Last week mmg sangat sangat sangat bizi.. Next week pun maybe still bizi.. So tak banyak aktiviti sosial aku last week.. hehe.. Just that on Friday lepas keje aku gi karaoke dgn Reen dan Zai kat Pavillion. Itu pun sebenarnya aku dah letih gila, tp sebab dah berjanji nak jumpa budak2 ni so tak sampai hati lak nak kensel. Janji dgn diorg nak start karaoke kul 830.. Kul 830 jugak lah aku baru gerak dari ofis!! Tapi lepas makan dah re-charge energy.. Aku rasa ni 1st time aku karaoke over acting sampai sakit tekak di pagi hari Sabtu.. hehe
Sambil tulis blog aku tgh tgk citer Titanic kat Star Movies.. tapi awal2 tak concentrate sgt, coz aku suka time Titanic sinking nnt.. tambah besar la bontot, kat ofis duduk je ngadap laptop tak gerak2, kat umah duduk je ngadap tv tak gerak2 gak..


Oh ya, kat kawasan umah aku sekarang dah ada 2 biji (ke 2 buah?) restoran baru bukak.. sebelum ni takde restoran...makan maggie je hari2.. Erm, adakah patut mula berkecimpung dalam aktiviti melawat restoran itu setiap malam dan menge'check' kalau2 ada mamat hensem bersidaian kat situ.. Meriah la skit idup kan.. Tapi, umah aku ni ada curse, kalau masuk mesti malas nak keluar.. so aku terfikir gak cara alternatif kalau aku nak order makan dari restoran kat bawah tu.. Aku nak pakai bakul yang kita ikat tali then hulur ke bawah tu kan.. so letak kertas order dan duit dalam bakul tu.. Tapi.. sebab restoran tu bukan directly kat bawah umah aku, dia kat seberang jalan.. so aku pikir alternatif kedua lak.. beli kayu pancing, ikat bakul kat kayu pancing tu then lempar mcm org lempar umpan nak pancing ikan tu.. hehehehe.. see, manusia pemalas, mcm2 idea bole fikir nak accomodate sifat malas tu..
Macam malam tadi, aku lapar sangat.. nak masak.. hmm masak memasak ni adalah based on special event je, so event yang paling kerap ialah 'AKU RAJIN'.. ye time ada event 'AKU RAJIN' je aku masak, tak kisah la maggie ke goreng ayam ke.. so kalau takde event jgn harap la aku nak masak. And walaupun orang selalu ckp, apa ni perempuan tak reti masak or malas masak.. hey, i live my own life.. so back off! Back to citer semalam, aku lapar.. then skrg kan semua orang sibuk nak boikot produk2 dari Israel..aku tak tau makhluk Israel tu hati diorg Allah buat dari apa.. tak tersentuh lansung ke hati tgk kanak2 kecik tu luka sana sini. Gila tul.. even aku mmg mengutuk perbuatan diorg tapi aku takde la determine sekeras2nya nak boikot produk diorg sebab aku ni tak bole azam over2, apa yang aku azam over2 tu la selalunya aku go against it.. so aku kira bersederhana je la.. hehe.. ada gak la hasrat skit2 tak nak guna barang2 diorg.. dan one of it yang aku diberitahu ialah Mc Donalds! Bila aku malas masak dan malas keluar, the easiest menu is Mc D coz dia ada delivery.. dari pkl 6 ptg sampai 8 mlm aku berfikir, patut tak aku order Mc D di kala semua org cuba memboikot Mc D. Akhirnya kul 8 aku kalah, sebab aku lapar aku call gak Mc D, tapi masa tu aku niat dalam hati, aku beli Mc D sebab aku lapar dan aku harap duit yang aku guna utk bayar Mc D tu for whatever reason pun tak akan sempat sampai ke Israel.. Aminnn!!!
Oh yeaahh Titanic dah nak karam.. better sign off now!!
1 comments:
hai!
wat pe tu?
dah makan?
hehehe....
panjang tul entri.
baca sket2 je ni.
nanti2 sambung ok?
Post a Comment