
Sesuatu yang membawa senyuman
Hari ini masih menjadi sesuatu yang dikenang
Sesuatu yang membawa kemanisan
Hari ini masih menjadi sesuatu yang di dalam genggaman
Esok belum pasti warnanya pelangi
Esok belum pasti senyuman kekal di bibir
Esok mungkin langit kelabu
Esok mungkin hujan turun tanpa permisi
Dan esok mungkin kita bukan lagi watak hari ini
Lantas aku hargai hari ini
Kerana hari ini semuanya masih mekar di hati
Kerana hari ini warna pelangi masih tempias di sini
Kerana hari ini, andai pun punya air mata
Masih mampu kesat sendiri...
*Mungkin kah aku patut start jadi penulis sajak or novel instead of jual majalah..?? Keh keh keh...*
0 comments:
Post a Comment