumaat) aku mc sbb demam. Bangun pagi tu aku mmg rasa weak gila (plus malas tahap dewa nak gi ofis) so aku decide to mc. So pecah la rekod aku kat tempat baru ni, konon berazam tak nak mc selagi tak abih probation. Tapi masa dinner session kat Pyramid Tower hari tu, team leader aku buat presentation pasal Finance Team, then ada satu slideshow dia tu tulis Future.. means future of finance team la.. and nama aku ada dlm tu (actually nama semua finance consultant ada dlm tu.. muahaha) so aku rasa confirm la dia takkan failed kan probation aku.. muahaha.. so aku pun mc dgn senang hati :D. Tapi dlm kul 12 tu aku dah rasa mcm sihat.. (akak kan DQ as always) so terpaksa la siap2 nak gi klinik sebelum aku bertambah2 sihat.. kang tak pasal lak tak dpt mc. Tapi lupa la pulak yang itu hari Jumaat, aku keluar gi klinik kul 1 lebih.. most klinik REHAT sbb doktor gi solat Jumaat.. so aku terpaksa travel jauh skit ke Equine Park, gi klinik doktor non-muslim.

Belakon demam ek? Malas keja la nih...


Doktor cakap demam aku dah ok, cuma tekak aku merah dan batuk2.. Bila aku bgtau kat area umah aku ada denggi dan aku rasa demam dah 4 hari (akak sgt terpengaruh dgn persekitaran!), doktor tu kata kena buat blood test. Dia kata demam biasa pun bole jadi possible denggi, tak semestinya ada ruam merah. Whatever.. aku ckp, 'ya.. better be sure'. So, dah settle amik darah semua (dia ckp urat aku kecik.. so susah nak amik darah, sbb bila jarum dah masuk then urat aku mcm hilang..ye laaa.. ke dia nak ckp banyak sgt lemak sebenarnya sampai urat aku hilang dari penglihatan?? Hampehh!!) doktor tu bgtau dia akan call pkl 7pm utk bagitau result after blood to been sent to lab.

Aku ada satu habit iaitu bila aku sakit, aku gi klinik, langkah keluar dari klinik mesti aku akan rasa sihat.. (DQ kan???). Same goes that time, keluar je klinik aku rasa sihat.. so aku terus la buat aktiviti lain, gi bayar bil air, beli nasi utk lunch (at 3 pm :D.. konon2 nya pagi dan tgh hari tu takde selera... *ha..ha..ha*) then balik umah. Sampai umah aku terus makan aku nyer late lunch tanpa kompromi dan tanpa sebarang rasa sakit or demam lagi.. sorry doc. By the way, i got the mc walaupun doktor tu kata demam aku dah ok.. itu yg penting sebenarnya.

Around 4.30 aku kemas2 barang aku and drive back to Penang. Ingatkan jalan blm jem la aku keluar time tu.. huh.. end up kul 6 gak aku sampai ke tol Jln Duta.. 45 minutes after that the doctor call, UR BLOOD NORMAL... alhamdulillah.. terus takde rasa nyamuk kerumun2 lagi.. hehehe..DQ again!

Tapi.. mungkin akan ada satu masalah..ni takde kena mengena dgn nyamuk.. please somebody confirmed that malam2 mmg takde speedtrap kan? Aku kat Jalan Duta pada pukul 6 ptg, aku reached Tol Juru pada pukul 9.30 mlm.. and i made a stop at 3 R&R, Rawang to fill up fuel and isi angin tayar, Tapah to go to the loo, and Bukit Gantang to go to the loo and buy fruits for my parent.. so agak2nya berapa speed aku? Sendiri mau ingat la kan.. *sigh*. Seriously.. sekarang baru aku realize! (Chewahh.. kawan2 aku sah2 muntah tgk statement naive aku tuh)

Ye, scale meter keta aku sama mcm ni (tapi takde warning Over Speed tu la..), tapi korang rasa jarum meter aku sama ke dgn jarum meter kat pic tu.. 120 km/j?? Hmm.. tak leh sampai Penang dalam masa 3 jam 1/2 with 3 stops!

Hmm, takpe lah.. sapa yg kenal aku dah tau driving habit aku mcm mana kan.. nnt satu hari aku akan mengubahnya.. (iyooo lah!). Sampai Penang, settlekan satu urusan, nit not nit not kul 1 lebih baru aku sampai umah.. makan burger dan sembang2 sekejap dgn adik aku, then dia pun masuk tido.. Tinggal la aku sorg2 dgn tv on dan ngadap blog nih.

Awal pagi ni (Sabtu) pun ada urusan nak dilakukan lagi...tapi mata tak nak pejam ni.. bole ke aku bangun awal jap lagi?? Haihhh... *sigh*

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review