Tuesday, January 20, 2009

Tido lambat itu aku (mcm tajuk lagu 'indie' band.. aku tak puas hati MUH menang! I love faizal tahir! Aku makin suka dia sejak dia bukak baju..Sekian)

Posted by NuiN at 1:56 AM

  • Gambar di atas takde kena mengena dgn aku or entry aku dlm blog ni or apa2 je yg kena mengena dgn aku. Aku cilok pic tu dari sini sebab aku suka tgk drawing cantik2. Dan kalau aku tgk drawing abstract, aku akan ckp pada diri sendiri dgn yakin.. "eleh setakat calit2 kaler mcm ni aku pun reti", walaupun hakikatnya aku cuma hafal biru + kuning = hijau (kan?) je.. lain2 aku tak reti.. And aku suka translate abstract drawing.. keh keh mcm bagus kan, padahal lukisan tu abstract..so belasah je la nak translate mcm mana pun, bukan sapa tau betul ke salah. And aku selalu terfikir, ntah betul ntah tak bila artis lukisan abstrak tu citer kat kita pasal lukisan dia, sbb abstract kan, cakap je la apa pun...
  • Tadi gi tgk citer 'Maut' dgn Suraya... Aku rasa lemau tahap maut gak tgk citer tu.. tapi aku insaf gak la tgk citer tu.. Sebab insaf keluar dari panggung aku pegang baju aku tarik ke bawah, sbb baju aku tak cukup labuh. Ooo..cakap pasal baju tak cukup labuh ni dulu mama penah tegur aku, "awat pakai baju kecik2 ni kakak?", aku jawab "fesyen ma..." tapi aku jawab dgn lemah lembut dan tawadduk, takde tone menderhaka.. mak aku terus tak kuasa nak layan aku lagi dah. And pakcik aku penah tegur aku bila aku tunduk nak amik something dalam keta dan baju aku ala2 pahala di depan, dosa di belakang, tapi aku menjawab gak, "alaaa bila kakak tunduk aja baju terangkat.. bila biasa2 tak"... tetap dgn tone solehah.. so pakcik aku pun malas nak layan aku lagi dah.. Esok aku nak pakai baju labuh sbb aku insaf tgk Maut.

Mama dan dua anak sedara kesayangan dia, Adilah & Amirah

  • Mama selalu guna psikologi kalau nak sound aku, bila aku ckp, "mama, kakak rasa nak kaler rambut la..", mama akan jawab, "rambut kakak dah hitam tu kan cantik", beberapa minggu lepas tu aku kaler gak.. Aku tulis ni sebab aku insaf tgk Maut dan mata aku belum nak tido. Aku rindu mama.
  • Sebenarnya aku dah ngantuk, tapi tadi aku makan pulut sambal dgn ikan masin pada pukul 11.45 malam.. so aku rasa bersalah pada diri sendiri utk tido. Aku takde niat nak makan pulut tgh2 malam pun, aku nak makan kuew teow sup sebenarnya tapi diorg kata dah abih. Yang ada pada tengah malam semua makanan yang menggemukkan saja. So aku terpaksa order pulut walaupun aku tgk org lain order toast bread je. Damn Bangi Kopitiam! Aku tak tau salah sapa sebenarnya, tapi customer is always right!
  • Aku nak sambung kira biri-kiri.. kenapa ek kalau tak leh tido orang suruh kira biri-biri? Serious aku tak faham apa kaitan biri2 or kelebihan dia yang bole buatkan kita tido kalau mengira jumlah biri-biri tu. Baik kira ayam, lebih kecil dan membosankan, sure cepat tido.
  • Bila aku dah meraban ni maksudnya aku dah sgt ngantuk tapi mengada2 nak menaip lagi..
  • Seekor... dua ekor.. tiga ekor.. empat ekor... berekor-ekor... Zzzzzzzz (satu lagi, apa kaitan zzzzz dgn tido??). Renung2 kannnn...

Sleep tight bebeh!

1 comments:

Diana Ishak said...

ye betul, aku suka tgk laki bogel kat public.

sekian.

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review