Friday, September 12, 2008

Puasa bermaksud tak makan, tapi entry aku asyik citer makan je..

Posted by NuiN at 12:03 PM
SAP down.. hehe good reason utk lepak.. even aku not in any project pun skrg.. just rajin2 kan diri prepare config doc utk CFM, dan maybe nak kena prepare KISS session (bunyi mcm best je.. kiss session.. jgn pikir bukan2.. KISS tu kat sini maksudnya Knowledge and Info Sharing Session) for CFM before akak chow ke UK.

Tapi hari ni penyakit malas aku brought forward dari semlm so aku teruskan aktiviti buat bodoh dan lepak kat ofis.. sambil berdoa supaya aku dpt kuasa bole stop kan time.. mcm citer Bewitched tu.. dia bole freezkan semua org.. so bila semua org freeze je aku nak pusing jarum jam ke 4.30 supaya aku bole balik Penang dengan kadar segera. Pastu kat highway aku freeze lagi semua org terutama sekali camera speed trap tu so that tak leh nak capture aku.. eh aku perasan skit la even aku bawak laju tapi aku berhemah tau.. jarang kena maki dgn org belakang secara live (dalam hati diorg aku tak tau la kan...).

Selingan: *Tapi minggu ni aku bawak balik kereta pengembaraan mama aku.. sangat la tak best sebab aku rasa ala2 slow je perjalanan.. I want speed!!*
Selingan tamat.

Semlm aku gi buka puasa kat sini...

Dewan Perdana Felda.. 10 orang join sessi buka puasa semlm, diketuai oleh tukang bayar yang sgt baik hati (dan dah kurussss) sbb tiap tahun dia suka belanja kitorg bukak puasa kat sini iaitu Rozaire, aku, Syarina, Iman (aku agak je la nama mamat ni), Shahrir aka Kak Eton, Nasir, Isman, Mona, Cik Semut (nama dia Asmawati tapi sejak aku join iP sampai aku dah resign aku tak tau kenapa org panggil dia cik semut.. figure dia cun kot), dan Shahida.

Actually aku tiap kali gi Dewan Perdana Felda ni ala2 melankolia skit laa.. sbb before ni kan projek kat Felda sampai 3 tahun, ala2 dah jadi darah daging kat situ. Sebab lama sgt kat situ, time tu kalau org tanya keja mana, aku dan kawan2 jawab keje Felda je.. malas dah nak citer yg kitorg ni vendor ke apa.. And malam tadi aku nampak few muka ex-user yang aku kenal tapi buat2 tak nampak.. hehehe..jahat.. sebab semlm tagline aku MALAS kan so nak gi beramas mesra pun aku malas... Kalau diorg nampak aku.. mintak maaf la banyak2 sebab aku tak gi tegur.. akak mmg berat mulut :D

As usual kalau berkumpul dgn makhluk2 Allah ni mmg asyik ketawa je la.. Syarina tak abih2 cakap best sebab dia dah lama tak ketawa mcm ni.. kesiannn.. org kat Shell semua tak tau ketawa ek? Hehehe...

Selingan: *Shahrir.. next Bagan Lalang trip? Before aku gi UK mesti gi ziarah Bagan Lalang lagi sekali tau!*

Selingan ke dua tamat.

Selingan tiga... (suka la kan blog aku..)

SAPA KATA MAKAN DAUN HIJAU aka SAYURAN TAK GEMUK???

Erm.. kembali ke citer buffet kat Dewan Perdana Felda. Menu kat situ more or less sama je every year. Tahun ni awal2 kitorg gi attack kambing dulu, sbb last year tak sempat amik (Shahrir dgn Syarina la.. aku tak ingat last year aku sempat makan kambing ke tak.. hmm what the **** la kan... kambing kat mana2 pun sama je.. :P). Tapi terer la diorg masak, kepala aku tak sakit makan kambing kali ni.. hehehe. Lain2 biasa je la butter prawn, nasi goreng, nasi putih, laksa, ayam goreng, ayam panggang, ais kacang, ulam2.. cut it short.. semua makanan standard yang akan disajikan secara buffet bila time ramadhan.

Selingan lagi. *Tapi dah banyak tahun Dewan Perdana tak buat siput sedut masak lemak. Aku ingat lagi kat buffet Dewan Perdana la aku belajar makan siput tu.. Ezah ajar.. muncung2 mulut nak sedut siput tu.. hmm skrg aku dah confuse.. siput sedut ke org sedut.. sbb siput tu steady je.. kita yang mcm putus nyawa dok sedut isi dia.. (tu pun tak sure kan yang kita sedut tu apa sebenarnya.. eiiiii)*

Selingan tamat.

Balik dari buffet tu aku antar Rozaire balik. Dia telah menceritakan kat aku satu skandal yang sgt mengejutkan! Hehe..tp aku tak leh citer kat sini.. coz kawan2 aku yg baca blog aku ni kalau aku sebut pasal skandal tu mesti korang terkejut gila.. tak kira la korang dari iP ke Tlt ke IA ke.. korang for sure kenal kalau aku sebut orang yg involve dlm skandal ni. So better aku sonyap je..

Selingan lagi. *Rozaire bagi aku sebungkus kuih batang buruk. Cheh.. aku tau la ko dah kurus.. makanan manis2 semua transfer kat aku skrg ek.. Sib baik itu kuih favourite so aku terima la dgn happy nya.. hehehe*

Selingan tamat.

Sampai umah aku lepak2 jap.. sms2 dgn pihak yang berwajib sambil tunggu je samada kepala aku akan sakit or tak.. hmmm sangat la happy sbb kepala aku tak sakit even aku makan kambing yang agak banyak tadi.. mmg aku bagi 5 bintang la kat chef yg masak kambing tu (aku tgk dia grill pakai butter je... aku rasa aku pun bole buat.. hehehhee).

Sakit kepala adalah antara penyiksaan terbesar hidup aku.. so bila makan kambing tak sakit kepala..aku bagi bintang besar ni kat chef yg bakar kambing pakai butter semlm tuh!

Nampak sgt aku takde keje kan.. panjang gila entry aku.. Dah la... aku nak berdoa supaya jam cepat skit bergerak..

Chiow!

0 comments:

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review