Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Kehilangan ketiga...

Posted by NuiN at 3:26 PM 0 comments
It's been few days that aku rasa nak menulis tentang ini.. Just that I'm a bit busy with my work so asyik la tertangguh.

For those who knew, it has been 17 days that my second brother passed away. Aku masih lagi bersedih..inside. I'm trying as much as I can not to show it to anybody. Neither my family, nor to my friends. I just act like I'm ok. Nobody knows that I'm still thinking about it, grieving on it and last nite, dreamt about him.

I was in Sarawak that day, 30th November, 2012.

Malam sebelum tu aku mimpi yang anak kepada kakak sepupu aku meninggal. He still a small boy, so pagi 30 November tu aku dok terfikir kan mimpi tu sambil berkata dalam hati, "panjang umur Aiman (sebab firasat orang mengatakan kalau kita mimpi seseorang meninggal, maksudnya orang yang dimimpikan tu akan panjang umur.. Wallahua'lam)"..

I didn't feel anything weird that day, just that I'm so excited to go back to KL and started planning to go to Bentong with my friend on the next day to eat durian. Few days before that, aku plan nak balik Penang, I already browse the flight schedule to fly directly from LCCT (after arriving from Sibu), last minit aku ubah fikiran. Sebab aku rasa sangat rushing kalau nak balik direct on the same day I arrived from Sibu. So, masa tu terfikir, better balik next week je coz I plan to buy IKEA's meatball for my brothers too.

Around 11:30 am aku terima call dari mak ngah dan Ejah (cousin). Tapi aku tak dapat nak pick up the call coz tengah meeting. And then mak ngah sent sms suruh aku call back sebab ada emergency. I had so many bad experience with the word EMERGENCY, so received a text message with an emergency statement is something yang akan buat jantung aku berdegup kencang. Without delay, aku call handphone mak ngah tapi line tak clear. So I went down, go out from the office and aku call handphone Ejah pulak. I'm not so sure whether line tak clear or Ejah was crying, all i can hear from her that time was "Amin...Amin..".. Lagi lah aku panik thinking what has happened to Amin? That time, it doesn't occur to my mind AT ALL, that the news I will receive is about Lan, my second brother. Ejah passed her phone to mak ngah, and until today, I still remember each word that mak ngah said to me, "Mak ngah on the way nak pi Cameron Highland, lepas tu Amin call, dia bagitau abang Lan meninggal..". I don't know how to explain what I felt that time. Aku terduduk kat tapak tiang ofis tu, and I was crying, asking mak ngah whether it's true. Otak aku tak boleh proses the news that time.. I don't understand how it happened and why it has to happened. I was thinking why he left me before I go back to Penang? Why he didn't tell me he was sick like my other brothers did? The last time I met him was on 19th November, 2 weeks before he passed away, why he didn't showed any sign that time? All the stupid questions occured to my mind and make me cried harder. And I was all alone that time, no families around, just few friends that I just knew during this project, make me feel like I'm going to collapse that time. I can't remember the rest of my conversation with mak ngah, yang aku ingat cuma mak ngah keep on saying, "sabar kakak, istighfar banyak2.." and I keep on crying.

After that aku call mama. Mama was so calm, telling me what has happened. Mama kata malam Khamis tu Lan masuk tidur lepas berbual dengan Amin dan mama. Mama kata malam tu dia asyik bergurau dengan Amin, sama-sama tengok gambar burung (their passion) kat internet, and laughed together. And malam tu jugak dia bawak kerusi roda mama, isi angin kat tayar kerusi roda tu (when all this while he never care). On Thursday, he didn't came out from his room at all. Mama did knocked few time through out the day tapi mama ingatkan dia tidur, or maybe dia dah bangun tapi mama tak perasan. One of his habit is to lock his room from inside so memang susah nak tau whether he's sleeping or awake. Came to Friday morning, he still didn't came out so mama dah rasa tak sedap hati. Mama asked Amin to break the door. When Amin and his friend broke the door, they found out Lan's body lying on his mattress, turning blue. He has left us by the time they found his body. Mama's story made me cry harder. I feel a very sharp pain inside knowing that my brother might be stuggling with pain before he passed away, and he was all alone. I keep on thinking that I should be there that time.. Same like mak ngah, mama keep on asking me untuk sabar, istighfar..everytime she heard me crying. I asked mama to wait for me before performing the funeral, but mama said she prefer to settle it as soon as possible. Doctor confirmed that Lan has passed away about 12 hours before they found him due to heart attack. For that duration of time, it is not a good idea to keep the body for some more time. So, bila aku fikir secara rasional, yea, i shouldn't be selfish and asked them to wait for me. Aku tak sanggup nak siksa jenazah Lan so aku cakap kat mama, "Takpe lah, tak payah tunggu kakak.."

