Tuesday, September 30, 2008

Jumaat, Sabtu dan pagi Ahad

Posted by NuiN at 2:23 AM
What a day.. penat seyy aku sejak balik sini sabtu lepas.. dah dua hari ada je benda nak buat. Last friday aku wfh jugak.. sbb dah takde mood nak gi ofis. Memanjang laa x de mood kan.. Pagi jumaat tu aku gi servis keta, then gi Jusco Cheras, tukar baju melayu Amin yang aku beli malam sebelumnya. Bole baju tu pakai pun belum dah pecah kat bahagian leher. Terpaksa aku tukar dgn kain jenis lain. Kain yang tukar kemudian tu ok la..susah nak pecah..tp kaler lak tak berapa kena. Amin dah la bulan gerhana skit..puas la aku dok pejam mata dalam jusco tu bayangkan rupa dia bila pakai baju kaler merah hati gelap ala2 nak ke coklat gelap tu.. (hehe tak reti aku nak describe kaler baju tu).. end up aku amik gak la kaler tu (bila bagi Amin dia kata kaler ni la yg dia punya elak nak beli hari tu.. tp sbb aku dah beli, berani nak cakap tak nak?? Nak jadi adik derhaka? Hehehe..). Malamnya aku buka puasa dgn Zairina kat Thai Express kat Pavillion. Kali ni pun tak sempat beli pyrex sebab sibuk sgt membelek barang kat kids department dlm Parkson.

Gua punya favourite spot!

Hari Sabtu pagi aku jumpa kawan aku, amik kek lapis yang aku pesan dari dia.. Ni kek yang aku order..

Kek lapis Cadbury



Kek lapis Walnut

Aku mmg hantu coklat so bila tau kawan aku jual kek berunsurkan coklat ni so laju je la aku order. Hmm.. belum test lagi the taste (tunggu raya.. hehe) tapi based on feedback yang aku dengar, kek dia sedap. Kalau korang nak jamu mata dengan kek2 yang dia buat, bole gi ke address ni http://inassaly.fotopages.com/. Jeles tul dgn orang yang pandai masak nih.. hehe tetiba..

Hmm.. apa aktiviti aku di hari Sabtu.. takde apa sgt.. dlm kul 3 ptg aku gi Pavillion (lagiii...) utk beli pyrex. Sgt gigih aku nak memiliki pyrex tu lagi... hehe.. this time aku beli 4 biji, 1 utk mama, 1 utk kak lang, dan 1 utk mak ngah, dan 1 lagi akak Zai pesan. Dia dah ada kat KLIA time aku gi Pavillion tu sbb flight dia balik ke Jakarta scheduled at 4pm that day. Lepas gi Pavillion aku gi KLCC, ingat nak lepak2 kat situ tunggu bukak puasa.. punya la ramai orang sampai aku jadi rimas. End up 20 minit je aku dalam KLCC, then aku chow balik umah.. tidur kat umah lagi best dari aku bersesak2 dgn orang kat shopping complex tu.. (sgt insaf kan bunyi nya...
Ni la casserole Pyrex yang aku sdgn akak Zai kejar2 tuh... hehehe

Balik umah aku tido sampai kul 630, then bangun siap2 untuk bukak puasa. Sebab hari Sabtu tu aku malas nak beli food untuk buka puasa, aku makan maggi je.. tapi sedey la coz stock cili padi dah abih so maggi aku tak kick :(. Around kul 9 lebih aku bertolak balik Penang. Waaa sgt best sbb tak jem!! Keta banyak gak atas hiway tapi tak jem... Sampai tol Juru dalam pkl 3 am kalau tak silap aku.. Sampai umah terus makan sahur dgn family aku.. then tido...
Tido pun tak lama.. :'(, kul 830 aku dah kena bangun (which is dah hari Ahad) sebab nak kena pegi somewhere kat island. Siap2 and sampai kat island dalam pkl 10.30 am.. lepas selesai urusan kat sana, aku dgn family terus bertolak balik Kedah sbb nak buka puasa ramai2 kat kampung.

Wahh ngantuklaaa.. later la aku sambung citer!
Chiow..

1 comments:

Zakiyah said...

k aini x perlu kejar pyrex skg okey. nti dtg sini bli la. murah.yg mcm tu leh dpt £8 3bijik. 3 beradik.simpan duit anda.hehehe..

 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review