Saturday, June 20, 2009

When i really miss him...

Posted by NuiN at 1:00 AM
Esok hari bapa.. hmm luckily aku tak penah celebrate hari bapa, kalau tak confirm aku sedih esok.. Though the thought of hari mengenang bapa itself dah memang buat aku sedih la kan.. Not that aku tak appreciate arwah abah semasa hayat dia tapi he's not the type of person yang sentimental so tak celebrate father's day ke, birthday dia ke, he's fine with it. So mama is more lucky coz aku suka je bagi present kat mama time mother's day and her birthday.

Dulu-dulu penah juga came to my mind the thought of 'sapa yang aku sanggup kehilangan dulu, mama or abah?', and masa tu aku terfikir, aku lebih sanggup hilang abah dulu compare to mama (still that time aku hope aku takkan hilang both laa.. just hipnosis je..). Aku rasa aku will be ok in whatever situation pun as long as mama still around.. sbb aku lebih attached to mama, berciter pasal keje aku, kawan-kawan aku, daily activities aku.. so aku tak bole imagine my life without her. But now, when the reality hits me, baru aku realize, aku juga tak boleh kehilangan abah.. though that sense came a bit too late already. Aku perlu they both in my life through my whole journey sebenarnya. Sejak abah tak ada, aku kerap teringat abah, mimpikan abah... Bila aku ada at my low point, sgt down, or anything mengganggu fikiran aku, for sure aku akan teringat abah. Rasa rindu menggigit hati.. (puitisnya aku...).

Atas bahu aku ada full of responsibilites, as a human ada masa aku rasa letih.. rasa tak terpikul dah semua tu. Not that aku menyesal atas apa yang Tuhan dah takdirkan, aku terima je apa pun yang datang. Whatever happened before, or will happen later, semuanya jadikan aku manusia yang kuat. My family is my priority, other than that, aku tak peduli sangat orang nak cakap apa pun. Aku tak pernah terfikir untuk lari dari tanggungjawab aku, eventhough kadang2 ada rasa rasa yang bercampur. Dan bila ada rasa bercampur mcm ni lah aku automatik teringat abah.. Dan skrg aku realize, arwah abah lah kekuatan kami selama ni.. Aku mula nampak fragile nya mama bila abah tak ada. Dan bila aku fikir secara positif, itu buat aku kagum sebenarnya, selama ni rupanya abah adalah kekuatan mama, dan mama adalah kekuatan abah.. Dulu aku cuma fikir mama adalah kekuatan abah, aku tak nampak abah jadi tunggak kekuatan mama sebab aku anggap mama memang kuat by nature. Tapi sekarang baru aku nampak, and aku jadi sangat kagum how their love strengthen each other.

Abah,
Kakak doakan kesejahteraan abah (dan Jiji) di sana. Kakak masih berpegang dengan janji kakak pada abah untuk jaga mama, Lan dan Amin. Ada masanya kakak rasa hampir kalah dengan keadaan, tapi ingatan kakak pada abah forced kakak untuk kuatkan semangat. Kakak selalu rindu abah.. But i can't tell it to anyone.. maybe i just tell it to someone bila rindu tu dah terlalu sangat.. tapi kakak tak pernah share rasa rindu kakak pada abah dengan mama or adik-adik. Sebab kakak tak nak diorang tengok kakak lemah, rasa rindu tu buat kakak jadi lemah, coz i will cry.. Kakak tak nak mama dan adik-adik tengok kakak menangis.. Dan berusaha menonjolkan diri sebagai kuat tu kadang-kadang sangat mem'pressure'kan..

Al-Fatihah untuk abah dan Jiji... walaupun kakak ingin terus jadi kuat, kakak tak mungkin berhenti merindui abah dan Jiji selagi kakak hidup..

:'(
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review