The rest of the day was a history, I arrived Penang at 11 pm that night, everything has settled, all my uncles, aunties, cousins were at my house, everybody were there except Lan. On Monday morning, I went to visit his grave, I recited ya'sin for him and that is the second time I cried again.

Adik,
Semua yang berlaku ni sebenarnya macam mimpi untuk mama, kakak, amin dan seluruh keluarga kita. Pemergian adik memang tak terduga lansung, dan pemergian adik buat semua orang sedih, membuktikan betapa semua orang sayang kan adik. Kakak redha adik pergi. Kakak doakan kesejahteraan adik di sana. Walaupun dalam hati kakak masih sedih dan terkilan sebab tak sempat jumpa adik, tapi kakak yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua. Kita akan jumpa lagi di akhirat nanti.. Insyaallah.. Damailah adik di sana. Kami akan kekal merindui adik, abah dan Jiji..

Al - Fatihah
(Nur Azlan bin Md Baki - 04.03.1978 - 30.11.2012)

Tuesday, January 19, 2010

Satu kehilangan

Posted by NuiN at 4:23 PM 0 comments
Project dah go live, so skrg aku mmg lepak je, support for 2 weeks then akan kembali ke lubuk.. hehe. Mood malas menulis blog makin menjadi2 sekarang ni, cuba menukar blog template baru dgn harapan dpt aura baru skit tapi sama je aku rasa.

Nota kaki: Gigi dan gusi agak sakit berdenyut2 tapi takde berlubang pun, mesti sebab minum jus alpukat yang terlampau manis kat Belanga cafe tadi... sigh..

Last month aku bercuti selama 3 minggu.. hmm ambik.. kalau tak cuti sampai tak cuti lansung, bagus la jugak kena force abihkan cuti, so dpt cuti panjang. And sebab time tu cuti sekolah aku takde la plan for any vacation sbb malas nak bersesak-sesak dengan family2 yang bawak anak2 bercuti time tu. Maybe ada sebabnya Tuhan tak gerakkan hati aku untuk plan any vacation time cuti tu.. And antara sebabnya, 2 orang sepupu aku meninggal pada 26 December, serentak pada hari yang sama, waktu dan lokasi je different. Sorang meninggal dlm kemalangan bas Sani Express kat Jelapang pukul 1 am. Kalau korang ada baca berita, mangsa yang nama Noor Jismi Nordin tu adalah sepupu aku. The family called him Adik.

Arwah Jismi. Al-Fatihah

He is a good boy.. soft spoken, peramah dengan saudara-mara, dan friendly jugak. One thing yg aku (and the whole family) takkan lupa about him adalah when he was a small boy..kalau dia balik kampung kat Kedah je, confirm datuk aku risau.. sebab akan ada lah ayam atau itik datuk aku yang akan selamat kena buli atau kena panggang hidup-hidup..penangan Jismi. Itu lah cerita zaman kecil yang sgt sinonim dgn diri dia.. Definitely he will be missed by all of us. And the true story is, Jismi at first tak plan to go back to Perlis on 25th tu, sebab he supposed to work overtime on 26 Dec. So the plan is for him to go back on 26 after work. Tapi nak dijadikan cerita, the overtime work was cancelled so he bought the Sani Express bus ticket to go back to Perlis on the 25th nite, and dpt the last seat (seat number 48) that still available for that trip. Takdir Allah, Allah dah mengatur semuanya so kita sebagai hamba kena terima aja apa yang terjadi.

Masa terima news about Jismi, aku ada kat Setiu, Terengganu. Aku dgn few aunties, uncles, and cousins pegi sana on 25th Dec sebab nak melawat sorang cousin yang admitted kat hospital because of Leukimia. Jismi meninggal pada pukul 1 am, we received the news about 3 am, the same time cousin aku kat HUSM Kubang Kerian in a critical condition. This cousin, Mohd Nor Ikhsan, 21 years old, passed away at HUSM Kubang Kerian at 9 pm, about 20 hours after Jismi passed away. Semua sedara2 aku yang attend majlis tahlil utk arwah Jismi di Perlis malam tu, bertolak ke Terengganu pulak lepas tamat majlis tahlil tu. Its quite a tragedy for the whole family but memang Allah dah berkehendak macam tu.. Al-Fatihah to both of them..

