Thursday, March 12, 2009

Entri takde motif.. hanya luahan perasaan

Posted by NuiN at 11:33 PM
Sekarang adalah bizi kuasa 16 blogger-emoticon.blogspot.com dan sangat malas nak update blog. Last Tuesday aku sampai having panic attack, serious rasa nak menangis sebab banyak sgt benda nak settle kan, hal keja, hal personal.. mmg aku rasa tak cukup tangan masa tu. Menyesal lak rasanya bersenang-lenang 3 hari kat kampung masa cuti Maulidurrasul tu, kalau aku buat keja kat umah masa tu mesti aku tak pressure sgt bila balik KL blogger-emoticon.blogspot.com

Anyway, happy happy coz esok dah Jumaat.. at least i got Saturday and Sunday to get my mind off from work.. Walaupun aku ada sikit berazam untuk bekerja di weekend ini, kononnyaaaa...........

Bulan ni adalah bulan vandalisme dalam hidup aku. Sgt tensi! Cermin keta crack, lampu depan sebelah kanan blow out, lampu living hall sesuka ati dia kejap menyala kejap padam, and yang paling tahap dewa sekali bila pagi tadi aku bangun and tengok grill umah aku kena kopak!!! Aku pelik gak masa aku buka pintu pagi tadi, sebab belum ada sesapa pun keluar dari umah, i'm da first tapi grill dah terbukak, and pad lock elok je sangkut kat grill (kitorg mmg tak kunci pad lock tp kita letakkan kat tempat pad lock tu nampak seolah-olah di kunci la). And bila aku nak kunci grill dari luar baru aku realize yang grill tu kena kopak. Sebab lubang kunci tu dah bengkok ke dalam. Masa tu aku tak terfikir risau ke takut ke hapa, tapi aku sangat hangin.. blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com sebab kepala otak aku dok fikir banyak benda aku nak kena settle dgn duit bulan ni, tiba2 pintu umah pun buat perangai. blogger-emoticon.blogspot.com Dipendekkan citer aku berjaya membetulkan balik lubang kunci grill tu, sib baik.. kalau tak letih la aku nak keluar duit utk repair grill tu pulak. Tapi pelik kan, blogger-emoticon.blogspot.com kalau orang nak pecah masuk umah.. kenapa dia stop lepas dah berjaya bukak grill? Sebab main door tak berusik lansung. And kalau orang yang nak pecah masuk, mesti org yg ada access utk masuk apartment ni.. Hmm, ke salah umah??? Macam nak rak godek kunci and bila berjaya baru realize tersalah umah??

blogger-emoticon.blogspot.com KO REPAIR BALIK GRILL AKU SEKARANG!!!

Hmm.. hopefully takde apa2 lah.. maybe esok aku report kat guard tu.. just as precaution.. Apa je la yang ada dalam umah aku ni yang orang nak masuk.. melainkan ada 3 anak dara yang cute miut je la.. (3 termasuk seorang minah yang kononnya mencari ketenangan kat umah aku... tenang keee???)

Sekarang ni aku tengah fikir pasal lampu ni, try recall balik mcm mana caranya pakcik aku tukar lampu aku hari tu... huhuuu blogger-emoticon.blogspot.com

Kadang-kadang aku penat la.. aku rasa life aku ni penuh sangat dgn responsibility, balik Penang aku kena responsible dengan semua perkara kat sana, balik Selangor aku kena responsible dengan semua perkara kat sini, at one point aku rasa mcm *SERIOUSLY!! GIMME A BREAK!!* blogger-emoticon.blogspot.com

Time-time mcm ni mula la terasa nak gi bercuti escape from reality lagi kan.. Sangat indah!! blogger-emoticon.blogspot.com

Hmm.. seikhlasnya kadang2 aku terfikir gak, bila la aku boleh duduk yang tenang mcm orang lain.. blogger-emoticon.blogspot.com

Ok lah.. stop emosial moment.. layan emo tak leh lama-lama, nanti apa pun tak menjadi..

~RANDOM RUMBLING~

* Hari ni aku asyik makan jelly kelapa muda yang aku beli kat Bangi.. sangat la sedapsss!! Tapi cuma bole beli time work from home je, sebab lepas pukul 5 ptg jelly kelapa muda tu mesti dah sold out (based on experience). Teringat pertama kali aku makan jelly kelapa muda ni kat Kota Kinabalu, terus ter'influence sampai sekarang. Tapi so far aku baru jumpa kat Bangi je.. Buat sendiri?? Kirim salam!!

* Siang tadi aku gi post office (sebab aku WFH so bole curi2 time utk keluar settlekan masalah rumahtangga...), nombor giliran aku 1058, nombor masa tu 1046. Lepas aku duduk kat kerusi seorang pakcik hulurkan tiket nombor giliran dia kat aku, sebab dia dah nak keluar dan dia tak nak tunggu kot (aku assume la, sbb dia tak cakap apa pun, cuma cakap, "nah dik" sambil hulur tiket). Nombor tiket tu 1054.. save 4 number. Aku tak sempat tgk muka dia sbb lepas cakap terima kasih pakcik tu dah laju keluar dari pejabat pos. Tapi aku tau dia bukan jelmaan malaikat sebab aku nampak dia tolak pintu dan bukan meresap ilang. Cuma aku tak tau kenapa dia pilih nak bagi number tu kat aku dan bukan orang lain. Hmm.. maybe baju aku ketat sangat.. Damn!!

* Aku terjumpa movie Confession of A Shopaholics yang boleh ditonton secara online dalam bentuk flash. Aku memang sangat gilakan buku siri (ke siri buku??) Shopaholics so aku sangat tunggu filem ni. Walaupun excited nak tengok tapi aku belum tengok pun even dah dua hari movie tu ada dlm laptop aku. Sebab movie tu ambil masa 4, 5, 6, 7 jam untuk clear buffer, and bila dah sedia untuk di tonton secara comfortable, aku dah ngantuk. And esok nya aku ulang lagi proses yang sama...

* Esok Matta Fair start kan??

Sekian.

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review