Saturday, November 15, 2008

The story of a surrendered shopaholic!!

Posted by NuiN at 6:22 AM
Akhirnya aku mengaku kalah!! blogger-emoticon.blogspot.com
Takut wooo!!!
blogger-emoticon.blogspot.com Tadi aku baca paper Harian Metro Online, ada tulis polis skrg tgh start operasi memburu pesalah2 jalan raya tegar.. yang tak pedulikan notis saman jauh sekali nak membayar.. Dan aku adalah salah sorang dari 96,000 orang pesalah jalan raya tegar tu.. Keh keh keh.. aku ada 4 saman skrg (tahun lepas aku dah bayar 1 saman..kalau tak, asalnya 5), 3 saman speeding, 1 saman parking. Dan 2 aku dah terima notis, lagi 2 tu belum. Hampeh tul la news ni.. musnah azam aku thn ni. Azam aku tahun 2008 ni adalah aku tak nak check sbrg saman! Tapi sbb news hari ni aku kena check gak.. tp mantap gak la tahun ni aku takde saman ek.. maybe sbb dah kurang aktiviti memandu di hiway di kala siang kot.. Tapi hari ni aku dah bayar SEMUA saman aku.. sebab aku takut bila baca diorg gi cari di umah dan office tu.. blogger-emoticon.blogspot.com huhuuu akak tak nak la glamer secara tiba2 kan. Tapi.. menangis dalam hati doww bayar 4 saman sekaligus. Jumlah saman aku tu aku bole shopping kat sini even tak meriah sangat tapi mantap gak la.. Sbg hint supaya korang faham kesengsaraan aku skrg, jumlah saman yang aku bayar adalah lebih dari 100 pound (sila convert ke RM dgn conversion rate terkini)... blogger-emoticon.blogspot.com Moral of the story, start bulan depan aku drive 40 km/j je.. AKUJANJI!! So sapa naik keta dgn aku lepas ni korang tak yah risau lagi dah..confirm tak tercampak keluar nyer... aku akan bawak seperlahan yang mungkin. Sebab aku dah miskin bayar saman, so aku kena bawak perlahan utk jimat minyak! Damn!!! blogger-emoticon.blogspot.com

Kawan aku, Shima (hmm aku rindu kat hang.. dah bertahun tak jumpa kan.. padahal sekankang kera aja kat penang tu) tinggal pesan kat fb suruh aku update blog, hang takdak keja ek Shima? Aku tak de apa nak update pun, sbb life kat sini gi keja, makan, window shopping, layan youtube dan tido. Itu je la life cycle aku kat sini, kalau aku seekor lalat time layan youtube atau tido pada hari ke 7 tu aku akan mati dah.. Eh skrg aku rasa aku makin gemuk la.. hari tu aku kurus sekejap aja.. seminggu aja.. sebab minggu pertama tu aku gi keja ikut kawan2 aku yg budak lelaki tu, so diorg jalan laju aku pun terpaksa jalan laju. Sampai ofis bila bukak winter coat je aku rasa blkg aku basah.. berpeluhhhh even aku jalan di hembus angin. Tapi minggu ni tidak lagi.. aku dah tau jalan so aku gi keja sendiri.. sebab aku keluar kul 845, aku tak tau diorg dah pegi or blm pegi.. so bila aku pegi sendiri takde la faktor2 yg memaksa aku jalan laju.. dan aku tak berpeluh lagi! Dan tak kurus jugeeeee...

Dan skrg aku gila makan benda ni.. Doritos...Sangat cheezyyyyy...dan sgt sedap! Ada lagi dua bungkus kat umah ni buat stok...
blogger-emoticon.blogspot.com bila tahunnya nak kurus mcm ni...

Dan.. aku suka makan ni juga (see... semua bab makannnn je).. Subway herb and cheese with tuna light mayo..

Oh yeahhh...tuna je la yang bole aku telan pun kat sini.. Badan pun dah bau sardin dah... Tapi citer subway ni.. mengong nye la aku ni.. since aku dtg sini mmg selalu makan Subway je sbb mudah, tp aku tak penah suruh dia letak cili jeruk tu. Sehari sebelum ni aku tergerak nak suruh dia letak cili jeruk tu.. and bila aku makan..sedapppp.. tau sbb apa sedap? Sebab ada rasa pedas.. setelah seminggu lebih akhirnya aku dpt rasa benda yang pedas.. rasa mcm alive! Muahahahhaha... Housemate aku mesti bole imagine sengsaranya idup aku tak dpt makan pedas. So including hari ni dah dua hari in a row aku makan subway for lunch and dinner dgn order extra chilli pickles pleaseeeee!!