*Mama terkenangkan arwah Jiji bila this thing happened, kata mama, ketiga2 diorg (Jiji, Jismi, dan Abg Chik (Ehsan)) meninggal pada awal Muharram, Jiji meninggal pada 1 Muharram, Jismi meninggal pada 9 Muharram, dan Abg Chik pada 10 Muharram.. Hmm..*

Friday, February 06, 2009

Momentmo = moment emo

Posted by NuiN at 1:57 AM 0 comments
Semalam tadi adalah moment emo aku.. ptg nya aku ajak Reen dan akak Zai keluar melepak, sebab otak aku dah sgt serabut.. aku tak nk jadi mcm sorang artis program realiti tu yg end up masuk wad psikiatri sbb tekanan (ala2 Melodi sgt kan statement..)

Melepak dan menggemukkan badan dgn diorg di Cozy Corner dan kemudiannya bersambung kat Strudels di Great Eastern Mall. Time makan tekanan semua hilang. Tapi tekanan skit la sebab makhluk dua org ni kononnya diet. Menyampah!! And sessi luahan perasaan berterusan as usual.. Aku rasa tiap minggu kita luahan perasaan yang samaaa je kan? Bila nak abih ni? Tapi aku sayang Reen dan akak Zai (ayat bodek..) sebab diorg selalu pasrah tadah telinga dengar luahan emosi aku, dan selalunya sebagai balasan aku tadah telinga dengar luahan emosi diorg lak... Dan skrg aku makin sayang Reen sebab sekarang bapak mentua dia ada keta hebat.. wei cilok aa satu hari bawak kitorg jalan2.. kedeks tul!

Sekarang masih emo, mata tak nak pejam, aku dengar Klasik Nasional. Lagu semua gila klasik dan leleh... Kalau bayangkan drama korea, lagu latar belakang skrg ini adalah sangat sesuai dgn situasi.

Tekak dah mula sakit.. batuk dah mula berkokol (batuk kokol?)..adakah esok siang akan demam?

Tapi esok siang tak bole demam... tak bole emo lagi..

Sebab aku nak pegi Singapore!!! Last minit plan dgn housemate ku yang mengongs tu.. suka sgt ajak aku buat last minit plan.. tak yah book hotel siap2 ek.. kita belasah je pegi. Takde hotel kita keluar tido kat tambak Johor. Tapi still happy nak pegi Singapore (malam ni la sebenarnya, Jumaat - malam) sebab bole tenangkan fikiran (checheche.. alasan nak berjalan), bole re-examine everything, bole shopping (yea.. itu yang MAJOR!) atau mungkin cuma window shopping sebab aku dah sengkeksss..

Yea!! Jom jalan2.. (lupa emo)

Sunday, November 16, 2008

One moment.. back to real world

Posted by NuiN at 9:36 PM 0 comments
Dah 2x aku mimpi abah sepanjang aku kat sini...errr dan since abah meninggal. Coz before this aku tak penah mimpi abah.

Huhuuu...aku rindu abah sebenarnya! Betul la kan, we won't really appreciate someone until we lost him/her. Not that selama ni aku tak appreciate abah, just that aku take things for granted, knowing that he'll always been there for me...sbb aku tak penah expect dia akan pergi secepat ini.

Kat wallet aku skrg ada pic arwah abah dan arwah Jiji.. aku tak nak koleksi gambar kat wallet aku bertambah lagi :'(


Oh yaa.. on a happy note, today is my beloved adik angkat's birthday! Happy birthday Pami! Hopefully u enjoy ur new life and happy forever. Dah nak jadi daddy tak lama lagi kan..so grow up pleaseeee!!!

Wednesday, October 22, 2008

Al-Fatihah

Posted by NuiN at 4:33 PM 1 comments
Sekalung takziah untuk housemate aku yang baru kehilangan neneknya sebentar tadi.

Su, be strong ok! Hidup kita, apa saja yang berlaku sebenarnya sudah dijanjikan.

