Showing posts with label Terendam. Show all posts
Showing posts with label Terendam. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

Tiba-tiba aku kreatif!!

Posted by NuiN at 6:51 PM 0 comments
Melihat ke langit serasa ingin menakluk warnanya
Melihat ke bumi serasa ingin meragut segenap rumputnya
Melihat ke hadapan serasa ingin membaca firasatnya
Melihat ke belakang serasa ingin memadam sejarahnya

Namun keterbatasan seorang insan
Menjadikan aku kaku di sini
Atau mungkin takut melepaskan semalam
Dan menyingkap tirai baru esok
Aku hanya terpaku di sini

Langit biru bertukar dikala senja nan merah
Bumi hijau jadi kuning dipanah matahari
Firasat hari depan terbuka dengan hadirnya
Sejarah semalam kekal jadi tanda
Dan aku masih hanya terpaku di sini

*Tapi aku tak tau nak bagi tajuk.. keh keh keh..*

Hari ini...

Posted by NuiN at 3:17 AM 0 comments

Sesuatu yang membawa senyuman
Hari ini masih menjadi sesuatu yang dikenang
Sesuatu yang membawa kemanisan
Hari ini masih menjadi sesuatu yang di dalam genggaman

Esok belum pasti warnanya pelangi
Esok belum pasti senyuman kekal di bibir
Esok mungkin langit kelabu
Esok mungkin hujan turun tanpa permisi
Dan esok mungkin kita bukan lagi watak hari ini

Lantas aku hargai hari ini
Kerana hari ini semuanya masih mekar di hati
Kerana hari ini warna pelangi masih tempias di sini
Kerana hari ini, andai pun punya air mata
Masih mampu kesat sendiri...

*Mungkin kah aku patut start jadi penulis sajak or novel instead of jual majalah..?? Keh keh keh...*
 

~ Live My Own Life ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review