Friday, March 20, 2009

Take a break!

Posted by NuiN at 1:49 PM
Wahh ngantuknyaaa.. padahal keja sebebanan beratur ambik nombor untuk disiapkan. Tgk pic baby kat atas tu buat aku terfikir, kita yang keje dgn computer kalau ngantuk tersengguk ke pc atau laptop, kalau tukang kasut macam jimmy choo tu ngantuk mesti tersengguk mcm baby tu kan.. keh keh keh.. pastu spray kasut yang korang tengah pakai skrg tu tak nak bagi ada kesan bau air liur basi.. yeaaawwww...

Kehidupan masih lagi busy.. penat wehh.. tiap hari aku balik keja paling awal pun pukul 7 malam (tak perlu la amik kira aku masuk keja kul 1030 pagi kan.. hehe masa balik yang penting). And every Friday aku akan drive balik ke Penang yang kekadang buat aku rasa jari-jari aku cramped kat stereng keta! Tapi minggu ni aku tak balik so esok aku nak tido dari pagi sampai Ahad!! Which is.. not so true.. aku dah ada list dalam kepala, nak mop umah, kemas umah, BUAT KEJA OFIS.. (sigh... @&**#$%%!!@@??**!!).

Oh yea.. sapa nak tgk citer Confession of a Shopaholic secara online, click kat link bawah ni.. aku belum khatam, minit ke 20 je aku dah ngantuk.. ok weekend ni aku khatam kan, nak khatam kan slumdog millionaire jugak.. see semua benda nak wat weekend ni..


Housemate aku ada ringtone baru untuk incoming message yang buat aku rasa nak lempang je dia dan telefon dia sekali. Bunyi anak kucing yang sangat real! Dah 2, 3 kali aku terkejut dgn bunyi tu. Meremang bulu roma okay... Kalau bulan depan korang dengar aku di diagnose dgn sakit jantung, sila refer ke housemate aku dan handphone dia yang mengiau-ngiau tu... Punya banyak mp3 bole buat ringtone, perlu ke bunyi kucing??? Siap cakap bunyi kucing memeriahkan umah aku.. Bunyi kucing di rumah orang yang tidak mungkin bersahabat dgn kucing, relevan kah??

This will be my door sign, car stickers, book markers, wallpapers bla..bla..bla...

I knew my housemate will wish for this to happen.. Haha.. U WISH!!!

Tapi to confess, aku bukan benci kucing (sort of..), aku TAKUT kucing... seriously korang tak yah la psycho aku ckp try pegang ke, tgk muka dia cute ke apa ke.. takde maknanya semua tu. Paling aku tak suka kalau kat gerai makan and kucing tu mengendeng kat tepi, ada kawan aku kononnya nak menenangkan aku la, siap cakap, "buat tak tau je kat kucing tu..", BUAT TAK TAU?? Sah-sah la dia dok menenggek kat bawah tu memandang aku.. takde makna ok semua ayat2 tu..

But i love Garfield!!!

Satu-satunya kucing yang berjaya me'macho'kan diri aku.. satu-satunya kucing yang berjaya melepasi kadar piawaian penerimaan aku terhadap kucing-kucing sedunia! You go Garfield!!

Ok lah.. sambung keje!!

1 comments:

Diana Ishak said...

sangat ngerinya baca quote kat baju tshirt tu

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review