Al-Fatihah.

Tuesday, September 23, 2008

1+1

Posted by NuiN at 12:31 AM 2 comments
Malam ni aku happy... someone makes me feel good.. *grin*.. dah ilang emo PMS siang tadi.. hehe drama sgt kan..

Tapi keje still belum siap.. yeaa aku mmg last minute freak!! Last2 minute baru la gelabah kan.. tapi this time aku amik konsep lantak la apa nak jadi pun, even system ntah hapa2 aku tak nak mintak postpone.. sebab kalau postpone of course aku kena buat lepas raya.. hmm aku tak nak aa beraya dgn kepala otak asyik pikir pasal system.. *loser with a big L*...

*Perasan tak aku membebel keje belum siap tapi aku blogging.. huhuuu... failed to da max!*

INSAF..SANGAT INSAF!!! But still.. banyak lagi keje lain kat dunia weh.. apahal ko gi buat keje tu??

Malam ni aku makan banyak.. Ye la selalu pun makan banyak.. tp jarang makan banyak kalau kat umah aku ni (refers to bulan puasa only).. bulan2 puasa ni aku cuma makan banyak kalau balik Penang atau kalau keluar makan dgn minah 2 org tu je.. tapi hari ni aku makan dan makan dan makan. Yeaa blame it on PMS!

*Buka puasa tadi aku makan KFC! Bukan snack plate.. tapi dinner plate okayy! Ayam 3 ketul.. coleslaw, whipped potato, bun, jelly ice cream.. then makan lak cookies buatan sendiri tu.. then makan anggur setengah kilo (hiperbola..)*

Hari ni dah Selasa.. esok Rabu.. yeaayy after 1230 beban aku selesai!! Cepat2 la abih KISS session ni, menyusahkan kepala otak aku betul.. Then Khamis.. then Jumaat.. yeayyy cutiii sampai next week!!

Tapi aku tak excited sgt nak raya... hmm banyak benda aku nak kena buat tahun ni. Salah satunya nak kena beli kordial utk sedekahkan kat orang2 kampung. Tiap tahun arwah abah akan beli kordial F&N tu, dan bagi kat org2 kampung.. bukan la satu kampung dia bagi.. aku rasa ada dalam 6, 7 umah kot yg selected.. so every house dia akan bagi 2 botol kordial. So tahun ni aku la yang nak kena sambung tugas tu.. nak harap Amin, bak kata mama, adik aku tu umur je dah nak cecah 20, perangai tak matang pun.. anak bongsu la katakan.

~Dan aku belum bayar zakat fitrah!! Oppsieee... Aku kena bayar utk semua orang kat umah.. in other word.. aku sebenarnya dah mcm head of the family lak sekarang aku rasa.. sigh~

And sejak mama not so capable utk masak2 yang over2 macam dulu, raya tahun lepas abah gi beli daging dan masak rendang.. yea he's a good cook.. tahun ni.. adakah aku masak rendang?? Alamattt... keracunan makanan la di pagi raya yang mulia. Hmm.. and tiap tahun bila raya abah yang selalu semangat ajak pusing pekan cari lemang yang orang dok bakar tepi jalan tu, tahun ni.. aku nak pusing dengan sapa?? :'( Sedeyyyy!!!

Even aku tak close dgn abah dalam bab2 bersembang2 or meluah2 perasaan, tapi aku close sbg anak yang selalu jadi driver abah (sbb bila dah berumur dulu dia makin malas drive) ke mana2, so.. hmm aku rindu abah sebenarnya. Dah 3 minggu since pemergian dia, bila aku balik Penang dan aku tak nampak dia lagi, aku dah start rasa rindu...

AL-FATIHAH.. Hargailah selagi korang ada abah, mama.. once gone, tak bole turn back time lagi.. sama gak hargai adik beradik korang, sebab bila dia dipanggil balik oleh Tuhan, tiap hari nnt asyik tgk langit je la (mcm aku masa arwah Jiji meninggal dulu) sebab terlalu rindu...

*Emo tone strike backs!*

Wednesday, September 03, 2008

Diari pemergian abah...

