Muahahha.. penat la nak menjawab kawan2 asyik tanya apasal delete blog. So sbb korang suka sgt nak tau aktiviti harian aku kan, so aku tulis balik lah blog ni (specially utk korg.. biah.. reen.. muahahahha). Sebenarnya hari ni takde keje (as usual), dan tambah mencemerlangkan hari aku coz PM mc, jadi akak dah mati kutu tak tau nak buat apa, so i decided to blogging back.
Sebenarnya sayang gak kan blog aku yg lama tuh.. aku tulis dari 2005.. hehe, tu la ikut perasaan nyer pasal, padan muka sendiri..x pe lah.. things happen for a reason! I'm happy with my life now (iyo lahh..!!), the details of it.. none of your business.. keh keh keh...
Hari ni actually aku nyer hari makan2 sedunia.. correction, hari makan2 free sedunia. Tgh hari tadi ada LOB lunch session kat Kanna Curry House, Puchong (aku tgk dia tampal tanda Halal situ so aku pasrah je la).. sedap gak la.. tapi akak terkejut ok masa sampai sana. Kitorg baru duduk je, tiba2 semua waiter2 (bila aku sebut waiter korg jgn bayangkan hebat2 sgt.. diorg pakai kopiah putih, dgn t-shirt restoran je.. hehehhe) dtg kat meja kitorg. Pastu masing2 bawak semua jenis lauk yg ada kat restoran tu (aku syak la diorg angkut semua jenis lauk yg ada), so dia mula tanya.. "ayam mau? kambing mau? ikan mau?".. tak sempat fikir okayyyy!!! Aku rasa kalau gi makan sorg dua je mesti semua lauk aku cakap "ye, mau!".. tapi sebab ramai2 malu la pulak kan.. muahahha. Tapi kalau korg pegi jgn semua lauk cakap mau ok, nnt mengcekau nak membayar! Tapi aku mmg culture shock gila tgk style diorg, teringat mcm penjual2 souvenir kat Tangkuban Perahu dulu tu.. huhuuu kena kerumun mcm tu lah.. mati nak menepis!
Dan paling aku kagum.. nih kuah kari (akak sgt jakun ok!).. letak dlm bekas ni pastu letak atas meja kita.. ko cedok la berapa kali nak cedok pun letak atas nasi ko yang beralaskan daun pisang tuh..

And ni sotong goreng dia yang aku rasa ok la.. nice.. crispy2 camtu.. (pehal la buat food review ni kan...)

Sedap sotong goreng ni.. tambah sedap sbb free.. :D.
Eh dulu-dulu kan aku tak berapa favor makan nasi atas daun pisang ni. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, abah dgn mama bawak aku gi makan kat wedding anak kawan abah.. indian la kan.. tp diorg masak asing2.. utk guest melayu dia upah org melayu masak. Siap masak kat luar umah, supaya transparent kot.. takde la kita yg melayu ni musykil makanan apa yg di telan kan. Still.... environment dgn daun kelapa bergantung kat khemah, dgn nasi letak atas daun pisang, dgn muzik klasik nya.. akak nangis ok.. "mama, kakak tak lalu nak makan.. uwaaaa".. hahhaha.. mak aku ingat sampai skrg drama sebabak tu.. lepas tu aku mmg tak penah makan nasi atas daun pisang di rumah org india lagi! Sehingga lah.. deepavali last year, kawan2 masa aku kat iP ajak aku gi umah sorg programmer ni, terpaksa la ikut sebab lepas tu diorg nak banjer aku kat Bagan Lalang.. hehhehe.. (its all about food!).. huhuuu atas daun pisang gak dia hidang ok!! Banyak sgt pokok pisang yg kaum india tanam kot sampai diorg very the luxury dgn daun pisang.. so sbb respect kawan kan aku usaha telankan gak la.. takde la sampai nangis tapi aku makan nasi skit je...hehehehe.. and ratah2 lauk skit je.. (telan la jugak kan kesimpulannya..).
TETAPIII... hari ni akak makan abih!! Tak peduli dah atas daun pisang ke daun apa ke.. (terer tukang masak tu masak..hahhaha).. pastu lepas makan aku confident la ni lipat daun pisang, konon2 ikut tradisi la kan.. tapi aku lipat tu mengadap keluar.. korg paham tak? Kira aku lipat tu, bahagian daun pisang yg besar tu tak mengadap ke aku, bahagian pelepah dia yg mengadap ke aku. Then sorg colleague, indian girl la..dia cakap, lepas makan kalau kita tak satisfied dgn food tu, kita lipat daun pisang tu bagi daun dia mengadap ke luar, kalau satisfied, lipat bagi daun tu mengadap arah kita..
Erkk.. aku pandang daun pisang aku. Kalau ikut cara lipatan mcm nak bagitau aku tak satisfied.. kalau ikut cara makanan yg tersisa dlm lipatan tu.. TAK SATISFIED MENDANYAAA... abih licin.. so akak pun lipat la the correct way. Nasib baik kat kedai makan kan.. kalau gi umah org, mesti tuan umah tu kutuk aku, "makan sampai licin, tapi nak berlagak cakap tak satisfied".. hahahha padahal tak tau cara melipat yg betul!
Hmm.. mlm ni ada dinner utk FI team kat Pyramid Tower Hotel, Sunway.. nnt kalau ada citer best aku tulis lah.. ;)
2 comments:
aku amat pasti skrg jeans ko dah ketat balik kan? waakakkakaka
Whateverrrrrrrr!!!!
Post a Comment