As usual lepak kat Pavillion sambil exchange gossip terkini
tentang diri masing2.. kita bagus kan kekawan.. bila berkumpul tak kutuk org, asyik update hal sendiri je!! Tak berkembang tul kehidupan... Reen.. ko rugi tak join semalam! Akak Zai punya expression tahap extravaganza.. gedik tak terjangkau dek akal.. Aku sampai tahap nak call ko on the dot sebab letih nak layan dia. Sangat drama queen!! Next week aku buat ulasan.. 
Balik umah aku lepak2 tgk internet, tergerak nak check email ofis.. then tgk ada satu email dari UK ofis, require to attend briefing on Thames project pada 28 October nanti, briefing akan dibuat di sana, kat Engham. Hmm, aku x sure time tu aku dah pegi sana or still kat sini..lagi 2 minggu je tu.. errrr tiba2 aku rasa cemas tahap gaban...
Betul ke semua ni?? Aku tak kisah sgt bab nak gi hidup setahun kat UK tu, bak kata makcik aku, aku ni campak je kat mana pun, insyaallah hidup. Masalahnya, aku nervous fikir mampu ke aku perform keja kat sana tu?? Ni 1st time aku nyer oversea assignment, kalau setakat keja kat Thailand, ke Indonesia ke tahan la lagi kot.. and aku tgk nama yang involve project tu, 95% mat saleh..4% cinos + indios, and 2 org je melayu.. iaitu aku dan sorg lagi tu mamat mana ntah aku tak kenal (even sama ofis kat KL ni) tapi dia dah level managing consultant la.. Uwaaaa!! Takuttttt!!!
Tapi tadi akak Zai bekalkan aku dengan dokumen2 utk aku telaah yang ber'size 6GB!! Kalau tak pandai gak aku tak tau la.. Tenkiuuuu.... Sayang u!!

Kat tv skrg ni tengah tunjuk Takbir Suci 3, teringat kata mama hari tu, "raya tahun ni tak abih2 cerita Takbir Suci ni tunjuk, hebat sangat ka?".. hehe aku rasa takbir suci 1 dan 2 tu best la lagi, yang ke 3 dah naik muak lak tengok. And sama macam mama, aku tak paham apasal la kena ulang tayang Takbir Suci ni sampai 40 kali dah sejak 16 hari raya nih...
Aku masih takutttttt!!!!
(jalan ke hulu ke hilir untuk tenangkan perasaan...)Mulai esok aku akan study dengan tekun dan bersungguh2... no more loafing!! (Iyoooolahhhh!!!)
Eiii bingit lak aku rasa dengar si Nora (takbir suci... STILL!!!) ni menjerit2.. cakap elok2 takleh ke.. Asal watak jahat je kena cakap kuat2.. piat2 telinga, sepak2 orang.. skeptikal betul. Cuba buat watak Nora tu jahat, tapi tak tunjuk sifat jahat dia tu, bila malam time nek wan dan cucu2 dia tido, dia masukkan ubat tidur dlm mulut diorg, so bila diorg tak sedar tu dia cucuh2 diorg dengan puntung rokok ke, belasah dgn tali pinggang ke, lempang sekor2 ke.. so esok diorg sedar baru rasa sakit, masa tu dia act la mcm tak tau apa2.. takde la bingit telinga penonton mcm aku ni. Sah2 dia tak perlu menjerit sorg2 utk buat kejahatan2 tu.. kreatif la skit kan.. Muak betul...
Aku masih takutttttt!!!!
(jalan ke hulu ke hilir untuk tenangkan perasaan...)Tadi aku tenangkan perasaan dgn seketul floss bun (gua sgt favourite!) dan se'mug ice cream Walls Italiano Geliato... huhhh sgt yummy... Tapi tenang masa tu je la.. abih ais krim, tenang pun abih.
Eiii seriously aku menyampah la Takbir Suci 3 nih... mmg aku rasa nak lempang je Nora ni.. bingitttt laaaahhh!!!!!
Aku bole mati stress kalau duduk serumah dengan orang yang suka membebel dan menjerit2 mcm ni.. Psycho ke apa..Gila la... sgt nervous sampai dgn drama pun aku nak gaduh!!!
0 comments:
Post a Comment