Posted by NuiN at 11:46 PM 7 comments
4 hari dah berlalu sejak pemergian abah. Mcm mimpi je aku rasa. Aku tak pernah expect aku akan kehilangan abah tahun ni, even aku tak expect abah akan pergi dalam masa 10 thn lagi pun. Aku selalu rasa abah akan hidup sampai umur 70.. 80 tahun.. Tapi hakikat yang tak boleh diubah, abah pergi meninggalkan kami semua pada 30 Ogos, 2008, pukul 1.43 am, 2 hari sebelum datangnya Ramadhan, pada umur 57 thn (abah bakal menyambut ulangtahun ke 58 pada 6 November ni).

5 hari abah di hospital selepas disahkan mengalami kerosakan both of his buah pinggang. Dua2 buah pinggang dia dah 100% rosak, dan penyakit dia dah di end stage.

Isnin 25/08/2008
Abah admitted di BM Specialist selepas dia alami bengkak yang teruk the whole body. Doktor bgtau buah pinggang abah dah rosak. Doktor bgtau kotoran dalam buah pinggang abah dah terlalu tinggi. Bagi org normal, kotoran tu bacaannya dalam 100+, tp dalam buah pinggang abah dah 1000+.
Aku bertolak balik dari KL lepas abih keja, coz adik aku Amin bagitau yg abah stabil so aku tak de la rushing sgt. Sampai BM pkl 10 aku terus gi hospital. Aku tgk badan dan muka abah bengkak tapi abah still nampak ok. Boleh bercakap mcm biasa. So aku balik umah dulu coz malam tu kakak abah, Ngah decide nak accompany abah kat hospital.

Selasa 26/08/2008
Hari ni aku decide nak work from home dan nak suruh Amin jaga abah kat hospital. Aku nak amik shift malam jaga abah. Tapi awal2 pagi Ngah dah call bgtau doktor nak jumpa aku. So, terpaksa amik EL coz aku tau it will be a long day for me. Lepas siap mandi, aku dgn Ejah (cousin aku yg sgt close dgn aku, she's a nurse at Penang GH, and she always been part of my strength) terus gi BM Specialist. Lepas tgk abah, aku gi jumpa doktor yg in charge kes abah. So doktor tu bgtau aku yang kidney abah dah rosak and need to do dialisis. Dia suggest utk aku transferkan abah ke General Hospital kat Penang, sbb abah ada pencen, so dia kata buat apa nak buang duit kat private hospital mcm ni. Di private hospital, first dialisis will cost us RM8K, and abah will have to undergo few dialisis before discharge from the hospital. Furthermore, the specialist that come to BM Specialist, is also a full time specialist at Penang GH, so its still the same.

So aku agree to transfer abah to GH Penang, aku tak nak sebab duit nnt rawatan abah terganggu. Pertama kali dalam hidup aku, hari ni aku mandikan abah. Ye.. itulah kali pertama dan terakhir :(. Dalam pukul 2 ptg, aku dgn Ejah bawak abah ke GH Penang. Kami pergi dgn kenderaan sendiri coz abah tak nak naik ambulan. So aku drive abah ke sana. Dalam kereta abah sesekali penat.. so sambil sebelah tgn pegang stereng kereta, sebelah tgn lagi aku urut dada abah.

Dalam pkl 4 ptg, abah dimasukkan ke wad 7 GH, Penang. Ptg tu abah nampak sihat, still bole argue dan tipu2 doktor (aku tau few things dia tipu doktor specially bila doktor tanya bab ubat2 yang dia ambik). Pkl 7 aku berkejar balik rumah (jarak umah aku ke hospital tu is about 45 minutes) utk mandi, dan Ejah lak nak kena amik keta dia kat umah aku coz esok dia dah nak keja. Nearly pkl 9 aku sampai balik ke hospital, makcik aku yang tolong jaga abah sementara aku balik mandi. So kitorg tukar shift. Masa aku sampai abah tgh tidur. Abah suppose buat 1st dialisis malam ni tp doktor cakap tak jadi sbb blood pressure abah rendah dan darah dia cair. So diorg kena stabilkan dulu blood pressure dia dan pekatkan darah tu dulu. Plan to perform the dialisis tomorrow.

