Thursday, September 18, 2008

Mengantuk sampai tulang sum-sum...

Posted by NuiN at 11:53 AM
Hari ni aku bangun sahur.. kali pertama dalam minggu ni.. hehe.. wake up call received at 4.30 pastu aku tak tido balik.. selalunya ye ye je aku pick up call, pastu sambung tido, bukak je mata tgk2 dah kul 7 dan tekak kering..ampeh je. Tapi hari ni tidak!! Sepuluh minit lepas tu baru aku bangun.. tak leh la terus bangun lepas bukak mata kan.. sbb mata tu baru pejam berapa jam je..so nak kena psycho2 hati dan mata sendiri dulu utk bangun.. mengada betul padahal nak bangun makan je. Bayangkan kalau bangun sahur tu diwajibkan berkebun ke jogging ke.. aku rasa confirm aku berdosa sepanjang hayat.. nak bangun makan pun susah apatah lagi berkebun.. hehe..

Maka diwajikan bagi kamu berjogging setiap pagi apabila waktu sahur.. hmm..confirm aku antara yang memanjang kena panah petir sebab gagal menunaikan kewajipan!

Sahur aku makan simple je... roti dan telur goreng yang digoreng hancur, masa goreng tu letak cheese dan lada sulah... sedapppp (pada aku la, sbb tu je expertise aku kan). Lagipun bulan puasa kali ni perut aku tak berkompromi lansung dgn aku, asyik sakit perut je manjang.. semalam pun sakit perut.. sampai tandas kat ofis tu pun dah naik bosan tengok muka aku agaknya.

*Hari Selasa aku buka puasa kat San Francisco Steak House, Mid Valley dgn ofismate, ada buffet kat situ, campur semua benda western, japanese, melayunese...esoknya perut aku pun mula la besar perut (kalau manusia kita panggil besar kepala.. referring to that la) buat perangai.. asyik meragam je..*

*Hari Rabu aku buka puasa di Thai Express kat Pavillion dgn Reen dan akak Zai. Sbb perut aku dah tunjuk belang hari tu, Reen ajak makan Japanese food pun aku tak nak, and plan asal nak makan western kat Tony Romas pun di kenselkan.. sbb aku nak makan makanan melayu or thai aje.. hehe sebenarnya aku dok terkenang water chestnut dari 2, 3 hari lepas lagi.. Lepas buka puasa kat Thai Express gi lepak kat Alexis, GE Mall sekejap, Reen sibuk nak makan pavlova sempena bday dia yang dah hampir sebulan berlalu tu (sila paham maksud ayat aku..), tapi nasib tak baik pavlova dan meringue yg kitorg nak makan tu dah abih. Reen sgt over acting terus dgn waiter pun dia tarik muka 14.. budak tu tak salah pun weh!*

1 entry update utk 3 hari nyer kejadian.. not bad!

Berbalik pada citer aku hari ni.. tak tau la angin kus kus apa merasuk hari ni, lepas sahur aku tak rasa nak tido. So lepas solat, aku cuci kain (mesin yang cuci, aku masukkan dalam mesin je.. hehe), then mandi, then lipat kain yang dah sebakul tak berlipat, then sidai kain, then siap2 gi keja.. Kul 9 aku dah sampai ofis.. terkejut je semua orang.. hehe...

Konon-konon rasa mcm victory la hari ni kan...

Pukul 12 je mata aku dah berat gila..yawning tak henti.. End up aku letak kepala atas tgn atas meja.. konon2 nak tido2 ayam.. hasilnya terus tido setengah jam! Itu mmg betul2 ngantuk.. sbb kalau setakat ngantuk skit2 aku adalah orang yang susah nak tido kat meja ke, kat surau ke.. sbb aku rasa macam semua orang pandang. Padahal takde sapa amik peduli pun.. tapi itu la, perasaan melampau.. so kalau biasa2 aku mmg susah nak tido kat public...tapi hari ni aku tido setengah jam! Tido yang nyenyak lak tuh...

Ini bukan aku! Minah ni tido ke pengsan ni?

Hmm sebenarnya aku nak citer tu je... betapa ngantuknya aku hari ni sebab bijak sangat tak tido balik lepas sahur.. sekian..

XoXo.. Chioww... :-)

~Blogging tak ngantuk lak...~

2 comments:

nordee said...

memanglah kan...bulan puasa in rasa ngantuk sikit..kurang oksigen..sebab kurang minum air kot

NuiN said...

hehe betul..betul.. lagipun kat ofis kan..puasa tak puasa mmg selalu mengantuk je :D

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review