Thursday, September 25, 2008

Shopping spree.. yeeihaaa...

Posted by NuiN at 1:09 AM
Aku rasa skrg ni aku ada masalah insomnia laaa.. hehehe insomnia la sangat kan padahal siang tadi dah tido sesedap rasa sampai tak sedar dunia.

*Ini cerita hari Rabu... hehe aku tak leh tido maa so aku blogging laa..*

So, siang tadi sessi comolot (KISS) aku berjalan dgn lancar. Aku tak tau la diorg paham ke tak apa aku present.. but who cares??? Yang penting aku dah perform task aku dan bole bercuti raya dgn aman sentosa. Loser okayyy kalau bercuti raya tapi still fikir pasal keja! Presentation aku abih dalam masa 2 jam.. so by 12 tgh hari tu dah settle la.. masa tu aku dah sakit kepala tahap dewataraya dah.. ye la nama pun last minute freak.. 2 malam before presentation tu baru la aku menggigil2 prepare for the session, so tak cukup tido.. jadi hari ni bila dah setel semua penyakit favourite aku tu pun datang menjelma la.. Acting kejap je kat ofis then aku rasa tak comfortable dah coz kepala mcm nak pecah berdenyut2.. hehe.. so aku decide nak balik umah dan tido je.. sesuka ati buat ofis mcm company bapak sendiri. Balik umah aku on notebook dan online YM, kekononnya work from home.. then aku on tv dan merebahkan badan atas sofa.. on kipas full blast... 10 minit kemudian... pelayaran bermula dan pelayaran terhenti 2 jam kemudiannya! Best gila tido! Tgk henpon ada 2 missed call dari ofismate aku.. gila aku tido sampai tak dgr bunyi phone...

Bangun tido aku rasa fresh.. kepala berdenyut2 sikit2 je lagi.. ala2 berdenyut2 manja gitu.. so aku gi mandi and tadaaaa.. new me.. fresh and happy coz cukup tido! So bila dah fresh and happy, baru bole proceed dgn aktiviti sosial bersama kawan2 tanpa gangguan... Hari ni (official Wednesday) aku ada sessi berjimba di bulan puasa dgn Reen dan Zai. Mula plan nak gi Chili's KLCC tapi dah tau Chili's confirm akan penuh tahap mega.. so kitorg pegi tempat biasa je la.. Pavillion. Hehe.. i always love Pavillion.

Buka puasa hari ni sangat bersederhana okayy.. makan Nando's je. Konon berazam nak kurangkan spending sebab masing2 nak jadi orang kaya.. so sebab tu ke kita makan Nando's je? Lepas dah terlebih kenyang, terpaksa la jalan2 kan untuk menghancurkan lemak2 yg dah developed dalam badan tu. And jalan2 dalam shopping complex tak boring, so kita takkan rasa penat.. no worries!

What happen tonite was.. ada syaitan yang terlepas di bulan puasa ni dan membisik2 dalam hati aku utk shopping.. Takde dlm plan list ok utk aku shopping mlm ni. Tapi bila sampai Pavillion aku terus rasa nak shopping. I need retail therapy!!! Muahahaha padahal takde stress menda pun. And sbb aku insomnia malam ni, aku telah rajin snap pic shopping stuff aku.. saja je la, nak comfortkan diri sendiri sbb dah banyak abih duit kan..

Ni shopping beg aku in total malam ni.. sikit je kan.. 1 beg besar 2 beg kecik je.. TETAPI.. value 3 beg ni buat aku rasa tak nak shopping dah lagi 3 bulan.. HIPERBOLA sangattt kan... hehehehe..

Ni pembelian aku yang pertama sekali masa sampai Pavillion.. Black XS by Pacco Rabanne. Belum buka puasa lagi tapi aku dah beli perfume ni. Bau dia best!! Tapi aku mmg perlukan perfume coz perfume aku dah tinggal nyawa2 ikan je.. tapi lepas beli ni aku menyesal lak tak beli Daisy by Marc Jacob tu, sebab aku test Daisy kat tangan, makin lama bau dia makin best.. Hmm.. mungkin aku bole ingkar skit azam tak nak shopping 3 bulan tu dan beli Daisy lak..next week ke? Erkk.... Dan Estee Lauder White Linen.. bestttt bau dia.. dah pesan suruh akak Zai check price kat Jakarta.. hmm bukan check price la sebenarnya, pesan suruh dia beli kalau ada kat kedai yang dia bole dpt price murah compare to here tu... bestnya tiba2 ada banyak perfume.. hehe..over!

Ni pembelian kedua.. lepas bukak posa terus menziarah Aussino. Niat asal nak beli new bedsheet utk mama.. tapi ada syaiton sorang tu, dia nak beli bedsheet siap influence2 aku.. akak ni dah la mudah terpengaruh. Eh, aku bab shopping sgt senang utk dipengaruhi ok.. korang hasut skit je confirm aku kalah.. Tak yah buat paperwork utk hasut aku shopping.. Hasilnya.. tadaa.. satu bedsheet utk mama (yang bunga2 tu) dan satu bedsheet utk aku.. Tak pe.. even aku belum beli baju raya.. aku dah ada bedsheet raya!!


Ni pembelian terakhir malam tadi (thank god time ni Parkson dan semua kedai kat Pavillion dah nak tutup.. tuhan menyelamatkan poket aku dan menyekat aura shopping yang tiba2 meluap2 di luar kawalan dalam diri aku), foundation dan blusher from Benefit. Aku bukan kaki make up okay!! Selalunya aku pakai bedak dan lipstick je bila nak gi mana2... akak kan cute semulajadi.. muahahaha.. Tapi, damn!! Ni pun hasutan sorg makhluk Allah tu gak..ko kan mmg suka kan bab menghasut aku shopping.. siap bisik tepi telinga aku tu.. "angkat je.. angkat je.. aku dah lama usha Benefit ni.. ".. ye.. ko yang mengusha, aku yang spending! Tapi mmg terer la salesgirl kat counter Benefit ni kaw tim aku. Tepek2 semua ni kat muka aku sampai aku kagum sendiri (i'm easily impressed! Hehehe) pastu takde pressure2 aku suruh beli. Kalau ko pressure aku mungkin aku tak beli, tapi sbb takde pressure tu akak terpedaya terus beli. Takpe Reen, aku berazam akan pakai menatang2 ni sepenuhnya.. hahahah.. at least 2 minggu ko tgk la aku pakai ni fully dedicated kan..

Friday ni aku nak gi Pavillion lagi sebab aku nak beli bekas kaca Pyrex. Actually Pavillion buat promotion, for every RM150 yang kita spend (tak kisah bila2, bawak je resit2 previous spending utk verification), kita bole beli bekas kaca Pyrex tu pada harga RM39.90. Harga asal dia RM99.90. And menggunakan resit aku malam ni termasuk resit makan Nandos dan minum sambil bergossip kat Coffeebean, aku bole beli 5 biji Pyrex tu!!! So korang faham la kenapa aku tak patut shopping lagi for another 3 month.. :(.Tapi aku nak beli 3 biji je Jumaat ni.. hehehe...satu utk mama, dua lagi utk makcik2 aku..

Tapi kan.. lepas balik dari shopping ni aku rasa sgt best.. shopping always makes me feel good.. hehe..even if aku just beli shower cream je pun.. muahahhaa...apatah lagi bila berbelanja besar2an macam ni..

Esok aku nak gi cari baju raya lak... azam aku utk tak shopping tu effective after raya..

Chiowww...

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review