Pukul 12 malam abah terjaga.. mula2 dia cakap dgn aku nak makan cucur pisang, masa ni aku dah cuak, apahal tgh2 malam nak makan cucur pisang. Then dia nak turun katil, bila aku tanya nak gi mana dia kata nak mandi.. tapi aku tak bg coz dah tgh malam. Start dari pkl 12 tu abah dah start meracau dan bercakap yang merepek2 sampai ke pagi. Kalau aku nak tulis kat sini mmg panjang berjela. Aku mmg tak pejam mata sepicing pun coz abah tak tidur dan tak henti2 bercakap. Dia kadang2 macam khayal.. mcm tak sedar dia ada kat hospital. And kadang2 dia mcm nampak benda yang aku tak nampak. Experience jaga arwah Jiji (arwah adik aku) kat hospital buat aku sgt nervous bila abah sebut perkara2 yang pelik yang buat aku rasa nak menangis. Aku ingat lagi, dua perkara yang abah sebut yang masa tu mmg aku rasa nak meraung..
1) Abah tunjuk arah siling, pastu dia cakap kat aku, "ambil kain dua, bagi dia satu (tunjuk ke kiri), dia satu (tunjuk ke kanan).. Seriously saat tu aku rasa nak meraung!!
2) Abah turun katil..lepas dah duduk kat kerusi lama skit dia cakap "Dah lah nak tidur.. tak tahan dah mengantuk sgt ni". So aku tanya la "abah nak naik atas katil balik ka?" Abah jawab "tak.. nak tidur.. nak tidur terus". Bayangkan lah perasaan aku, masa tu pukul 5 am.. aku cuma berdoa supaya cepat siang sebab aku punya takut masa tu tak tau nak cakap dah..

Rabu 27/08/2008
Amin datang awal2 pagi utk ganti aku. Aku hope hari ni aku bole sambung keje aku yang tak siap2 lagi tu. Balik umah aku terus cerita dgn mama tentang abah meracau2 dan bercakap merepek2 malam tadi. Mama kata (mama aku ex-nurse, skrg dah pencen) kalau kidney failure mmg mcm tu, bila kotoran dah banyak dalam darah, dia mmg akan meracau2. So aku lega skit..

Tgh hari aku bawak mama gi hospital. Plannya lepas antar mama gi hospital aku nak balik sambung keja (plan asalnya hari ni aku work from home). Tapi baru je sampai kat perkarangan hospital aku received call dari Ejah. Bila aku jawab call aku dgr suara dia dah mcm orang menangis suruh aku naik tgk abah. So aku suruh Ejah turun ambik mama dulu and aku gi cari parking. Punya la jauh gila aku dapat parking tapi dah tak peduli dah masa tu. Aku jalan selaju mungkin sebab terfikir apa yg jadi kat abah. Bila aku naik atas aku tgk doktor tgh pasang alat bantuan pernafasan kat abah dan masa tu abah unconscious. Ejah kata masa dia naik atas tgk abah, dia panggil2 abah tapi abah tak menyahut lansung..

Then one of the pakar perubatan kat hospital tu jumpa aku, mama dan amin. Dia bgtau yang abah tenat. Diorg dah try nak perform dialisis hari ni tapi tak boleh sebab oksigen dalam badan abah kurang. Abah sekarang kena bergantung pada mesin pernafasan. Doktor tu bgtau yang keadaan abah is not good. Both his kidney dah rosak 100%. At anytime, abah bole meninggalkan kami semua.

Malamnya diorg buat dialisis dalam keadaan abah tak sedar sebab diorg dah bagi abah ubat tidur utk relaxkan jantung dia. 1st dialisis completed successfully tp abah tetap unconcsious. And aku tetap tak leh tido sepicing pun. Malam ni aku jaga abah dgn adik mama (Mak Ngah) dan Ejah. Dalam pkl 3 am abah bukak mata, tapi sikit je.. mak ngah suruh kitorg baca yassin.

Khamis 28/08/2008
Tgh hari aku balik umah bila saudara2 yang lain datang untuk take over tengokkan abah. Sampai umah lepas makan, mandi, tukar baju, aku terus drive ke Penang semula. Sampai je kat jambatan aku terima call dari cousin aku ckp abah tenat balik. Seriously setiap detik adalah sgt mencemaskan dalam hidup aku. Aku sampai jadi nervous setiap kali handphone aku berbunyi. Dah la masa tu org balik keja so jambatan sgt la jem!

Bila aku sampai kat hospital aku tgk abah dah tidur. Aku tanya mama apa yang jadi, mama kata tak ada apa, abah cuma sedar then gerak2 mcm tak selesa.. huh lega..

Malam ni they perform 2nd dialisis pada abah.

Malam ni aku jaga abah seorg diri. Ejah temankan aku sampai 2 pagi then dia balik umah dia coz aku dah sgt ngantuk.. nak bersembang pun tak daya dah. Tapi bila masuk dalam wad bukannya aku bole tidur pun. Ada cina tua memekak dari malam sampai pagi.. asyik jerit "Ah maaaa.... ah maaaa".. mula aku ingatkan si tenggang mana la masuk hospital. Sebab aku penat sgt aku amik satu blanket hospital dan letak kat besi palang katil abah, so aku letak kepala aku kat situ. 200% tak selesa lansung! And abah banyak terjaga malam ni so aku mmg tak tidur.. setakat pejam2 je tapi lebih banyak aku lompat bangun setiap kali abah bergerak.

3 hari asyik berdiri.. kaki aku bengkak tahap maximum.

Jumaat 29/08/2008
Hari ni abah dah sedar. Bila aku cakap abah dah boleh mengangguk atau menggeleng. Blood pressure dan jantung abah getting ok. Oxygen pun dah bertambah. Aku sgt2 yakin yang abah getting better.

Amin dan seorg cousin aku dtg utk gantikan aku. Dalam pkl 11 lebih aku balik umah. Sampai umah je terus makan nasi.. then semua orang suruh aku tido.. and aku pun rasa aku perlu tido sbb aku dah mcm zombie.. even time drive pun aku dah asyik2 terlelap.

Aku rasa dalam sejam je kot aku tido, telefon aku bunyi lagi.. lompat bangun lagi! Amin call bgtau abah tiba2 penat, dan jantung abah stop once. And now doctor perform CPR supaya abah bernafas semula. Terus aku hilang ngantuk, capai towel, gi mandi and siap2 utk ke hospital semula. Heartbeat aku masa tu jgn cakap la.. dah level bole collapse!

Sampai hospital aku tgk abah tidur.. doktor bagi dia ubat tido. Then doktor buat another dialisis. Kali ni dialisis buat waktu siang and abah unconscious.

Lepas dialisis abah dah sedar. Paling mengejutkan abah dah start senyum dgn org2 yg dtg melawat dia. Even dia tak bole bercakap tapi ni pertama kali dia senyum since he's critical. Seriously, harapan aku sgt tinggi yg dia getting better.

Time maghrib aku balik umah kejap nak tukar kereta coz aku gi hospital ptg tadi dgn kereta mama. And kereta tu akan expire road tax tgh malam ni, so aku kena balik antar kereta tu dan amik kereta aku and come back to hospital.

Aku keluar umah agak lambat.. dalam pkl 11, then singgah beli burger utk Ejah, Amin, Fazli (cousin aku) dan Mak Ngah yang tgh tunggu abah beramai2 kat hospital. So aku sampai hospital dah pkl 12.30 tgh malam (which is already Sabtu).

Sabtu 30/08/2008
Sampai kat hospital aku tak terus gi tgk abah. Aku lepak kat luar dgn Ejah, Mak Ngah dan Fazli. Amin ada kat dalam wad tunggu abah. Dalam setengah jam berbual suddenly Amin keluar dgn muka berpeluh2.. dia bgtau abah jadi lagi mcm siang tadi. Aku dgn Ejah terus gi masuk dalam wad.

Masa aku masuk aku tgk doktor semua tgh buat CPR. Aku tak nampak apa diorg buat coz diorg tutup bed abah dgn kain tirai tu tapi aku nampak diorg tolak keluar masuk mesin2 tu. Lepas 10 minit doktor keluar bgtau abah dah ok tp dia unconcsious. Tp doktor tu bagitau aku yang jantung abah dah tak stabil. Diorg akan perform another dialisis esok. Dia cakap diorg akan terus perhatikan dia dan akan keep on doing the same procedure everytime the same thing happen. Dan dia cakap yang dia terpaksa bagitau aku, dalam keadaan abah sekarang, dia boleh meninggal pada bila-bila masa saja.. :'(

Dalam 2 minit lepas tu, jantung abah stop lagi sekali. Doktor semua lagi sekali kelam kabut perform the same procedure, CPR. Bila diorg dah berjaya kembalikan beat jantung abah, doktor tu jumpa aku lagi. Dia bgtau yang jantung abah sekrg act reverse. Even diorg perform cpr dan stabilkan abah punya heart beat, jantung dia akan act reverse lepas tu dan repeat the same yang mana jantung tu akan stop lagi. Then doctor tu come out dgn satu soalan yang buat aku rasa nak pitam masa tu,

Doctor: Apa pendapat you? You nak kita terus repeat the same procedure everytime it happen or you want to put a stop? Procedure yang kita perform skrg ni not helping anything, we just panjangkan his time. And as you can see the attack will keep on repeating and he's suffering. I hope you understand my point here.

