15 minit kemudian..setelah tamat bebelan.. Mc D sampai pada pkl 11 mlm.. Gemukkk laaa makan tgh malam!! (tapi life goes on.. i need energy to sleep so i need food!).
Aku ada masalah dendam kesumat yang selalu tak padam dari hati. Contohnya Mc D ni, plan nak makan malam semlm, masa sessi shopping dan join the crowd yang menyesakkan dan men'traffic jem kan jalan2 kat Penang, tapi sbb sgt jem dan timeframe dah lari dan insiden emosi yang tiba2 je terjadi, sessi makan Mc D terbatal mcm tu je. And sebab aku ni suka simpan dendam kesumat, aku ingat sampai today Mc D tu, and malam ni aku terpaksa penuhi tuntutan dendam kesumat aku.. ayam goreng spicy LARGE set, air tukar milo ais (sooooo chocolate..) dan CHOCOLATE (lagiii) sundae... enough to satisfy my craving for that fatty meal! Gemukkksssss!!!!!
Sekarang aku rasa nak blogging sebab aku dah puas tido ptg tadi.. esok mesti malas nak gi keje lagi nih.. SIGHHH (keluhan suci..)
Last 2, 3 days adalah hari aku entertain kereta aku yang tiba2 buat perangai.. semua berkait dengan tayar dan kawasan yang sewaktu dengannya. First attempt aku gi buat allignment dgn balancing. Lepas buat tu tayar aku jadi worse.. bunyi mcm keta Fiat tahun 50-an. Bole lak budak kedai tayar tu ckp kat aku, "lepas buat balancing mmg akan bunyi skit.. after 5000 km ok la".. Kepala hot la kan nak aku tunggu 5000 km to get rid of that annoying sound.
Esoknya aku bawak gi kedai lain lak.. Malas aku nak gi balik kedai tu, kang nak kena argue satu hal la pulak kan... aku mmg world peace, tak kuasa nak argue2.. buat sakit ati je, gi kedai 2nd ni.. Goodyear service, apek2 ni nampak experience skit la.. dia kata kena tukar bearing (ntah hapa benda ntah).. akak ni percaya je..dan lurus.. (dan bodosss) so aku ckp ok la tukar je.. yg penting keta aku tak bunyi lagi. After diorg tukar menatang bearing tu (which cost me 200++..uwaaa), apek tu cakap lak absorber dan tayar aku rosak.. kena tukar 4 absorber dan 2 tayar, which will cost me more than 1K. Bila dgr more than 1K aku jadi bijak skit la.. aku ckp biar je la dulu.. biar je la bunyi sebab rasa sesak je nak keluarkan 1K++ tuh.. Ptg tu aku drive gi umah cousin aku kat Kedah.. it sounds HORRIBLE!! Tak leh tahan.. gedukkk gedukkk gedukk.. mcm bawak lori je aku rasa. So aku tekad la esok kena tukar gak absorber.. no choice. Uncle2 aku ckp tukar 2 absorber depan je, tayar tak yah tukar..
So semlm aku gi lagi kedai tayar.. kali ni kedai lain lak.. 3 days in a row aku visit 3 different kedai tayar at 3 different places. This time aku bring an expert with me, tak nak gi sorg2 lagi asyik kena tipu je dgn cinos2 tu.. ampesss. Hasilnya.. absorber aku tak rosak pun okayyyyy (see aku sgt mudah ditipu!), tayar yang rosak. Setelah sessi bargain berlansung dgn jayanya, aku tukar empat2 tayar keta.. (cost me another 700++.. UWAAAAAA with capital letters!). Tapi lepas tu puas hati la.. bunyi??? TAKDEEEEEE...
And pagi tadi aku drive balik KL.. hulalalaaa.. mcm meluncur atas air.. smooth je aku rasa drive dgn tayar baru.. (hehe muka riak..).. pantang lepa skit je meter mencanak naik 140..150.. ye la.. tayar baru..senyap je meluncur laju.. akak pun memanjang la tersasar kan.. hehehe...
Semlm lepas sessi tukar tayar aku gi wedding adik housemate aku kat Penaga.. ermm sebenarnya aku segan coz aku pegi dah lambat.. nearly kul 6 ptg baru sampai.. org katering pun dah kemas khemah aku baru terhegeh2 nak makan.. tapi sebab dia housemate aku (ayat beli jiwaaa) dan bapak dia selalu dtg umah aku kalau ada apa2 yg berlaku (cthnya masa adik dan bapak aku meninggal) so aku pegi jugak la even dah lambat. So Su, please note that sebenarnya akak gi kenduri tu dgn muka yang tebal sbb dtg time org dah nak tutup kedai.. *grinn* muka tebal mcm papan*
By the way... tak sabar nak jumpa akak Zai!! She bought me Daisy by Marc Jacob kat Jakarta!! Yeay another perfume!! Yeay another pembaziran berlaku!! Yeay.. i'm broke!!

Esok aku nak diet sbb aku nak kurus.. kuih raya pun aku bawak balik 1 bekas je, letak tisu 7 layer buat separator so setiap jenis aku bawak balik 8 biji.. sebab nak kurus.. (impianku setinggi gunung.. muahahahaha). Dari aku masuk umah sampai raya org asyik tanya open house.. hmm aku bukan tak nak buat..tapii..
1. Aku malassss... so sapa nak dtg umah aku dtg je la.. aku malas nak buat sessi open house yang official ke apa coz aku malas nak masak, malas nak prepare, malas nak mengemas di kemudian waktu.. hehe.. sgt berterus terang.. better than be a hipokrit.. ;)
2. Xtvt weekend aku skrg adalah balik kampung, so bila masanya nak buat open house?? (Alasan baikkkk punyaaa)
So kekawan, tak yah la korang tanya open house ke.. house warming ke.. mmg aku takde plan apa2 pun for that.. sapa nak dtg.. dtg je la.. aku ada nescafe, tea, milo bole bagi korang minum. Aku ada cookies raya 7 jenis yang aku letak dlm satu bekas 7 layer ;).. kalau tak cukup aku ada setin biskut serbaneka Julies.. thoughts that count kan.. hehehe
Tiba2 aku ngantuk... tapi Mc D tak hadam lagi nih..dushhhh!!!
3 comments:
lajunya makan!!!
hehehe.
memang kes lapor sangat la ni.
:P
selamat hari raya! maaf zahir dan batin ek.
Hehe dendam sbb time bulan posa kalau makan ayam spicy mc d mesti sakit perut.. skrg tidak lagiii... :D
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin juge..
Tang kuih raya yang dia bawak balik tu best. save untuk saya 4 bijik ok?
Post a Comment