Monday, December 22, 2008

Satu hujung minggu di Selangor...

Posted by NuiN at 2:35 PM

Ok tak pic tu? Itulah angan2 sorg yang hangat2 taik ayam macam aku nak belajar fotografi..keh keh keh... tgh aku semangat ni korang layan je la.. esok2 aku dah bosan... camera ke mana apa ke mana... Anyway aku rasa first try untuk org yang buta seni mcm aku ni.. not bad gak la kan.. hahaha sila puji diri sendiri..

Owh penyakit malas aku dah brought forward ke hari ni.. Satu hari tak buat apa.. makan.. tido.. ngadap laptop dgn kepala yang blank.. mood cuti berleluasa!!

Weekend aku agak ok la.. ye la selama ni since abah meninggal jangan harap nak nampak muka aku kat sini (sini bermaksud singgahsana beta di negeri selangor ini..) bila weekend, cari la aku kat negeri di bawah pimpinan..errr aku lupa nama ketua menteri pulau pinang tu..haa lim guan eng (suraya cakap lim eng guan..sesuka ati je).. haa aku ada di sana. Tapi weekend lepas ni aku tak balik sebab cuti krismas ni nak balik dah kan, so weekend ni aku memenuhi permintaan kekawan yang tiap minggu call ajak berjimba di kala weekend. See! Aku free kan schedule utk korang okayyy... keh keh keh

Hari Jumaat lepas ofis hour (even aku wfh sajorkkk) aku gi amik Reen dan Zai (pemalas jalan sekor2..) then kitorg gi Damansara. First intention adalah nak makan masakan chinese muslim kat TTDI. Kawan aku Amy bagitau kat belakang building IBM lama tu ada restoran chinese muslim yang sedap nama Muhibbah.. aku dah blur masa dia bgtau nama Muhibbah tu.. mcm nama kedai mamak je.. keh keh keh.. finally jumpa satu kat belakang Shell, next to IBM tu la, tapi nama kedai dia Homst (kalau tak salah ingatan aku camtu la eja dia..). Tak tau la samada ni 'Muhibbah' yang Amy maksudkan or not.. tapi kitorg belasah je.. Pada aku food dia not bad.. sedap gak.. except ikan yg kitorg order tu tasteless skit.. chehhh sendiri masak pun tak reti lagi banyak komplen.. Tapi aku suka butter prawn dan honey squid dia.. yummyyy...

Pic ni aku cilokss dari google je.. tapi butter prawn dia sejibik rupa camni.. err tiba2 rasa nak makan butter prawn.. SEKARANG!!

Lepas abih makan kitorg gi OneUtama.. huh lama gila aku tak gi tempat ni.. aku rasa dah berbulan2.. tapi sebab sampai pun dah kul 8 lebih so browsing lebih kurang je.. end up lepak kat Starbucks having my addictive Dark Cherry Mocha Frappucino.. itu je la korang kan.. makan makan makan...
Abih makan terus balik la.. Reen standard la kan..curfew.. lepas antar akak Zai aku terus balik umah.

On Saturday mulanya aku plan nak gi Ampang. Kawan aku Ayien wat garage sale. Tapi terfikir yang that day ada SureHeboh (kalau tak silap) kat Bukit Jalil so aku syak jalan akan jem.. so kensel.. End up lepak je golek kiri kanan dalam bilik sampai kul 3. Hehehe.. then aku keluar gi klinik, tapi doktor yang aku nak jumpa masuk keja kul 6.. apakahhh.. hmm kena cari alternatif lain sementara nak tunggu doktor datang so aku decide nak gi window shopping kat Alamanda. Di situ lah... aku terjebak beli DSLR camera tu.. tapi buat masa ni tak menyesal coz aku still lagi dlm fasa menggedik berangan nak jadi photographer.. tunggu la phasa tu menurun nnt..

Ni lah rupanya aku nyer impulse buying yang untuk kesekian kalinya.. Aku rasa aku kena gi therapy la.. mudah sgt beli something tanpa pikir panjang.. and its fun!! Fun la sebelum tgk bil yang datang kan...


Lama gila aku kat kedai gambar tu..salesgirl tu penat melayan aku agaknya sampai dua jam.. end up aku tak jadi gi jumpa doktor tu. Aku terus balik umah sbb malamnya aku dah janji nak keluar dgn Oja, Azam, Rina dan Su.


Azam, Oja dan Rina.. pic aku curi dari blog Su sebagai revenge sebab dia tak letak pic aku!!

Oja dan Su (rakan sekegemukan merangkap budak yang tak letak pic aku dalam blog dia..)..pic tetap dicuri dari blog Su jugak..

Hehehe.. janji dgn budak2 ni nak jumpa pukul 8 kat The Curve.. aku pukul 8 baru nak mandi. Bila Rina sms tanya aku kat mana, aku jawab je on the way.. hehe.. end up aku dgn Su sampai The Curve pukul 940.. budak2 tu pun dah makan abih dah.. Kitorg lepak kat Secret Receipe je. Plan sebelum tu lepas Oja dan Azam balik, kitorg yang lain nak gi lepak kat Uncle Chillis kat Hilton tu. Rina la, semangat sangat nak pegi. Aku rasa aku dah tua laaa (hahaha tak penah sedar diri..) serious aku dah takde nafsu nak gi lepak kat situ or mana2 live band pun.. rasa malas gila... kalau dulu sebut je Uncle Chillis aku dah semangat gila..but not this time!! Akhirnya kitorg tgk wayang je.. aku ckp kat Rina dah lambat sgt nak gi Uncle Chillis. Tapi ye la, masa tu dah kul 11 lebih, confirm tmpt tu dah penuh.


Ni citer yang ditonton.. bole-bole la.. tapi banyak gak dialog yang aku bosan.. citer budak sekolah la katakan.. situation genting gila pun sempat gaduh pasal boyfriend.. i was like, what the hell???

Tapi seriously aku kalau tgk citer horror dgn Su dan Rina, aku akan lebih perhati gelagat diorg dari filem tu.. Ya Allah.. matangkan la kawan2 aku... Aminnnn... Abih movie dalam kul 3am so kitorf terus balik. Sampai umah aku mengadap manual DSLR tu kejap (semangat tgh membara la katakan) and time bila aku tido pun tak sedar..

Hari Ahad, aku bangun pada pukul tutttttt..... Ye la nama pun tido lambat.. Bangun je aku siap nak gi jumpa doktor tu lagi.. Kali ni nasib aku baik doktor tu ada.. lepas jumpa doktor dgn semangat jitu aku gi Putrajaya.. nak belajar amik gambar!!! Tapi sgt la damn!! Putrajaya ramai gila orang.. ada pasar apa ntah kat area masjid tu, nak parking pun susah.. potong stim aku tul. So aku drive gi ada satu taman tasik kat bangi tu.. dan mula mengasah bakat tersembunyi aku kat situ sampai la senja... Keh keh keh...

Balik singgah mc d, beli dua set double prosperity burger utk aku dan su.. balik umah tgk su lak dah beli dua bihun utk aku dan dia..

Dan kitorg pun hidup dalam kegemukan.. happily ever after...

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review