Friday, February 27, 2009

Adik

Posted by NuiN at 12:15 AM
Kehidupan adalah sangat busy sekarang... Kerja aku macam asyik IN..IN..IN je.. OUT nyer tak seberapa.. till one extend aku jadi panic dan terus lepak satu hari tak buat apa2.. hamik!!

Masalah yang membuka tirai 2009 aku dah selesai temporarily. At least dah mampu buat aku bernafas lega untuk sedikit masa. Hmm..kalau difikirkan, amatlah menakutkan baru bulan February tuhan dah menguji kekuatan hati aku, tapi tempuh aja lah, bukan aku boleh lari ke mana pun. Ini semua tanggungjawab.. Hehehe...

Semalam aku balik keja agak lambat. Masa nak naik lif kat apartment aku, ada 2 org budak nak naik lif sekali. Sorang kakak dan sorg adik lelaki. Aku agak2 umur si kakak dalam 8 thn, umur adik dalam 6 thn. Dalam lif dialog diorg buat aku tersenyum, di tangan si kakak tu ada buku latihan si adik:

Kakak: Adik dah siap buat ni? (sambil tunjuk buku kat tangan dia yang ada tulisan si adik).
Adik: Dah
Kakak: Buat yang betul? Cikgu cakap pandai?
Adik: A'ah

Tak tau la, aku rasa sgt cute conversation diorg. How the sister shows that she care so much pasal adik dia. Seriously time tu aku jadi sgt rindu adik2 aku.. Hmm, aku ada 3 orang adik. Semuanya lelaki.. Nur Azlan, Nur Azizi dan Nur Amin.. that makes up the 4 of us sbg anak2 mama dan abah aku.

Jiji (Nur Azizi) meninggal on 2 February 2006, coz of kidney failure. Jiji adalah adik yang paling rapat dgn aku coz dia ni manja skit compare to adik aku yg lagi 2 org tu. Hmm, sebelum Jiji meninggal, dia masuk hospital selama 3 hari (ke 4 hari.. aku dah lupa), selama tu gak la aku makan tidur kat hospital jaga dia.. malam terakhir di hospital, Jiji bagitau aku yang dia takut. Bila aku tanya "Jiji takut apa?", dia kata dia takut sebab sakit buah pinggang tu. Masa tu aku cakap kat dia, "Jiji jgn takut, apa pun yang jadi kat Jiji, kakak janji akan jaga Jiji. Kalau nnt bila kita dah tua, mama dan abah dah tak ada, kakak tetap akan jaga Jiji, kakak takkan biar Jiji sorang2".. and then aku nampak air mata dia mengalir and malam tu dia tidur peluk tgn aku. (Damn, i miss him so much!). 2 hari lepas keluar dari hospital, Jiji kena buat first dialisis di Klinik Kesihatan Butterworth. Aku dgn mama teman Jiji kat sana. Sejam sebelum dialisis tu dia bercakap banyak sangat.. non-stop. Semua perkara yang berlaku kat umah (sepanjang aku kat KL) dia cerita balik kat aku. Then dia mintak aku beli ayam panggang Ayamas lepas dia selesai dialisis nanti. And ayat dia yang paling aku tak lupa bila dia cakap, "balik ni kakak kena sorong Jiji tau".. dan aku sangat tak faham apa2, aku just jawab, "mesti lah kakak sorong Jiji, takkan kakak nak biar Jiji berjalan kaki". After 30 minutes atas kerusi dialisis, Jiji collapse, and doktor sahkan dia dah meninggal pada pkl 3.15 ptg. Aku mmg tak boleh terima kenyataan masa tu sampai aku tanya mama sambil menangis2, "kan buat dialisis saja, kenapa Jiji mati?" And ptg tu aku betul2 sorong Jiji.. tapi aku sorong keranda dia kat hospital. And aku tak sempat kotakan janji aku untuk jaga dia sampai bila2, sejak tu aku janji dgn diri aku sendiri yang aku akan jaga Lan dan Amin mcm mana aku janji nak jaga arwah Jiji dulu.

Banyak perkara yang berlaku pada Lan dan Amin yang menguji kesabaran dan ketabahan aku tapi tak pernah sedetik pun timbul rasa marah atau benci aku pada adik2 aku. Kadang2 aku rasa aku terlalu manjakan adik2 aku sangat tapi they are the only brothers that i have. And aku rasa aku sanggup buat apa saja asal adik2 aku tak hidup susah. And aku tak pernah harapkan apa2 balasan daripada adik2 aku, aku cuma harap diorg akan keep on menghargai hidup diorg sendiri, terus sayang aku dan mama dan berusaha untuk future diorg yg lebih cerah. Bukan setakat berjanji dgn diri sendiri, aku juga dah berjanji dgn arwah abah masa dia kat hospital yang aku akan jaga Lan dan Amin, so aku rasa for that reason, aku tak ada alasan untuk mengabaikan diorg lansung.

Even adik2 aku tu dah besar, aku tak pernah yakin yang diorg mampu berdikari, i always worried about them, and sometimes aku rasa aku adalah seorang kakak yang overprotective!!

Hmm, tapi aku yakin, semua kakak adalah mcm tu kan??

-XoXo-

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review