Friday, December 05, 2008

Bila server down...

Posted by NuiN at 2:22 PM
Server down since pagi tadi blogger-emoticon.blogspot.com. Akhirnya dapat gak melepak sekejap kat ofis.. even still got manual task yang aku bole buat tapi bole la curi2 tulang skit. But still aku nervous gak bila server down ni, sbb itu maksudnya aku dah rugi satu hari dan maksudnya workload aku akan bertambah next week.. dah la Monday ni cuti kan.. Chewahhhh... tetiba akak sgt concern pasal workload! Don't judge a book by its cover ok, aku rajin gak keja time aku ada keja.. hehehe..puji diri sendiri blogger-emoticon.blogspot.com.

Semalam adalah sessi melepak bersama dua makhluk DQ itu. As usual kitorg gi Pavillion. I miss that place so much! Hehe more to miss nak bergossip dgn diorg. Wah kekawan aku both ada citer panas... so semlm adalah sessi concentrate citer diorg je. Aku takde citer semalam coz kehidupan aku sekarang sangatlah aman damai dan tenteram.. hehehe. Tapi semalam adalah sessi mega melepak, duduk kat Thai Express tu dari kul 8 lebih sampai kul 10, sampai aku perasan waiter2 dia ulang-alik 3, 4 kali sbb kitorg je last customer yang tak keluar2.. Takpe..its worth!! Akak Zai, kuatkan semangatmu!!! blogger-emoticon.blogspot.com Dan Reen.. erm.. segeralah berhijrah..

Erm.. apa lagi aku nak tulis ek. Lately aku jadi pemalas nak tulis blog.. hehe..tp takde apa nak citer pun. Dan a bit busy (sila muntah pada kadar suka hati sendiri..). Tapi aku tetap meneruskan aktiviti membaca blog orang. Cuma skrg ni aku tengok dunia blogging ni mcm dah jadi too serious. Ada blog yang di tulis untuk analyze kelemahan orang lain. Ada blog untuk kutuk orang lain.. which is for me tak perlu la semua tu.. Everybody should be responsible for their own action so tak perlu la kita nak heat lagi the situation dgn buat blog khas utk analyze kekurangan orang lain kan. I know that some people try hard to change the world, but sometimes your action doesn't put you at any par above the person you're pointing to pun.. Ok.. emo freak! blogger-emoticon.blogspot.comAnyway, aku tak kenal pun sapa yang tulis blog2 kreatif tu, dan aku tak kenal secara personal pun blog2 yang diperkatakan but I keep on reading la.. Hehe.. sebab.. aku rasa aku bole value orang melalui blog. Aku rasa aku bole kenal personality seseorang tu melalui blog. Even its true, apa yang kita tulis dalam blog adalah just few percent of our life, but still dlm keasyikan menaip tu sebenarnya kita either sedar atau tak mem'potray'kan diri kita kat cyber world ni. Mungkin orang tak kan bole baca sampai ke akar umbi hati kita, but more or less, base of ourself mesti orang bole evaluate gak. And aku memang sangattttt suka observe orang, either thru direct observation guna mata atau thru reading blog. Manusia ni mcm2 perangai, and tak tau la.. i just having a good time evaluating other people. Evaluate ye.. bukan judge!

Tiba-tiba aku rasa mcm Haji Fazilah Kamsah....

Huh.. back to the real me! Oh aku nak congratulate (ada ke word congratulate? sesedap rasa je) cousin aku sebab dapat 5A dlm UPSR. Aku dah janji dgn dia yang dia bole mintak apa je kalau dapat 5A. Sekarang aku lak yang nervous tunggu apabenda dia nak mintak ni.. Masa berjanji dulu lupa lak nak mention ceiling price!

Ni la cousin aku tu, nama dia Amirah Kauthar.. tu gambar dgn adik dia, Aliyah Saffiyah. Dia ada lagi sorang adik nama Adilah Maizan, skrg darjah 4. Diorg 3 orang ni mmg sgt rapat dgn aku. Si Aliyah ni mulut dia mmg rasa nak picit2... baru2 ni aku cakap dgn dia on phone, hari Ahad masa aku baru balik dari UK tu... tau apa dia cakap kat aku "Kak Nini dah balik dari UK jangan pakai baju nampak perut lagi tau"..erkkk..pecah perut aku ketawa tau.. Ni confirm ada yang mengajar dia nih! And bila aku suruh dia ajak parent dia datang umah aku sbb aku cakap aku beli coklat yang banyak utk dia, dia jawab "Ok, esok adik pi, adik janji ni dengan kak Nini"..aduhaiii.. rindu la pulak kat dia! Itu belum lagi dgr dia berlakon cakap telefon bahasa sepanyol (sebab dia tgk citer apa ntah kat tv).. konon2 mcm sebijik cakap Sepanyol padahal tak paham apa menda. Musim Bawang Putih Bawang Merah dulu lak, kita tak leh lebih kurang dgn dia, mesti kena sound, "kamu jangan macem2 sama saya!". Hehehehe... Aku kadang2 sampai level tak larat nak layan.

Ok.. now i miss her already.

Ptg ni nak gi berkaraoke dgn Reen dan akak Zai (idup aku ni ada muka korang je ek?? Takde orang lain ke?). Then after that baru aku gerak balik Penang. Raya aji tahun ni aku cuti sehari je..isnin je coz aku dah takde cuti... sedeyyyy....
Maka akan tumbanglah seekor lembu di hari raya kedua tanpa kehadiran diriku... blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian.. wassalammm..

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review