*Semalam aku tgk drama apa ntah kat Youtube, Raja Azura dalam scene tu makan mi goreng.. huhuuu aku nak mi goreng!!!*

Lagi 2 minggu dah nak balik.. Yahoo!! Aku sangat tak sabar nak balik. Dah siap check tiket nak make sure date and time.. Hehe kronik ek.. Bahaya la aku kat sini.. aku asyik nak shopping je.. kadang2 ntah hapa2 je yang aku beli tapi mmg out of control la naluri mengabihkan duit yang takde tuh.. balik umah nnt mmg makan maggi je la..

Aku baru beli (shopping gak nih..) buku citer.. tapi blm baca lagi..

Aku actually nak cari buku Remember Me by Sophie Kinsella, tapi tak jumpa. Tanya satu kedai tu dia ckp 4 december baru ada.. errkkk apasal kat malaysia dah ada?? So, aku beli ni, The Secret of Slummy Mummy..tapi baru baca 2 line je pastu aku tido.. ye la nama pun life cycle aku kat sini yang utamanya makan dan tido...

Dan hari ni aku meneruskan aktiviti pershoppingan aku lagi lepas balik keja. Tengok apa aku beli.. aku sgt nak beli product range Soap & Glory ni even aku tak tau product ni bagus ke tak. Kenapa aku beli? Sebab packaging dia sgt menarik ati aku.. mengong tahap cipan kan aku ni.. so easyyyyy... So far yang aku tau product ni ada kat UK je.. tak tau la sbb so far aku tak penah jumpa kat Malaysia lagi.. Dan hand cream M&S tu.. kat sini murah.. 1 pound je each.. so dalam 5 hinggit lebih.. aku beli 2 sebab kat Malaysia M&S consider mahal gak.. harga 2 lotion tu kat sini baru sama dgn harga 1 lotion tu kat sana..


Dan ini jugeee... tapi ni tak leh tunjuk lebih2 la kan.. bagi sneak peak je kat korang.. lingerie dari M&S.. tak nak komen lebih2 la pasal ni..


See.. aku takde citer nak update.. citer shopping dan makan je.. badan gemuk poket kurus.. hmm sgt seimbang.

*Pengumuman: Reen.. contact or buzz or buat apa2 je supaya ko in touch dgn aku sbb DP ko tu out of stock kat outlet sini.. so sila cari yang lain!*

Oh yaaa... aku ada benda nak citer dgn korang. Malam semalam aku rasa sangatttttttttttt teruja.. blogger-emoticon.blogspot.com sebab masa aku tgh berjalan kaki balik ke apartment dgn lemah gemalai nya, tiba2 aku nampak sebiji kereta yang aku sangat familiar rupanya.. Perodua Kenari!! Aku tak tau lak ada jual kat UK (kalau korang mmg tau yg kenari ni ada jual kat uk, maafkan la aku ek..akak mmg outdated skit :P). Ada couple nenek saleh dan datuk saleh yang naik keta tu. Aku bangga sekejap okkk masa tu... ye la.. jumpa rakyat senegara.. even dia hanya seketul kereta yang tak kenal aku dan tak leh nak bertegur sapa dgn aku, tetap aku bangga lah... we're both from Malaysia.. muahahha...

And tadi aku gi kedai beg (ni nak survey je..nak tgk hand luggage, sbb rasa mcm tak cukup beg je nak balik nih..), tokey kedai tu (or maybe pekerja tapi dah tua) org arab... dia tanya aku.. "you from Malayzi (malaysia la tu)"..aku pun cakap ye.. dia mcm happy gila.. ke taktik nak jual beg ek?? Pastu tanya nama aku, bila aku bgtau nama aku, dia cakap.. oo your father give u that name because u're the light of his eyes (nama aku kan maksudnya cahaya mataku.. chewahhh..akak sgt bercahaya!!)..huhuuu terus aku teringat abah...
blogger-emoticon.blogspot.comRinduuuu.. kadang2 still rasa tak percaya abah dah takde.. sigh...

Hmm... aku nak tido lah.. esok nak gi jalan2.. nnt aku amik gambor lagi..

Chiow..

*Akubudakgemukyanggilamakancoklatdancoffeedansandwichesdancoklatdancokladancoklatkatsini!!Uwaaaa!!!!*

*Perhatian juga pada kawan ku yang tengah hangat dgn abang itam tu...update le akuuuu... wah dgr2 nya hangat betul skrg..i tak kira, i balik nnt u MESTIII jumpa i.. i nak live telecast!! :P"

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review