Aku: When you say put a stop, what do you mean? Is it like you take out the support system or what?

Doctor: No, it means that if the same thing happen again, we won't perform the same procedure. We just let him go.

Aku: I need to call my mum and talk to her on this. And dont worry, i understand the whole situation.

Aku terus call mama lepas tu. Dgn sebak2 aku citer kat mama the whole situation, bila aku tanya pendapat mama, mama tanya pendapat aku pulak. Last2 aku cakap, "mmg susah utk kita let go abah, tapi kakak tak sanggup tgk abah suffer lagi. Kakak redha je kalau kita kena put a stop asalkan abah tak terus tanggung sakit mcm ni." And mama cakap itu jugak yg dia fikir cuma dia nak dgr apa pendapat aku dulu.

Lepas cakap dgn mama aku masuk balik dalam wad nak bgtau decision aku pada doktor tu, baru je aku langkah masuk mak ngah dah cemas2 panggil aku suruh tgk abah.. jantung dia dah start stopping again. Aku pegi kat abah, ucap Lailahaillallah kat telinga dia.. masa tu doktor tanya apa decision aku, so aku just cakap,
"Put a stop. I dont want to see him suffer anymore. "
So, doktor tu just watch the monitor and tell us that abah still ada lagi. Aku terus mengucap kat telinga abah dan mak ngah mula baca surah yassin. Dalam 2 minit lepas tu, doktor bagitau Ejah yang abah dah tak ada.

Abah pergi tenang sangat. Tak ada sebarang bunyi yang keluar di akhir hayat dia. Dan masa di rumah, aku tgk wajah abah senyum. Semua org cakap macam tu. Dan urusan bawak balik mayat abah dari hospital pun cepat sgt.. dalam masa setengah jam aja kitorg dah dapat bawak balik mayat abah.

Masa aku buat decision tu aku fikirkan aku kuat. Tapi bila doktor bgtau abah tak ada, aku kalah gak dgn perasaan aku. Aku menangis even aku sebenarnya dah bersedia untuk kehilangan dia. Aku tau aku akan rindukan abah. Aku bersyukur aku sempat minta maaf pada abah di saat dia masih sedar, walaupun dia tak mampu nak bercakap masa tu, abah anggukkan kepala bila aku cakap aku minta maaf atas segala dosa aku pada abah. Aku juga minta maaf bagi pihak Lan dan Amin, dan abah anggukkan kepala jugak masa tu. Dan masa abah masih sedar gak aku berjanji dgn abah yang aku akan jaga mama, lan dan amin kalau apa2 terjadi. Dan masa abah sedar gak aku bagitau yang aku dan adik2 sayang kan abah.. something yang aku tak pernah ucapkan masa abah sihat. Dan masa abah sedar gak aku cium dahi abah, juga something yang aku tak penah buat masa abah sihat.

Hmmm.. aku rindu abah!

AL-FATIHAH

Monday, September 01, 2008

Al-Fatihah

Posted by NuiN at 1:46 AM 2 comments
Just having a quick look at my blog coz dah seminggu aku tak menjenguk di sini.

I'm currently in a deep sorrow and grief. My beloved dad passed away on 30th August, 2008, @ 1.43 am, at Penang General Hospital due to critical kidney failure.

4 days spending my time being with him in the hospital, really make me strong now as i choose to see him 'go' in peace rather than seeing him suffer all those time.

I will write about my dad's story later.

After he passed away, the family is now become my responsibility. Too many things that need to think of, need to be settled, need to be done.

Too many challenges also that i need to face, especially from his siblings. But i will do what i need to do to protect my mum and my brothers, coz that what i promised him before he died.

And today is 1st Ramadhan (i'm thankful that my dad passed away during Ramadhan), i would like to appologize for any wrong doings, or any harsh words or any of my action that hurt all of the readers here.

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review