Semalam tadi adalah moment emo aku.. ptg nya aku ajak Reen dan akak Zai keluar melepak, sebab otak aku dah sgt serabut.. aku tak nk jadi mcm sorang artis program realiti tu yg end up masuk wad psikiatri sbb tekanan (ala2 Melodi sgt kan statement..)
Melepak dan menggemukkan badan dgn diorg di Cozy Corner dan kemudiannya bersambung kat Strudels di Great Eastern Mall. Time makan tekanan semua hilang. Tapi tekanan skit la sebab makhluk dua org ni kononnya diet. Menyampah!! And sessi luahan perasaan berterusan as usual.. Aku rasa tiap minggu kita luahan perasaan yang samaaa je kan? Bila nak abih ni? Tapi aku sayang Reen dan akak Zai (ayat bodek..) sebab diorg selalu pasrah tadah telinga dengar luahan emosi aku, dan selalunya sebagai balasan aku tadah telinga dengar luahan emosi diorg lak... Dan skrg aku makin sayang Reen sebab sekarang bapak mentua dia ada keta hebat.. wei cilok aa satu hari bawak kitorg jalan2.. kedeks tul!
Sekarang masih emo, mata tak nak pejam, aku dengar Klasik Nasional. Lagu semua gila klasik dan leleh... Kalau bayangkan drama korea, lagu latar belakang skrg ini adalah sangat sesuai dgn situasi.
Tekak dah mula sakit.. batuk dah mula berkokol (batuk kokol?)..adakah esok siang akan demam?
Tapi esok siang tak bole demam... tak bole emo lagi..
Sebab aku nak pegi Singapore!!! Last minit plan dgn housemate ku yang mengongs tu.. suka sgt ajak aku buat last minit plan.. tak yah book hotel siap2 ek.. kita belasah je pegi. Takde hotel kita keluar tido kat tambak Johor. Tapi still happy nak pegi Singapore (malam ni la sebenarnya, Jumaat - malam) sebab bole tenangkan fikiran (checheche.. alasan nak berjalan), bole re-examine everything, bole shopping (yea.. itu yang MAJOR!) atau mungkin cuma window shopping sebab aku dah sengkeksss..
Yea!! Jom jalan2.. (lupa emo)
Banyak betul news pasal Abang Johnny
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment